Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, August 11, 2013

Malaysia XI vs FC Barcelona

Lama betul aku tak update blog ini. Maaflah. Aku agak sibuk kebelakangan ini.

Semalam, berlangsung perlawanan persahabatan ataupun digelar sebagai 'Perlawanan Sarkis' oleh Ultras Malaya diantara Pasukan Malaysia menentang salah satu gergasi bola sepak eropah, FC Barcelona.

Perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam. Stadium hanya separuh penuh malam semalam. Ini berpunca atas keputusan bijak FAM yang melangsungkan perlawanan pada hari raya. Semua orang balik beraya, siapa nak tengok bola dekat stadium, woih!

Perlawanan berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 3-1. 

Highlight bagi pasukan Barcelona pula adalah mereka mengusai pengusaan bola seperti biasa, banyak membuat ancaman merbahaya, menjaringkan 3 gol dan Sachez bagaikan pemain yang hilang punca di tengah padang.

Highlight bagi pasukan Malaysia adalah cubaan Mat Yo yang hampir menjaringkan gol, jaringan gol Amri Yayah membolosi Valdes, Wan Zack Haikal berjaya mencari gaduh dengan Fabregas dan Safee Sali berjaya mengasari Mascherano dan kemudian gagal mendapat bola hatta walau sekali pun.

"What a great game" kata Safee Sali.Aku tak tahu siapa yang Safee puji ni. Tapi yang pasti, dia tak puji diri dia sendiri sebab semalam sekali pun dia tak dapat bola.

************


Pujian harus diberikan kepada Amri Yayah. Selepas membolosi Van Der Sar sebanyak dua kali sebelum ini, dia berjaya pula merobek benteng FC Barcelona. Sementara itu, pemain bergaji lebih dari RM100 ribu dan bermain untuk kelab bol sepak yang berpengkalan di selatan Semenanjung Malaysia hanya mampu duduk dibangku simpanan.

Ramai yang memuji skuad kebangsaan atas persembahan malam semalam. Aku tak pasti samada itu adalah pujian atau pun perli kerana ternyata persembahan Malaysia semalam biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana Malaysia hanya bolos 3 biji sahaja, maka mereka layak dihambur dengan pujian?

                                                                    ************

Satu benda yang paling pelik aku lihat semalam ialah pemain Malaysia sangat bersemangat ketika menentang Barcelona. Walaupun mereka sudah dibolosi oleh Barcelona, pemain Malaysia semakin bersemangat menyerang dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Yang pelik, semangat itu tiada pula ketika Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia atau Perlawanan kelayakan Piala Asia. Kenapa ya?

************

Bila kalah dengan Barcelona, ramai yang update status "Walaupun kalah, aku tetap bangga menjadi rakyat Malaysia."

Tapi bila kalah dengan Singapura, Indonesia, dan Thailand, semua pakat maki dan menyumpah.

Apa beza kalah kepada Barcelona berbanding kalah dengan Singapura, Indonesia dan Thailand? Kalah jugak kan?

Kalah dengan Barcelona ni suci ke?

**********

Akhir kata, FAM sepatutnya peka dengan kalendar perlawanan antarabangsa dan atur perlawanan persahabatan gred A ketika tarikh yang ditetapkan oleh FIFA dalam kalendar tersebut.

Setakat lawan kelab sahaja, sampai bila ranking Malaysia baru boleh meningkat?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...