Belilah Novel Aku!!!!

Monday, September 24, 2012

Terbang Ke Tanah Suci

Pada 19 September 2012, kedua ibu dan ayah aku selamat berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam ke-5, selepas tertangguh selama 2 tahun.

Bagi aku, ini satu momen yang besar dalam sejarah hidup keluarga aku, lebih-lebih lagi selepas satu dugaan besar menimpa keluarga aku 2 tahun lepas sehingga menyebabkan mereka berdua terpaksa menangguhkan hajat mereka selama 2 tahun.

2 tahun lepas, emak aku sakit. Aku ingat lagi, beberapa hari selepas final Piala Dunia 2010 yang menyaksikan Sepanyol menumbangkan Belanda di perlawanan akhir, ibu dan ayah aku pergi melakukan ujian kesihatan sebagai pengesahan untuk terbang ke tanah suci.

Tapi ketika itulah, doktor mengesahkan ibu aku tidak sihat dan tidak mendapat kebenaran untuk dilepaskan bagi menunaikan haji.

Dalam tempoh itu, aku membantu ayah aku menjaga ibu aku. Aku rasa sangat sedih melihat keadaan ibu aku. Hampir sahaja gugur air mata aku di hdapan ibu aku.

Tapi aku tahan. Tidak pernah sekali pun aku menangis dihadapan ibu aku. Aku cuba menggagahkan diri di hadapan ibu aku. Aku mahu nampak kuat dan memberi semangat kepada beliau. Kalau aku menangis dan menunjukkan rasa sedih di depan ibu, aku khuatir semangat ibu aku untuk menentang penyakit juga akan berkurangan.

Malam sebelum kedua orang tua aku berangkat ke tanah suci, mereka memanggil aku, abang aku, akak ipar aku & anak saudara aku masuk ke bilik. Mereka berdua meminta maaf dan memberikan sedikit ucapan yang agak penuh emosi. Tapi sekali lagi aku berjaya menahan air mata aku dari gugur.

Tapi pada hari ibu dan ayah aku mahu berangkat ke tanah suci di Lapangan Terbang Senai, aku tidak mampu lagi menahan air mata aku. Aku menangis semahunya.

Mungkin segala kesedihan yang aku bendung selama ini tidak dapat lagi tahan. Kesedihan selama 2 tahun itu akhirnya keluar. Biasanya, aku tidak menangis ketika orang lain menangis. Tapi kali ini, aku seorang pula yang menangis dikala semuanya mampu menahan air mata mereka.

Alhamdulillah, kedua orang tua ku selamat sampai ke tanah suci. Mereka berdua ada menelefon dan berSMS kepada abang aku dan aku. Mereka semua selamat.

Aku berharap ibu dan ayah selamat pergi dan selamat pulang dan dapat menunaikan haji yang mabrur.

Amin.....

6 comments:

Terjun Botol said...

Salam.. ye beb, 2 thun lpas aku ada masa dugaan besar tu.. Alhamdulillah dpt menolong sedikit sebanyak..

Mak aku pn lg sminggu berangkat.. sama2 lah kita berdoa, dan yakin akan kepulangan mereka..

anak lelaki memang begitu, tak mudah cair. lebih2 lagi yg berketurunan saiya..

Amirul (aremierulez) said...

Terjun Botol:
Hahaha. AKu tau kau siapa.

Aku baru teringat mak kau pun dapat pergi haji jugak tahun ni

Thank you bro sebab sudi tolong hantar mak aku pergi JB tiap2 hari

P. Zlatan Muniandy said...

haha.. saat2 driving kat highway ketika tgh hari mencarak telur panasnya, masih segar dlm ingatan.. bila buat hari2 dh mcm biasa pulak..
sambil2 menimbulkan idea2, filem2 dan memberi nama2 kacukan kepada individu2 tertentu.. haha..

wlaupun sebulan lebih je, tp terasa enjoy pulak..

Amirul (aremierulez) said...

P. Zlatan Muniandy
Haha..
Tu la pasal. Jadi seronok pulak tiap2 pagi bangun pergi JB.

Rindu pulak nak buat benda macam tu lagi

Jacob Kuek said...

disinilah i belaajar makan roti canai tampal teluo pertama kali, sama-sama dengan peter. loti canai tampal.

Amirul (aremierulez) said...

Jacob:
Peter si pemungut surat khabar lama...
Hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...