Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, August 31, 2013

"Hari ni kan Hari Merdeka..."

Perbualan dengan kawan aku melalui WhatsApp pagi tadi.


Kawan:
Aku pelik betul lah dengan FAM ni?

Aku:
Kenapa pulak?

Kawan:
Macam mana lah FAM atur jadual? Hari ni boleh ada game Piala Malaysia pulak.

Aku:
Hah? Apa salahnya? Kenapa pulak tak boleh ada game hari ni pulak?

Kawan:
Ye la. Hari ni kan Hari Merdeka. Kan ke kita nak menghayati kemerdekaan negara kita dari penjajah hari ni. Bagilah peluang rakyat Malaysia nak menghayati kemerdekaan negara kita. Boleh pulak dia susun game bola hari ni pulak.

Aku:
Kau nak pelik menda nya. Sedangkan masa hari raya pun FAM buat relax je suruh budak-budak ni lawan Barcelona, apa sangatlah hari Kemerdekaan negara kita ni di mata mereka, ye dak?


Kawan aku terus senyap, tak membalas lagi. Mungkin dia sibuk layan Siaran Langsung Perarakan Hari Kemerdekaan dekat TV. Mungkin.


P/S: Tadi aku ternampak dua orang mamak dan seorang pekerja Indonesia tengah layan Siaran Langsung Perarakan Hari Kemerdekaan dekat kedai. Harmoni sungguh pemandangan itu.

Wednesday, August 28, 2013

Metallica dan Kasut Adidas

Minggu lepas, Metallica sudah turun ke Malaysia buat julung kalinya untuk mengadakan konsert yang paling dinantikan oleh semua peminat tegar mereka.

Namun begitu, sudah ramai peminat Metallica Malaysia yang sudah tertipu pada awalnya. Sebaik sahaja Metallica mengumumkan yang mereka bakal turun ke Singapura untuk membuat konsert, maka dengan rasa tanpa sabar mereka pun terus membeli tiket konsert Metallica di Singapura itu.

Lepas booking tiket secara online, semuanya pakat print screen dan post di Facebook dan Twitter dengan caption "Aku nak pergi tengok Metallica dekat Singapore. Korang ado?"

2-3 hari kemudian mereka rasa bagaikan ingin menitik air mata apabila Metallica mengumumkan yang mereka juga bakal singgah di Malaysia untuk mengadakan konsert. Nak jual tiket tu balik memang tak dapatlah. Nak jual dekat orang lain lagilah tak dapat. Siapa nak bersusah payah nak ke Singapura kalau Metallica sudah terpacak dekat Malaysia kan?

Okay. Ini bukan topik sebenar yang aku mahu ceritakan.

Kedatangan Metallica ke Malaysia adalah serentak dengan isu pergolakan di Mesir dan Syria. Ramailah diantara kita yang sangat prihatin dengan isu ini. Ada yang memulakan tabung kutipan amal. Ada yang menukar DP dengan gambar "Rabia". Ada yang tak buat apa-apa langsung tapi sentiasa mendoakan keselamatan saudara Islam di Mesir dan Syria selepas sembahyang.

Ada seorang kawan aku, kita namakan dia Din, sangat marah dengan kawan-kawan yang pergi ke Konsert Metallica.alas 

"Sanggup diorang habiskan duit sampai RM600 lebih semata-mata nak tengok Metallica? Membazir betul. Tengok dekat Youtube aje lah. Dari pergi bazirkan duit tengok Metallica, baik diorang dermakan duit tu pada saudara kita dekat Mesir dan Syria. Dapat jugak pahala. Ini pergi layan lagu setan Metallica tu, apa pun tak dapat. Dapat dosa lagi adalah."

Aku malas nak layan bebelan Din yang makin lama makin panjang memaki hamun Metallica. Biarlah dia dengan pendapat dia. Masing-masing ada pendapat sendiri. 

Din juga ada menulis status pasal hal ini di Facebook. Aku hanya tengokan sahaja.

Konsert Metallica akhirnya berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, tiada peminat yang histeria macam budak-budak perempuan ternampak artis K-Pop kesayangan mereka.

Semalam, Din WhatsApp aku gambar sepasang kasut.

Sebagai seorang yang buta kasut (bukan pengumpul kasut dan tidak tahu trend kasut terkini), aku pun tanya Din balik.

"Kasut apa ni?"

"Inilah kasut Adidas Limited Edition. Baru sampai dari USA. Beli dari eBay. Hehehe.."

"Berapa kau beli?"

"RM600 lebih. Memang mahal tapi janji hati aku puas."

Celakalah! Mana hilang ayat jangan membazir baik derma pada orang dekat Mesir dan Syria tu?

Geleng kepala aku sambil aku menitis air mata aku jatuh ke bumi Malaysia ini.

Sunday, August 11, 2013

Malaysia XI vs FC Barcelona

Lama betul aku tak update blog ini. Maaflah. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Semalam, berlangsung perlawanan persahabatan ataupun digelar sebagai 'Perlawanan Sarkis' oleh Ultras Malaya diantara Pasukan Malaysia menentang salah satu gergasi bola sepak eropah, FC Barcelona.

Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Stadium hanya separuh penuh malam semalam. Ini berpunca atas keputusan bijak FAM yang melangsungkan perlawanan pada hari raya. Semua orang balik beraya, siapa nak tengok bola dekat stadium, woih!

Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 3-1. 

Highlight bagi pasukan Barcelona pula adalah mereka mengusai pengusaan bola seperti biasa, banyak membuat ancaman merbahaya, menjaringkan 3 gol dan Sachez bagaikan pemain yang hilang punca di tengah padang.

Highlight bagi pasukan Malaysia adalah cubaan Mat Yo yang hampir menjaringkan gol, jaringan gol Amri Yayah membolosi Valdes, Wan Zack Haikal berjaya mencari gaduh dengan Fabregas dan Safee Sali berjaya mengasari Mascherano dan kemudian gagal mendapat bola hatta walau sekali pun.

"What a great game" kata Safee Sali.Aku tak tahu siapa yang Safee puji ni. Tapi yang pasti, dia tak puji diri dia sendiri sebab semalam sekali pun dia tak dapat bola.

************


Pujian harus diberikan kepada Amri Yayah. Selepas membolosi Van Der Sar sebanyak dua kali sebelum ini, dia berjaya pula merobek benteng FC Barcelona. Sementara itu, pemain bergaji lebih dari RM100 ribu dan bermain untuk kelab bol sepak yang berpengkalan di selatan Semenanjung Malaysia hanya mampu duduk dibangku simpanan.

Ramai yang memuji skuad kebangsaan atas persembahan malam semalam. Aku tak pasti samada itu adalah pujian atau pun perli kerana ternyata persembahan Malaysia semalam biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana Malaysia hanya bolos 3 biji sahaja, maka mereka layak dihambur dengan pujian?

                                                                    ************

Satu benda yang paling pelik aku lihat semalam ialah pemain Malaysia sangat bersemangat ketika menentang Barcelona. Walaupun mereka sudah dibolosi oleh Barcelona, pemain Malaysia semakin bersemangat menyerang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Yang pelik, semangat itu tiada pula ketika Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia atau Perlawanan kelayakan Piala Asia. Kenapa ya?

************

Bila kalah dengan Barcelona, ramai yang update status "Walaupun kalah, aku tetap bangga menjadi rakyat Malaysia."

Tapi bila kalah dengan Singapura, Indonesia, dan Thailand, semua pakat maki dan menyumpah.

Apa beza kalah kepada Barcelona berbanding kalah dengan Singapura, Indonesia dan Thailand? Kalah jugak kan?

Kalah dengan Barcelona ni suci ke?

**********

Akhir kata, FAM sepatutnya peka dengan kalendar perlawanan antarabangsa dan atur perlawanan persahabatan gred A ketika tarikh yang ditetapkan oleh FIFA dalam kalendar tersebut.

Setakat lawan kelab sahaja, sampai bila ranking Malaysia baru boleh meningkat?

Wednesday, May 22, 2013

Gugurnya Seorang Punk


Aku ada seorang kawan. Namanya biarlah kita rahsiakan untuk mengelakkan dia merasa aib. 

Kita gelarkan saja dia sebagai mamat dalam cerita ini.

Mamat seorang Punk. Knowledge beliau terhadap Punk boleh dikatakan amat mantap, sampaikan aku rasa dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Punk semasa waktu persekolahan dahulu.

Mamat sangat berpegang kepada fahaman Punk. Rasanya Mamat lah kawan paling Punk pernah aku ada dalam senarai phohe book dalam hand phone aku & juga friend list Facebook aku.

Hari ini aku call dia untuk bertanyakan beberapa hal. Lagipun aku sudah agak lama tak call dia.

Tiba-tiba aku terdengar lagu yang sangat mengganggu jiwa aku di corong hand phone aku.

"Putih-putih melati... Merah-merah delima.... Siapa baik hati, pasti ku terima...."

Ya. Kawan aku - Mamat - seorang Punk, menggunakan lagu Putih-Putih Melati, sebagai caller ringtone nya.

"Hello, Mirul. Apa khabar? Lama tak dengar cerita."

Aku tak mampu nak menjawab soalan dari Mamat sebab tengah sibuk menitiskan air mata melihat perubahan Mamat.

Dunia menjadi saksi, seorang lagi Punk gugur di muka bumi ini.

Friday, May 3, 2013

Definasi Pengundi Bijak



"Kau undi PR? Tak bijak lah kau ni. PR tu dah la berpecah belah. PAS nak buat Hudud, tapi DAP tak setuju dengan hukum Hudud. Sesama parti pun nak bergaduh, buat apa kau undi diorang?"

"Kau undi BN? Apalah kau ni. Tak bijak. BN tu dah 55 tahun cekik duit rakyat. Harga petrol nai ksesuaka hati. Harga barang makanan naik tiap-tiap tahun. Tol makin banyak. Rosmah beli cincin berjuta-juta harganya. Baik kau undi PR. Ini kali lah!"

Jadi, apa sebenarnya definasi pengundi bijak?

Pengundi bijak adalah orang yang tidak fanatik sangat dengan parti. Buat-buat relax. Tak pernah nak jadi keyboard warrior di laman sosial dan tak pernah nak bertekak dengan kawan pasal hal-hal politik. Sekali-sekala saja up status politik itu pun bukan status yang ekstrem. 

Dan kemudian, pada 5 Mei, pergi ke tempat mengundi dan mengundi dengan senyap-senyap dan relax. Mana ada instragram tu, bolehlah snap gambar jari dengan dakwat kekal dan post dengan ayat "Saya sudah mengundi. Anda bila lagi?"

Dan waktu malam, layan keputusan pilihanraya dekat TV sambil makan kerepek pedas. Layan Astro Awani ya? Tak payahlah layan RTM atau TV3 kalau nak keputusan pilihanraya yang pantas dan jitu.

Itulah definasi pengundi bijak. 

Selamat mengundi pada 5 Mei ini. Pilihan ditangan anda.


Monday, April 8, 2013

WOTS Top Ten List: 10 Tanda Anda Seorang Lelaki Metroseksual

Berjumpa lagi dalam segmen yang diminati ramai. Chewah!

Hari ini, WOTS Top Ten List akan menyentuh mengenai golongan lelaki Metroseksual.

Apa itu lelaki metroseksual?


Lelaki Metroseksual juga dikenali sebagai lelaki metropolitan. Lelaki jenis ini biasanya sangat fashionable, up-to-date, menjaga hygiene dan penampilan diri, sentiasa menjaga keterampilan diri sehingga ada yang menjadi perfectionist.

Kata orang, lelaki jenis ini mempunyai perangai dan penampilan seperti gay, cuma mereka bukan gay. Macam gay, tapi bukan gay. Ada faham?

Bagaimana kita hendak mengenali jenis Lelaki Metroseksual? Mari kita lihat senarai di bawah.


WOTS Top Ten List: 10 Tanda Anda Seorang Lelaki Metroseksual


10. Anda tidak akan sesekali meninggalkan kedai Topman, Zara, Kitschen dan sewaktu dengannya dengan tangan kosong.

9. Anda hanya akan memakai boxer berjenama Seperti Calvin Klein, B.U.M. Equipment dan lain-lain. Kamu bagaikan alah apabila memakai boxer tak berjenama.

8. Anda mempunyai koleksi 30 pasang kasut, 20 pasang cermin mata hitam, koleksi jam tangan yang banyak dan yang terbaru, koleksi man-purse. 

7. Anda lebih berminat berjumpa stylist di saloon berbanding tukang gunting biasa. Mamak tukang gunting mana tahu buat highlights rambut dan dye rambut anda.

6. Anda mengambil masa setengah jam hanya untuk mendandan rambut anda.

5. Anda mempunyai banyak baju berwarna pink dan tidak rasa janggal dan ragu-ragu memakai baju berwarna seperti tersebut.

4. Anda mencukur bulu dada anda dengan lebih kerap berbanding perempuan mencukur bulu kaki mereka.

3. Anda lebih banyak menghabiskan masa di bahagian solekan dan perfume apabila pergi shopping, berbanding bahagian D.I.Y. atau bahagian home depot.

2. Anda lebih mengetahui dimana tempat terbaik untuk membuat pedicure dan manicure berbanding perkembangan terkini pasukan bola sepak di Eropah dan Liga Super Malaysia.

1. Lebih ramai kaum lelaki yang cuba mengurat anda berbanding kaum perempuan.

************
Bahan bacaan lain:

Terfaktabzine: Mengenali Jenis-Jenis Lelaki

Terfaktabzine: Tanda-tanda Anda Patut Memutuskan Hubungan Dengan Kekasih Anda

Monday, March 25, 2013

Bahasa Halus

Dua minggu lalu, aku cuti pada hari Rabu. Abang aku sudah mengamanahkan aku dengan beberapa tugasan.

Salah satu dari tugas yang abang aku berikan ialah pergi ke sekolah anaknya dan bayarkan yuran persekolahan anaknya.

Abang aku tidak memasukkan anaknya, Naufal, di sekolah kerajaan. Itulah salah satu sebab kenapa abang aku perlu bayar yuran pada setiap bulan.

Semasa aku mahu ke sekolah anak saudara aku, telefon bimbit aku berbunyi. Ada SMS yang sampai.

Aku pun membuka SMS tersebut. SMS daripada emak aku.

"Cuti ke hari ni? Tak keluar ke merayap ke?"

Aku balas balik SMS emak aku itu.

"Yup. Cuti hari ini. Tak keluar kemana. Malas. Cuma nak keluar pergi sekolah Naufal sekejap."

Butang send ditekan. SMS dihantar. Tak lama kemudian, bunyi SMS sampai sekali lagi.

Emak aku membalas.

"Buat apa pergi ke sekolah Naufal?"

Aku balas lagi.

"Abang mintak tolong bayarkan yuran sekolah Naufal."

SMS  dihantar. Aku yang sudah berada di dalam kereta menghidupkan enjin. SMS datang lagi. Seperti yang aku jangka, dari emak aku.

"Baguslah tolong abang/ Lagipun, bolehlah belajar tanggungjawab jadi ayah sikit-sikit. Ye tak?"

Aku terus tergelak. Ini bahasa halus emak aku. Bahasa halus yang bermaksud "Bila nak kahwin?"

Bukan sekali dua aku dapat bahasa halus dari emak aku ini, tapi banyak kali.

Sabar ya, ibuku. Aku masih mencari-cari lagi ni...

============

Hari ini, 25 Mac 2013. Genap 6 tahun blog ini beroperasi.

Sampai bila blog ini akan bertahan? Kita tunggu dan lihat. Semoga berkekalan selamanya.

Monday, March 11, 2013

Juga Berada Di Sini

Aku juga kini menulis di Terfaktab Zine.

Kenapa aku menerima jemputan Aqram untuk terlibat dalam blog ini? Aku tak pasti. Mungkin aku cuba mencari kelainan agaknya.

Mari kita lihat apa yang terjadi selepas ini.

Boleh baca entri aku di bawah ini.

Friday, February 8, 2013

Belum Hilang Lagi. Masih Ada....

Ramai pulak yang asyik bertanya, "Apasal kau tak update blog lagi, Amirul? Kau dah berhenti berblog ke?"

Penat juga aku nak layan soalan yang sama yang ditanya oleh beribu-ribu orang.

Okay. Aku tipu. Bukan ramai sangat pun baca blog aku. Sebenarnya cuma beratus-ratus sahaja.

Okay. Aku tipu lagi. Sebenarnya cuma 27 orang yang bertanya.

Jangan risau dan resah. Aku masih ada dan blog ini masih ada. Yang tiada cumalah entri baru.

Masuk tahun 2013, aku agak sibuk. Sampaikan nak update blog pun sudah tidak berapa sempat.

Tapi jangan risau, sesibuk mana sekalipun, mesti akan tenang jua akhirnya (chewah!). Aku akan update blog bila aku sudah kurang sibuk.

Bagi yang tanya kenapa aku dah tak bertwitter, jawapannya mudah sahaja. Aku sudah boring dengan Twitter. Rasanya orang yang dekat Twitter jauh lebih annoying dari di Facebook. Jadi, baik layan Facebook sahaja.

Okay, nantikan entri baru aku nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...