Belilah Novel Aku!!!!

Friday, March 7, 2014

Fungsi "Look Around/People Nearby" WeChat Yang Buat Aku Hilang Kesabaran

Semalam masa aku tengah baring-baring sambil mencari idea (baca: berangan), tiba-tiba sifat semulajadi orang Melayu datang menjengah hati aku. 

Sifat itu ialah perasaan malas.

Apabila perasaan malas menguasai diri, maka aku pun segera mencapai hand phone aku. Tengok WhatsApps, sorang pun tak online malam tersebut.

Maka aku pun buka aplikasi WeChat. Aku terus pergi ke fungsi "Look Around/People Nearby". Sudah agak lama aku tidak menggunakan fungsi ini.

Pada siapa yang tiada aplikasi WeChat dalam hand phone kamu, biarlah aku terangkan sedikit apa jadahnya "Look Around/People Nearby" ini.

Fungsi "Look Around/People Nearby" ini adalah untuk kita membuat carian atau browse pengguna WeChat lain yang berada dalam sekitar 3 kilometer dari kita. Dari fungsi "Look Around/People Nearby" inilah kita dapat cari awek-awek cun yang berada di sekitar kita.

Tak faham dengan penerangan aku? Siapa suruh tak install WeChat. Padan muka.

Okay. Berbalik kepada topik asal.

Semenjak aku tinggal dekat Selayang ini, aku tidak pernah menggunakan fungsi "Look Around/People Nearby". Maka, tak salah kalau nak mencuba kan? Manalah tahu jumpa manusia yang pelik-pelik dekat Selayang kan?

Aku pun membuka fungsi "Look Around/People Nearby". WeChat sedang browsing pengguna WeChat yang berada di sekitar aku.

Keluar senarai semua pengguna WeChat di sekitar aku.

Nama pertama yang muncul itu aku sudah lupa. Tapi nama seorang perempuan dengan penuh simbol emoticon dan emoji sampai aku susah nak sebut namanya.

Status yang ditulis di bawah namanya ialah "Back to single again". Status ni samalah fungsinya dengan status macam dekat Facebook tu.

Gambar sedang di-loading. Internet agak perlahan malam itu.

Gambar selesai di-loading. Gambar seorang budak perempuan berbaju sekolah.

Celaka! Sekolah lagi sudah sibuk nak update status pasal cinta.

Aku tengok nama yang kedua yang dalam senarai "Look Around/People Nearby" itu.

Nama kedua aku baca sahaja dah rasa mahu muntah. Nama dia FariDelicious. Okay. Nama dia sahaja sudah cukup gampang.

Aku baca pula status si FariDelicious ini.

"Aq sayang kaw sowang."

Celaka. Mengeja macam budak tak sekolah pulak. Gambar si FariDelicious masih lagi loading. Entah kenapa tiba-tiba perasaan gelisah menghantui jiwa aku.

Gambar FariDelicious selesai di loading dan gambarnya terpapar di skrin hand phone aku.

Gambar seorang lelaki dengan fesyen rambut Korea, pakai baju pink, buat duck face sambil buat simbol "love" guna kedua tangannya yang macam selalu artis Korea buat tu.

Pang!!!!

Berkecai terus hand phone tersebut sebab aku baling ke dinding. Aku terus tidur laju-laju.

Celaka. Menyesal tak sudah aku buka fungsi "Look Around/People Nearby" ni.

2 comments:

pinyu pjah said...

welkam back bro..ngeh3..welkam back kat aku sebenarnya sbb dh lama aku xjengah blog aku sendiri..bila aku jengah blog aku..otomatik..bru aku perasan blog2 yg wajib aku baca kat tepi side bar blog aku tu..

k.bebalik pada entry ko ni..aku tau ape itu look around ke near by ke watever la..tp masalah skrng aku dh xpakai smartphone bagai ni..jd aku xamek kisah dh ape menatang fungsi wechat tu..cukup la samsung flip aku yg takat blh msg ngn call + 1 main game yg ala2 game "raja katak kasi tmbak itu bola" yg smpai skrng level 19 xlepas2 sejak dr blan 1 aritu..yg pasti batery blh tahan smpai seminggu.miahahaha..

h A n Y s said...

aku pernah TERtekan mendalah tu (people nearby), sekali appear 'bangla2' mana ntah yg 'hi!'.
Sumpah tak TERtekan lagi. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...