Belilah Novel Aku!!!!

Monday, March 25, 2013

Bahasa Halus

Dua minggu lalu, aku cuti pada hari Rabu. Abang aku sudah mengamanahkan aku dengan beberapa tugasan.

Salah satu dari tugas yang abang aku berikan ialah pergi ke sekolah anaknya dan bayarkan yuran persekolahan anaknya.

Abang aku tidak memasukkan anaknya, Naufal, di sekolah kerajaan. Itulah salah satu sebab kenapa abang aku perlu bayar yuran pada setiap bulan.

Semasa aku mahu ke sekolah anak saudara aku, telefon bimbit aku berbunyi. Ada SMS yang sampai.

Aku pun membuka SMS tersebut. SMS daripada emak aku.

"Cuti ke hari ni? Tak keluar ke merayap ke?"

Aku balas balik SMS emak aku itu.

"Yup. Cuti hari ini. Tak keluar kemana. Malas. Cuma nak keluar pergi sekolah Naufal sekejap."

Butang send ditekan. SMS dihantar. Tak lama kemudian, bunyi SMS sampai sekali lagi.

Emak aku membalas.

"Buat apa pergi ke sekolah Naufal?"

Aku balas lagi.

"Abang mintak tolong bayarkan yuran sekolah Naufal."

SMS  dihantar. Aku yang sudah berada di dalam kereta menghidupkan enjin. SMS datang lagi. Seperti yang aku jangka, dari emak aku.

"Baguslah tolong abang/ Lagipun, bolehlah belajar tanggungjawab jadi ayah sikit-sikit. Ye tak?"

Aku terus tergelak. Ini bahasa halus emak aku. Bahasa halus yang bermaksud "Bila nak kahwin?"

Bukan sekali dua aku dapat bahasa halus dari emak aku ini, tapi banyak kali.

Sabar ya, ibuku. Aku masih mencari-cari lagi ni...

============

Hari ini, 25 Mac 2013. Genap 6 tahun blog ini beroperasi.

Sampai bila blog ini akan bertahan? Kita tunggu dan lihat. Semoga berkekalan selamanya.

Monday, March 11, 2013

Juga Berada Di Sini

Aku juga kini menulis di Terfaktab Zine.

Kenapa aku menerima jemputan Aqram untuk terlibat dalam blog ini? Aku tak pasti. Mungkin aku cuba mencari kelainan agaknya.

Mari kita lihat apa yang terjadi selepas ini.

Boleh baca entri aku di bawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...