Belilah Novel Aku!!!!

Monday, April 6, 2015

Mini Cerpen #2

#1
"Dah lama aku menduda. Aku datang nak pinang anak kau"
"Kau nak pinang si Milah?"
"Tak. Aku nak pinang si Jamal"


#2
"Aku ambik dadah sebab aku kecewa kerana cinta. Kau?"
"Aku ambik dadah sebab aku nak kalahkan Lin Dan."
"Oh.. Kau yang main badminton tu ke? patut macam pernah nampak."


#3
"Setiap kali saya renung mata awak, saya nampak sesuatu."
"Awak nampak apa?"
"Nampak tahi mata awak." 


#4
"Abah, kambing dalam bahasa inggeris apa?" Tanya si anak.
"God." Si abah menjawab.
"Goat la, bodoh!" Si atok memaki.


#5
"Kau tengok tu, makin ramai lelaki jadi pondan sekarang ni."
"Tu bukan pondan lah. Tu fesyen K-Pop."


#6
"Api! Api!"
"Mana? Mana? Mana rumah terbakar?"
"Bukan la, bang. Saya nak api, nak cucuh rokok ni."


#7
"Bang, ada api?" Tanya Ali pada seorang brader.
"Api kat neraka banyak."
Ali terus duduk tahiyat akhir


#8
"Stress!Rasa nak balik tidur"
"Tidur pun tak hilang stress"
"Habis tu nak buat apa?"
"Kau balik, lepas tu mati.Baru hilang stress"


#9
"Risau betul aku tengok perempuan sekarang ni makin cantik."
"Apa yang kau risau kan pulak?"
"Sebab diorang ni sekolah lagi."


#10
"Saya harap cinta saya pada awak kekal macam filem P.Ramlee."
"Maksud awak?"
"Tengok banyak kali pun, tak pernah jemu."


#11
Awek cun la! Tengok bio dia kejap..
"Future wife to Karim"
Bangsat!
*Baling phone ke dinding*


#12
"Kenapa abang nak kawin lagi?"
"Awak mandul."
"Abang lupa ke abang kahwin dengan janda anak 2. Saya mandul ke, abang yg mandul?"

Monday, February 23, 2015

Mini Cerpen #1

#1
"Yang... Boleh abang kahwin lain?"
"Boleh... Tapi langkah mayat saya dulu."
"Okay."
Si suami terus menikam isteri sampai mati


#2
"Jangan sombong sangat. Nanti kahwin dengan penagih."
"Memang saya nak kahwin dengan penagih pun. Penagih cinta saya."


#3
"Encik nak order apa?"
"Saya nak hati awak."
"Encik ni bodoh ke apa? Order makanlah. Takde masa aku nak layan romantik kau ni."


#4
"Awak makin cantik sekarang."
"Sebelum ni?"
"Cantik. Tapi perangai tak senonoh."


#5
"Kenapa emak tak bagi saya pakai tudung? Kan elok menutup aurat?"
"Engkau tu lelaki. Jadah apa nak pakai tudung."


#6
"Semalam saya mimpi kita berdua kahwin tau?"
"Sudah la, Faiz. Saya dah ada anak dua ni. Bila awak nak move on ni?"


#7
"Setakat pukul curi, boleh la! Cuba one-on-one."
"Kau marah siapa ni?"
"Triple H. Dia pukul curi The Rock tadi."


#8
"Kenapa saya call banyak kali, awak tak jawab?"
"Maaf, Encik Azman. Saya solat Jumaat tadi. Encik Azman tak solat ke?"


#9
"Baik abang cakap, siapa Rozita ni?"
"Kiah dah kenapa? Rozita tu kan madu awak. Awak lupa ke saya kahwin dua?"


#10
"Sudahlah. Jadikan ia ikhtibar untuk masa depan kau."
"Masa depan mendanya? Aku nak kena hukum gantung 2 jam lagi ni"


#11
"Jangan tinggalkan Kiah, bang! Jangan tinggalkan Kiah."
"Kiah dah kenapa ni? Abang nak pergi kerja la."
"Oh. Ok. Bye"


#12
Siapa kau? Doktor? Majistret? Artis?"
"Saya artis & majistret."
"Apa? Macam mana pulak tu?"
"Sebab saya Akim & The Majistret."


Friday, February 6, 2015

Jumpa Anda Semua Esok Di Pesta Buku Selangor



Sajalah aku nak ingatkan kamu semua.

Aku akan berada di Pesta Buku Selangor esok (Sabtu 7 Februari 2015) dari pukul 2 petang hingga 5 petang untuk sessi ramah mesra dan autograph.

Sesiapa yang masih belum beli novel aku, Kota Teroris: Zodiak, bolehlah beli esok dan mintak autograph dari aku.

Siapa yang dah beli tapi belum ada autograph, pun boleh datang bawak buku jumpa aku.

Kalau ada soalan nak soal ke, nak borak dengan aku ke, boleh saja jumpa esok.

Jumpa korang semua esok, insyaAllah

Monday, January 26, 2015

Pesta Buku Selangor


Pesta Buku Selangor akan berlangsung dari 29 Januari sehingga 8 Februari 2015 di SACC, Shah Alam, Selangor.

Terfaktab akan mengadakan promosi istimewa, 3 buku dengan harga RM50. Jangan lupa dapatkan novel aku, Kota Teroris: Zodiak nanti. Aku akan ada di sana pada 7 Februari 2015, Sabtu, selepas waktu tengahari. Kalau ada soalan nak ditanya, atau minta autograph atau beramah mesra, boleh jumpa di sana.



Friday, January 2, 2015

2014

Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar buat aku dan keluarga.

Aku mulakan 2014 dengan sebuah keluarga yang lengkap. Ada abah, mama abang dan aku. Tapi mengakhiri 2014 tanpa insan yang paling aku cintai. Mama pergi pada tanggal 14 Julai 2014. Takdir telah menentukan segalanya. Allah S.W.T. lebih sayangkan mama dari kami semua.

Aku mulakan 2014 sebagai seorang anak rantau yang mencari rezeki di ibu kota. Tinggal di Shah Alam dan bekerja di Sri Petaling dan Kota Damansara. Hari-hari menempuh kesesakan lalu lintas yang bagaikan tidak akan surut malahan semakin bertambah buruk.

Aku mengakhiri 2014 sebagai seorang yang kembali ke tempat asalnya di kampung. Tiada tol. Tiada kesesakan lalu lintas.

Tidak pernah terlintas di dalam hati aku pada 1 Januari 2014 semua ini bakal terjadi. Tidak pernah aku jangka yang kanser datang menyerang mama semula. tidak pernah aku jangka yang mama pergi meninggalkan kami semua. Tidak pernah terjangka yang aku akan pulang kembali ke Batu Pahat untuk menemankan abah ku di sini.

Takdir telah membawa aku pulang ke kampung halaman. Aku percaya pasti Allah dah sediakan perancangan yang baik di Batu Pahat.

Dalam kesedihan ini, masih ada sedikit kegembiraan. Akhirnya novel aku, Kota Teroris: Zodiak, diterbitkan. Sayangnya arwah mama tidak dapat melihat buku ini, walhal aku menaip novel ini dihadapannya sambil menemankan mama berbual sepanjang bulan Mac 2014.

2014 meninggalkan banyak peristiwa sedih dan dugaan kepada aku dan keluarga. Aku harap 2015 bakal memberikan harapan baru untuk kami sekeluarga, InshaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...