Belilah Novel Aku!!!!

Monday, November 26, 2012

"Saya Orang JB, bang..."


Zaman aku belajar dulu, aku seorang senior yang baik. Aku tak pernah ragging junior aku.

Okay. Tipu. Pernah aku ragging tapi semua ragging yang jenis peri kemanusiaanlah.

Biasanya, aku mulakan sessi suai kenal dengan bertanyakan soalan umum seperti "Siapa nama?" "Asal mana?" dan kalau junior perempuan, "Boleh bagi nombor telefon?"

Biasanya kalau budak junior yang jawab, "Saya asal dari Johor", ada soalan susulan.

Aku akan tanya, "Johor dekat mana?"

Aku biasanya tak kan bagitahu yang aku asal dari Batu Pahat, Johor. Kenapa? Sebab aku cuba nak kesan satu fenomena?

Fenomena apa? Fenomena "Budak mengaku asal dari JB".

Selain dari KL, bandar yang boleh  dikatakan 'up' di mata anak-anak muda ialah JB.

Rasanya semua faham JB membawa maksud Johor Bahru. Semua rakyat Malaysia tahu yang JB itu Johor Bahru. Kalau benda pertama yang muncul di kepala kamu ialah Justin Bieber, itu bermaksud anda gila.

Johor Bahru merupakan satu lagi bandaraya yang urban dan dekat dengan jiran tertangga, Singapura. Dan jika kau mengaku kau budak JB, maka saham kau agak tinggi nilainya di mata anak muda sekalian.

"Habis tu, kenapa kau tak mengaku kau budak Johor jugak?"

Kalau aku mengaku aku budak Johor, budak tu akan bagi jawapan jujur dan tak menipu aku.

Aku bagi satu contoh yang jelas. Aku jumpa seorang budak junior. Aku pun tanya dia:

"Asal mana?

"Dari Johor, bang."

"Johor dekat mana?"

"Johor dekat JB, bang."

"JB dekat area mana?"

"Kota Tinggi, bang."

Nampak macam mana budak itu terkantoi? Dia mengaku dia budak JB, tapi sebenarnya dia budak Kota Tinggi. 

Oleh sebab aku tak memperkenalkan diri sebagai orang Johor, maka dia ingat aku ni bodoh dan senang-senang boleh tipu aku. Konon bajet budak town-lah ni.

Bukan seorang dua, tapi ramai juga budak-budak Johor yang mengaku budak JB.

Pernah sekali aku tanya:

"Asal mana?

"Dari Johor, bang."

"Johor dekat mana?"

"Johor dekat JB, bang."

"JB dekat area mana?"

"Mersing, bang."

Hamboi! Jauh Mersing dengan Johor Bahru tu, dik. Agak-agaklah kalau nak mengaku budak town pun.

Budak kampung aku pun sama. Asal Batu Pahat, mengaku budak JB.

Macam inilah adik-adik, berbanggalah dengan tempat asal-usul kita. Tempat asal-usul kita tu jugak yang banyak menyimpan kenangan hidup kita selama ini.

Pepatah ada mengatakan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Macam tak kena pulak pepatah yang aku gunakan.

16 comments:

alien said...

ya betul, dak junior aku pun pernah kantoi gini

Amirul (aremierulez) said...

Alien:
Kau orang Johor jugak ke?

Hujan Malam said...

Kawan saya pernah ckp dia org KL, area Kajang. Erk!

Amirul (aremierulez) said...

Hujan Malam:
Ha.. Tu jenis satu spesis la tu

encik cool said...

saya orang Pontian JB bang..

Azizan said...

orang johor mana panggil jb diorang panggil johor je...

una berry said...

tempat asal pun nak malu eh?
aneh
aku lek je cakap asal banting walaupun orang dengar cam hulu mana la tah

Amirul (aremierulez) said...

Encik Cool:
Saya orang Ipoh JB bang...

Azizan:
Itu kalau sebut sesama orang Johor.
Kalau sebut dengan orang luar, kena sebut JB, Baru up sikit

Una:
Banting cool apa... Tempat kelahiran Anak-anak Sidek tu...

ReDiculousLy said...

dulu aku belajar kt BP, then transfer ke JB....kawan2 kat BP jeles...dorang kata life kat JB best...byk tmpt shopping (maklumlah pompuan)...aku rasa sama je...da duk JB pun aku rasa shopping kt Summit lg best...ada lagi ke pun mall tu?? huhu

Azizan said...

una berry:
kau kira ok, ckp banting diorang tau gak kat mana, aku lagi kesian aku ckp aku asal yong peng diorang tanya aku balik "yong peng tu kat mana?" lagi kesian...

Amirul (aremierulez) said...

ReDiculously:
Summit tu aku rasa ada lagi. Tapi banyak dah berubah dah. Sana dah ada hotel, tapi aku tak pasti hotel tu dah bukak ke tak.

Azizan:
Yup. Biasa kalau sebut Yong Peng, ramai yang tak tau.

Tapi Yong Peng lah tempat asal Yana Samsudin. Hahaha...

Azizan said...

dia 1 sekolah dgn aku tu mirul

Amirul (aremierulez) said...

Satu sekolah?
pegh! Kira kawan dengan artis la kau ni. Hehehe

Azizan said...

satu sekolah je tp name aku pun lum tentu dia ingat aku penah jumpa dia kat subang beberapa bln lepas dia just senyum je tah kenal tah tak...

zaki said...

Kes utk budak slangor (area lembah klang) sume akan ngaku org kl walopon alamat terang2 tulis selangor...

Budak kl plak bile sokong bola tibe2 mencelah sokong slangor skali

Amirul (aremierulez) said...

Azizan:
Oho... Kau introduce la diri kat dia. Mana la tau, untung-untung dia boleh rekomen jadi pelakon. hehehe


Zaki:
Hahaha... bab orang KL sokong Selangor time bola ni, memang bersepah. Maklum la, team KL tu macam ye tak ye je. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...