Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, November 18, 2014

Update Terkini

Assalammualaikum.

Hai. Lama aku tak menaip dekat blog ini kan? Aku agak sibuk sekarang.

Sebenarnya, aku dah jadi sebahagian dari penulis Skuad Terfaktab. Aku ada menulis dekat blog Terfaktab, tapi tak banyak pun aku tulis. Ini antara yang aku tulis. Macam aku kata, aku agak sibuk.

Selain itu, dah ada cerpen aku yang diterbitkan dalam naskah buku oleh Skuad Terfaktab. Antaranya:




Kitab Terfaktab Konotasi Rasa. Ada dua cerpen aku yang diterbitkan dalam buku ini. Cerpen itu bertajuk Blind Date dan Penceraian.



Do-It. Ada satu cerpen aku yang diterbitkan dalam buku ini. Cerpen itu bertajuk Kerana RM25,000.00.

Korang boleh dapatkan antologi cerpen ini secara online di sini ataupun boleh cari di kedai buku. 

InsyaAllah. Tak lama lagi akan muncul pula novel aku di bawah penerbitan Terfaktab. Dah publish nanti aku bagitahulah.

Sampai di sini sahaja update kali ini. Berjumpa kita lain kali. Assalammualaikum....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...