Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, July 18, 2012

Perkara Positif Apabila Pelajar Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Semalam, keluar di Berita TV3 berita tentang pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bagi aku, ini satu perkara positif. Memang patut mereka dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Ada cikgu yang merungut. Gusar jika anak murid mereka bermain Facebook dan Twitter di dalam kelas.

Sebenarnya, itu yang kita mahukan.

Jika sebelum ini, budak-budak banyak menulis status dan twitter dengan ayat-ayat seperti berikut:

"I nampak gemuk sekarang."

"I menci betul dengan dia tuw."

"I baru lepas makan dinner tadi. Makan fries je. I diet."

Tapi dengan membenarkan mereka membawa telefon bimbit ke sekolah, maka mereka akan tweet perkara berilmiah seperti:

"Tengah belajar sejarah. Bab Tentera Jepun menyerang Tanah Melayu."

"Baru selepas bedah Burung Kasawari. Tahukah anda, saiz otak Burung Kasawari lebih kecil dari saiz matanya?"

"Baru lepas belajar tentang kitaran haid. Saya kini faham dengan kitaran haid awek saya."

Mereka akan menulis status yang lebih berilmiah.

Dan juga berkemungkinan mengutuk cikgu mereka di dalam Facebook.

Sekian.

3 comments:

zuhaida said...

agaknya nak ajak kawan teman pergi toilet pun pakai twitter je. hehe.

Amirul (aremierulez) said...

Zuhaida....
Tak pun post kat status

Baru kawan2 lain pun boleh ikut sekali

ReDiculousLy said...

Lepas ni cikgu2 post pengajaran kat fesbuk/twitter/blog je...guna webcam pn bleh...bdk2 xyah dtg skola pn xpe...keje skola pn emel je...kan lg senang...alang2 nak berteknologi, biar menyeluruh...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...