Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, December 26, 2012

Salah Guna Terma "Clearance Sales"


Bila aku tengok orang meniaga dalam Fesbuk, tulis "Clearance Sales" tapi jual barang dengan harga yang mahal dari harga asal barang tu, aku tepuk dahi.

Clearance sales bermakna kau nak clear stok kau yang dah berlambak kau simpan, jadi kau jual barang tu dengan harga yang murah, lebih murah dari harga asal barang tersebut dalam pasaran. 

Ada juga yang kata harga barang dalam kategori clearance sales biasanya dijual bi bawah separuh harga dari harga yang asal barang tersebut. Maknya, kalau barang tersebut harga asalnya RM 50, kau kena jual bawah harga RM 25.

Tapi nampaknya para usahawan Fesbuk menyalah gunakan terma ini.

Ada sekali aku ternampak ada seorang mamat jual jersi Liverpool cap siam gred AAA. Dia tulis dekat situ, "Clearance sales. PM (private message) for price and details".

Setahu aku, jersi cap siam gred AAA biasa aku boleh dapat dekat Uptown Shah Alam dalam harga RM 45 sehelai. Kalau dekat area KL dekat dengan Plaza Campbell dalam lingkungan RM55 - RM 60. Kalau dia dah tulis "clearance sales", maka aku mula mencongak yang mamat ini paling mahal pun akan jual dalam lingkungan RM 30.

Maka dengan segeralah aku PM mamat ni.

"Salam. Jersi Liverpool baru tu berapa bro?"

"RM70, bro."

RM 70??? Cilakak apa kau ni? Kata clearance sales, tapi jual lagi mahal.

Dengan pantas aku terus unfriend mamat tersebut dari fesbuk. Aku add dia pun sebab aku tahu dia jual jersi, bukan kawan aku pun.

Jadinya wahai semua usahawan Fesbuk sekalian, janganlah kamu menyalahgunakan terma 'clearance sales' tersebut. Tahu tak berapa ramai orang yang rasa tertipu bila ingat kau nak jual barang murah tapi rupanya kau buat pengiklanan yang salah itu.

Kalau kau jual harga lagi mahal dari harga asal barang tersebut, tu bukanya clearance sales, tu namanya kau nak kasi clear duit dari dompet customer kau.

5 comments:

una berry said...

salah faham maksud kot?
orang yang baru nak berniaga agaknya.tak tau term2 retail industry.hoho

Amirul (aremierulez) said...

Una:
Tu la pasal.... Satu lagi term, Sales!

Tapi harga mahal gak. Hampeh!

ReDiculousLy said...

slalu je cmtu...sbb tu la aku x pernah approve kalau usahawan2 tersebut add...banyak yg menipu je...

ayiz said...

Org x paham mkna pon bro...
Dorg ingat clearance tu cuma tema bg sale tu je...
Tu yg jadi isu ada kedai buat promosi arak tulis ramadhan sale...

Amirul (aremierulez) said...

Rediculously:
Haha.. Tu la... Lepas tu kerjanya nak spam & tag gambar kat kita je...


AYiz:
Yang Ramadhan sales tu memang tak boleh blah.

Tak salah bertanya kalau tak tahu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...