Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, August 28, 2013

Metallica dan Kasut Adidas

Minggu lepas, Metallica sudah turun ke Malaysia buat julung kalinya untuk mengadakan konsert yang paling dinantikan oleh semua peminat tegar mereka.

Namun begitu, sudah ramai peminat Metallica Malaysia yang sudah tertipu pada awalnya. Sebaik sahaja Metallica mengumumkan yang mereka bakal turun ke Singapura untuk membuat konsert, maka dengan rasa tanpa sabar mereka pun terus membeli tiket konsert Metallica di Singapura itu.

Lepas booking tiket secara online, semuanya pakat print screen dan post di Facebook dan Twitter dengan caption "Aku nak pergi tengok Metallica dekat Singapore. Korang ado?"

2-3 hari kemudian mereka rasa bagaikan ingin menitik air mata apabila Metallica mengumumkan yang mereka juga bakal singgah di Malaysia untuk mengadakan konsert. Nak jual tiket tu balik memang tak dapatlah. Nak jual dekat orang lain lagilah tak dapat. Siapa nak bersusah payah nak ke Singapura kalau Metallica sudah terpacak dekat Malaysia kan?

Okay. Ini bukan topik sebenar yang aku mahu ceritakan.

Kedatangan Metallica ke Malaysia adalah serentak dengan isu pergolakan di Mesir dan Syria. Ramailah diantara kita yang sangat prihatin dengan isu ini. Ada yang memulakan tabung kutipan amal. Ada yang menukar DP dengan gambar "Rabia". Ada yang tak buat apa-apa langsung tapi sentiasa mendoakan keselamatan saudara Islam di Mesir dan Syria selepas sembahyang.

Ada seorang kawan aku, kita namakan dia Din, sangat marah dengan kawan-kawan yang pergi ke Konsert Metallica.alas 

"Sanggup diorang habiskan duit sampai RM600 lebih semata-mata nak tengok Metallica? Membazir betul. Tengok dekat Youtube aje lah. Dari pergi bazirkan duit tengok Metallica, baik diorang dermakan duit tu pada saudara kita dekat Mesir dan Syria. Dapat jugak pahala. Ini pergi layan lagu setan Metallica tu, apa pun tak dapat. Dapat dosa lagi adalah."

Aku malas nak layan bebelan Din yang makin lama makin panjang memaki hamun Metallica. Biarlah dia dengan pendapat dia. Masing-masing ada pendapat sendiri. 

Din juga ada menulis status pasal hal ini di Facebook. Aku hanya tengokan sahaja.

Konsert Metallica akhirnya berlangsung minggu lepas. Alhamdulillah, tiada peminat yang histeria macam budak-budak perempuan ternampak artis K-Pop kesayangan mereka.

Semalam, Din WhatsApp aku gambar sepasang kasut.

Sebagai seorang yang buta kasut (bukan pengumpul kasut dan tidak tahu trend kasut terkini), aku pun tanya Din balik.

"Kasut apa ni?"

"Inilah kasut Adidas Limited Edition. Baru sampai dari USA. Beli dari eBay. Hehehe.."

"Berapa kau beli?"

"RM600 lebih. Memang mahal tapi janji hati aku puas."

Celakalah! Mana hilang ayat jangan membazir baik derma pada orang dekat Mesir dan Syria tu?

Geleng kepala aku sambil aku menitis air mata aku jatuh ke bumi Malaysia ini.

2 comments:

pinyu pjah said...

Bila dh minat.. Papepun jd.. Tp moral of da story kawan ko nama din ni .. Apapontabley.. Apoodaa..

Amirul (aremierulez) said...

Hahahaha..
Cakap orang, dia pun sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...