Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, August 31, 2013

"Hari ni kan Hari Merdeka..."

Perbualan dengan kawan aku melalui WhatsApp pagi tadi.


Kawan:
Aku pelik betul lah dengan FAM ni?

Aku:
Kenapa pulak?

Kawan:
Macam mana lah FAM atur jadual? Hari ni boleh ada game Piala Malaysia pulak.

Aku:
Hah? Apa salahnya? Kenapa pulak tak boleh ada game hari ni pulak?

Kawan:
Ye la. Hari ni kan Hari Merdeka. Kan ke kita nak menghayati kemerdekaan negara kita dari penjajah hari ni. Bagilah peluang rakyat Malaysia nak menghayati kemerdekaan negara kita. Boleh pulak dia susun game bola hari ni pulak.

Aku:
Kau nak pelik menda nya. Sedangkan masa hari raya pun FAM buat relax je suruh budak-budak ni lawan Barcelona, apa sangatlah hari Kemerdekaan negara kita ni di mata mereka, ye dak?


Kawan aku terus senyap, tak membalas lagi. Mungkin dia sibuk layan Siaran Langsung Perarakan Hari Kemerdekaan dekat TV. Mungkin.


P/S: Tadi aku ternampak dua orang mamak dan seorang pekerja Indonesia tengah layan Siaran Langsung Perarakan Hari Kemerdekaan dekat kedai. Harmoni sungguh pemandangan itu.

Wednesday, August 28, 2013

Metallica dan Kasut Adidas

Minggu lepas, Metallica sudah turun ke Malaysia buat julung kalinya untuk mengadakan konsert yang paling dinantikan oleh semua peminat tegar mereka.

Namun begitu, sudah ramai peminat Metallica Malaysia yang sudah tertipu pada awalnya. Sebaik sahaja Metallica mengumumkan yang mereka bakal turun ke Singapura untuk membuat konsert, maka dengan rasa tanpa sabar mereka pun terus membeli tiket konsert Metallica di Singapura itu.

Lepas booking tiket secara online, semuanya pakat print screen dan post di Facebook dan Twitter dengan caption "Aku nak pergi tengok Metallica dekat Singapore. Korang ado?"

2-3 hari kemudian mereka rasa bagaikan ingin menitik air mata apabila Metallica mengumumkan yang mereka juga bakal singgah di Malaysia untuk mengadakan konsert. Nak jual tiket tu balik memang tak dapatlah. Nak jual dekat orang lain lagilah tak dapat. Siapa nak bersusah payah nak ke Singapura kalau Metallica sudah terpacak dekat Malaysia kan?

Okay. Ini bukan topik sebenar yang aku mahu ceritakan.

Kedatangan Metallica ke Malaysia adalah serentak dengan isu pergolakan di Mesir dan Syria. Ramailah diantara kita yang sangat prihatin dengan isu ini. Ada yang memulakan tabung kutipan amal. Ada yang menukar DP dengan gambar "Rabia". Ada yang tak buat apa-apa langsung tapi sentiasa mendoakan keselamatan saudara Islam di Mesir dan Syria selepas sembahyang.

Ada seorang kawan aku, kita namakan dia Din, sangat marah dengan kawan-kawan yang pergi ke Konsert Metallica.alas 

"Sanggup diorang habiskan duit sampai RM600 lebih semata-mata nak tengok Metallica? Membazir betul. Tengok dekat Youtube aje lah. Dari pergi bazirkan duit tengok Metallica, baik diorang dermakan duit tu pada saudara kita dekat Mesir dan Syria. Dapat jugak pahala. Ini pergi layan lagu setan Metallica tu, apa pun tak dapat. Dapat dosa lagi adalah."

Aku malas nak layan bebelan Din yang makin lama makin panjang memaki hamun Metallica. Biarlah dia dengan pendapat dia. Masing-masing ada pendapat sendiri. 

Din juga ada menulis status pasal hal ini di Facebook. Aku hanya tengokan sahaja.

Konsert Metallica akhirnya berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, tiada peminat yang histeria macam budak-budak perempuan ternampak artis K-Pop kesayangan mereka.

Semalam, Din WhatsApp aku gambar sepasang kasut.

Sebagai seorang yang buta kasut (bukan pengumpul kasut dan tidak tahu trend kasut terkini), aku pun tanya Din balik.

"Kasut apa ni?"

"Inilah kasut Adidas Limited Edition. Baru sampai dari USA. Beli dari eBay. Hehehe.."

"Berapa kau beli?"

"RM600 lebih. Memang mahal tapi janji hati aku puas."

Celakalah! Mana hilang ayat jangan membazir baik derma pada orang dekat Mesir dan Syria tu?

Geleng kepala aku sambil aku menitis air mata aku jatuh ke bumi Malaysia ini.

Sunday, August 11, 2013

Malaysia XI vs FC Barcelona

Lama betul aku tak update blog ini. Maaflah. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Semalam, berlangsung perlawanan persahabatan ataupun digelar sebagai 'Perlawanan Sarkis' oleh Ultras Malaya diantara Pasukan Malaysia menentang salah satu gergasi bola sepak eropah, FC Barcelona.

Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Stadium hanya separuh penuh malam semalam. Ini berpunca atas keputusan bijak FAM yang melangsungkan perlawanan pada hari raya. Semua orang balik beraya, siapa nak tengok bola dekat stadium, woih!

Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 3-1. 

Highlight bagi pasukan Barcelona pula adalah mereka mengusai pengusaan bola seperti biasa, banyak membuat ancaman merbahaya, menjaringkan 3 gol dan Sachez bagaikan pemain yang hilang punca di tengah padang.

Highlight bagi pasukan Malaysia adalah cubaan Mat Yo yang hampir menjaringkan gol, jaringan gol Amri Yayah membolosi Valdes, Wan Zack Haikal berjaya mencari gaduh dengan Fabregas dan Safee Sali berjaya mengasari Mascherano dan kemudian gagal mendapat bola hatta walau sekali pun.

"What a great game" kata Safee Sali.Aku tak tahu siapa yang Safee puji ni. Tapi yang pasti, dia tak puji diri dia sendiri sebab semalam sekali pun dia tak dapat bola.

************


Pujian harus diberikan kepada Amri Yayah. Selepas membolosi Van Der Sar sebanyak dua kali sebelum ini, dia berjaya pula merobek benteng FC Barcelona. Sementara itu, pemain bergaji lebih dari RM100 ribu dan bermain untuk kelab bol sepak yang berpengkalan di selatan Semenanjung Malaysia hanya mampu duduk dibangku simpanan.

Ramai yang memuji skuad kebangsaan atas persembahan malam semalam. Aku tak pasti samada itu adalah pujian atau pun perli kerana ternyata persembahan Malaysia semalam biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana Malaysia hanya bolos 3 biji sahaja, maka mereka layak dihambur dengan pujian?

                                                                    ************

Satu benda yang paling pelik aku lihat semalam ialah pemain Malaysia sangat bersemangat ketika menentang Barcelona. Walaupun mereka sudah dibolosi oleh Barcelona, pemain Malaysia semakin bersemangat menyerang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Yang pelik, semangat itu tiada pula ketika Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia atau Perlawanan kelayakan Piala Asia. Kenapa ya?

************

Bila kalah dengan Barcelona, ramai yang update status "Walaupun kalah, aku tetap bangga menjadi rakyat Malaysia."

Tapi bila kalah dengan Singapura, Indonesia, dan Thailand, semua pakat maki dan menyumpah.

Apa beza kalah kepada Barcelona berbanding kalah dengan Singapura, Indonesia dan Thailand? Kalah jugak kan?

Kalah dengan Barcelona ni suci ke?

**********

Akhir kata, FAM sepatutnya peka dengan kalendar perlawanan antarabangsa dan atur perlawanan persahabatan gred A ketika tarikh yang ditetapkan oleh FIFA dalam kalendar tersebut.

Setakat lawan kelab sahaja, sampai bila ranking Malaysia baru boleh meningkat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...