Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, September 26, 2007

3 GOL TORRES BUAT AKU GEMBIRA

Satu perasaan puas terbit di hati aku apabila akhirnya Liverpool berjaya memecahkan kebuntuan kemenangan setelah seri dalam 3 perlawanan terakhir.

Liverpool turun tanpa Gerrard, Reina, Alonso, Babbel dan Kuyt dan menurunkan 2 pemain muda iaitu Lucas Leiva dan Sebastian Leto dalam barisan utama. Namun begitu, Liverpool mampu memberikan keputusan yang cemerlang.

Persembahan Liverpool pada separuh masa pertama agak goyang, tetapi berbeza semasa separuh masa ke-2. Dominasi Liverpool berjaya membuahkan kemenangan yang di tunggu-tunggu.

Yossi Benayoun berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool setelah membuat satu larian cantik sebelum merembat kencang. Beliau berjaya membuktikan yang dia mampu bermain dalam kesebelasan utama.

Fernando Torres berjaya menjaringkan hatrik pertama beliau untuk Liverpool. Torres ingin membuktikan yang beliau telah menjadi striker yang di cari-cari oleh Rafael Benetiz selama ini. Ini menjadikan jumlah gol jaringan beliau menjadi 6 dalam 9 penampilan untuk Liverpool, dua kali masuk sebagai pemain gantian.

Pemain muda dari Argentina, Sebastian Leto bermain dengan baik di posisi wing kiri. Ini membuatkan Kewel lebih sukar untuk merebut kembali posisi beliau dalam kesebelasan utama dalam skuad Liverpool.

Penjaga gol simpanan yang di turunkan hari ini, Charles Itandje gagal menyinar. Dia yang berkata akan bermain dengan baik untuk merampas posisi Reina, gagal menyerlah dan gol kedua Reading sepatutnya boleh di selamatkan.

Aku berharap Liverpool dapat meneruskan rentetan kemenangan seterusnya.

Monday, September 24, 2007

KEPULANGAN YANG DI NANTI....OLEH LULA

Akhirnya secara rasminya, kereta Lula sudah pun selamat pulang ke tangan Lula kembali pada hari jumaat yang lepas.

Bagai belut pulang ke lumpur, Lula meraikan kepulangan kereta nya dengan merayap bersama Naz.

Tetapi sehingga hari ini, kereta lula ni masih sukar nak di hidupkan. Aku baru je lepas tolak kereta dia kejap ni.

Ni gambar-gambar kereta Lula yang dah sihat kembali:

Tuan kereta bersama kereta nya
Tayang enjin sikit
Enjin yang telah di baik pulih seperti biasa
Box yang baru telah digantikan

Jadi dengan ini, dengan secara rasmi nya aku menutup laporan kereta Lula. Tiada lagi laporan kereta beliau kecuali jika kereta ini masuk bengkel lagi.... Hehe

Sunday, September 23, 2007

VIRUS YANG KIAN MEREBAK DALAM DIAM

Virus ialah zarah kecil yang boleh berjangkit selain organisma biologi. Virus ialah parasit intrasel obligat, yang bermaksud mereka boleh membiak dengan cara menawan sel sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Selalunya zarah zarah ini membawa asid nukliek (DNA atau RNA) yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau protein-lipid.

Dalam sains komputer, istilah virus juga digunakan bagi mewakili aturcara yang menjangkiti aturcara lain.

Itulah definasi virus jika soalan tersebut keluar semasa anda mengambil peperiksaan. Tak ira lah SPM, PMR, Marketing Communication, Strategic Management dan juga Research Metadology (Ya, Baox. Everything is research. Virus pun research juga).

Dan aku tak sangka ada sejenis telah merebak di rumah sewa aku di 32 Taman Rakyat Jementah ini. Virus ini merebak dalam diam. Dia merebak secara perlahan-lahan pada mulanya dan akhirnya merebak dengan pantas dalam 2-3 hari ini.

Virus ini tidak merbahayakan kesihatan tetapi boleh merbahayakan orang yang sedang berpuasa dan boleh membuatkan orang yang puasa boleh membatalkan puasa akibat penat ataupun mengidamkan air tebu semasa berbuka.

Ya. Virus yang aku maksudkan tersebut ialah virus kereta mati dan mengakibatkan sessi menolak kereta beramai-ramai bersama rakan penyewa rumah yang lain.

Panjang kan nama virus ini? Aku pendekkan kepada virus menolak kereta yang rosak.

Seperti biasa, virus ini bermula dengan kereta Bell. Berlaku pada awal-awal semester. Boleh dikatakan juga kereta Bell merupakan kereta yang paling kerap di jangkiti virus ini. Kereta Bell kerap di lihat tersadai di tepi jalan.

Aku bersama-sama apeng dan roomate aku, cendol terlibat dalam sessi serangan pertama virus ini. Puas kami menolak kereta Bell, untuk bagi enjin nya hidup. Akhirnya berjaya juga.

Seterusnya, kereta apeng pula yang kena. Juga di jangkiti virus ini beberapa kali. Juga perlu menolak beberapa kali untuk hidup.

Malam kelmarin, setelah puas merayap dengan keretanya yang baru keluar dari bengkel, Lula berasa hampeh setelah melihat keretanya juga terkena virus tersebut. Mungkin, keretanaya masih rindu akan bengkel yang di huni nya selama sebulan lebih. Maka, kami pun beramai-ramai menolak keretanya.

Kemudian kereta yang paling mendapat perhatian ramai di rumah, kereta yang paling master dekat rumah kami.... kereta Baox. Puncanya bermula apabila kereta Apeng gagal hidup enjinnya. Maka, jalan terakhir, menggunakan jumper untuk menghidupkan enjin nya.

Rumors mengatakan yang Apeng menggunakan kereta Baox sebagai batu loncatan untuk menghidupkan keretanya. Akhirnya, kereta Apeng berjaya hidup dan beliau selamat pulang ke rumah. Tetapi kereta Baox menerima nasib berbeza.

Niat murni Baox yang ingin pulang ke rumah terbantut kerana kereta beliau pula yang tak hidup. Ulasan dari Baox, "Cilakak Apeng. Dia dah sampai rumah, dia tinggalkan taik kat aku."

Beramai-ramai lah kami menolak kereta Baox. Herman dan Pujam, 2 ahli rumah yang belum menimba pengalaman menolak kereta turut serta kali ini. Setelah beberapa kali menolak, kereta Baox gagal hidup hingga menyebabkan Lula mengidam berbuka dengan air tebu.

Ada juga seorang jiran berstatus nenek menasihatkan kami supaya menghantar kereta ke bengkel. Ye lah nenek....

Kadang-kadang dah rasa yang kerja menolak kereta menjadi agenda rutin dalam kehidupan kami. Aku dan roomate aku yang tak de kereta pun sudah penuh dengan pengalaman menolak kereta di dada kami. Mungkin juga kami boleh menulis begini di resume kami nanti:

Pekerjaan: Pelajar dan part time tolak kereta

Ya. Tolak kereta. Bukan tarik kereta. Satu perkerjaan yang jarang di lalui oleh orang lain. Di harap kereta kawan-kawan ku selamat dan tidak akan di jangkiti virus lagi. Tetapi, ada khabar angin yang bertiup kencang menyatakan yang selepas ini giliran kereta herman. Kita tunggu dan lihat.....

Sebelum anda menutup blog ini dan tengok-tengok Myspaca atau Friendster anda, sila lihat gambar di bawah.

Ya. Rambut Bell. Tapi sekarang dia dah botak kan kepala. Hatinya cukup kering untuk membuat fesyen rambut seperti ini tetapi tak cukup kering untuk pergi Test dengan rambut begini.

Saturday, September 22, 2007

CORETAN TANPA HALA TUJU BAHAGIAN KE-2

Aku sebenarnya tiada idea nak menulis, tapi hati dan keinginan aku untuk post entri baru membuak-buak. Jadi, sekali lagi aku akan membuat coretan tanpa hala tuju ini.

1. Nurin Jazlin Jazimin

Mari kita semua sedekah kan al-fatihah kepada adik Nurin Jazlin.

Sungguh zalim manusia yang membuat demikian rupa kepada insan kecil yang masih mentah di dunia ini. Kenapa perlu di perlakukan demikian. Kenapa zalim sangat manusia dekat dunia ini?

Aku harap, penjenayah yang membunuh Nurin akan diberkas dan di kenakan hukuman yang setimpal. Binatang macam mereka tak sepatutnya di layan dengan baik.

Tetapi, adakah undang-undang Malaysia akan menghukum penjenayah dengan setimpal?

Kalau di lihat, kadang-kadang kes atuk, bapa tiri yang rogol cucu, anak sendiri akan di kenakan hukuman yang tak setimpal. Penjara setahun atau denda RM 5,000. Setimpal ke dengan jenayah merogol darah daging sendiri?

Bagi aku, ada sesetengah undang-undang jenayah Malaysia terlampau ringan untuk penjenayah. Aku harap ia akan di gubal dengan lebih adil

2. Penyokong Chelsea

Ramai penyokong Chelsea mula risau dan ingin berpaling tadah setelah pemergian Mourinho.

Ahad ini, Chelsea menentang Man Utd. Kita tengok bagaimana prestasi pengurus baru pilihan Roman Abramovich memimpin Chelsea.

3. Kereta Lula

Ya! Kereta Lula sudah kembali ke pangkuan tuannya!!!!

Seperti sirih pulang ke gagang, Lula terus menghilang di waktu malam setelah mendapat kembali kereta kesayangan nya.

4. Kami

Aku semakin suka menonton cerita Kami. Cerita yang berpaksikan muzik indie dan dunia underground.

Tak sangka ramai kawan-kawan aku juga yang meminati cerita ini. Semasa aku pulang ke Batu Pahat, aku dan kawan-kawan sibuk bercerita tentang cerita ini. Ada yang mengimbau zaman-zaman sekolah semasa kami semua obsess dengan dengan muzik underground, semasa kami semua aktif pergi menonton Gigs.

Mampukah cerita kami mengembalikan zaman kegemilangan underground yang sebenar?

Mampukah cerita ini mengangkat martabat muzik underground supaya tidak di pandang serong oleh orang yang tidak faham dan mengenali muzik underground?

Kita tunggu dan lihat.

Lawat web ini untuk informasi tentang cerita Kami, gig projek kami dan lain-lain. Projek Kami


Banner Cerita Kami

Juliana Evans memang cute. Pakai baju sekolah pun tetap cute

KAMI . The TV Series

KAMI . The TV Series

Friday, September 21, 2007

CORETAN TANPA HALA TUJU

Dah lama aku tidak post entri ke blog aku. Post terakhir adalah pada selasa. Mungkin bagi kamu hanya 2 hari, tapi tidak pada aku.

Ada banyak sebab aku tidak post entri. Aku sangat sibuk dengan asignment. Asignment Marketing Channel memang susah. Lagi-lagi kalau major asignment. Tapi tak boleh salahkan asignment. Tugasan tersebut telah diberikan oleh Encik Zambri 2 bulan lepas, tapi akibat kerja last minute, aku dan Kulon buat asignment tersebut dalam 2 hari sahaja. Tetapi masih mendapat pujian dari lecturer.

Ada beberapa benda yang aku nak cerita dalam entri kali ini. Mungkin agak mengarut, baca kalau ada kelapangan:

1. Liverpool FC

Minggu ini aku agak kecewa dengan persembahan Liverpool. Seri dengan Portsmouth aku masih boleh terima kerana kebanyakan pemain Liverpool beraksi untuk negara masing-masing dalam pusingan kelayakan EURO 2008.

Tapi semasa menetang Porto FC, Liverpool memaparkan aksi yang lesu dan letih. Bagi aku, Liverpool bernasib baik untuk seri.

Tak pe, mana ada kelab bola yang menang semua perlawanan. Aku yakin Liverpool akan bangkit.

2. Chelsea FC

Aku agak terkejut bila mendengar berita tentang perletakan jawatan Jose Mourinho dari Chelsea. Beliau di gantikan dengan Avram Grant.

Aku memang terus terang tidak suka dengan Mourinho yang bongkak dan selalu bercakap besar, tapi bagi aku, Roman Abramovich melakukan kesilapan dengan memecat beliau.

Pengganti Jose, Avram Grant merupakan seorang warga Israel, dengan kata lain beragama Yahudi. Aku dapat tahu yang Roman Abramovich beragama yahudi. Dalam senyap, Roman juga banyak merekrut orang berbangsa Yahudi ke dalam pasukan jurulatih dan management Chelsea. Jadi, pemecatan Jose di sebabkan sintemen keagamaan?

Ada khabar angin yang menyatakan yang mungkin Jose Mourinho akan menggantikan Martin Jol dari Tottenham Hotspurs? Tunggu...

3. Mengimbau kenangan silam

Semalam, seorang ex-classmate aku semasa aku belajar di Melaka menelefon aku. berborak panjang juga kami.

Perbualan kami banyak mengimbau kenangan silam semasa kami sedang belajar di Melaka. Selepas perbualan itu, membuatkan aku terfikir sejenak. Aku betul-betul merindui kehidupan aku yang lepas. Fikiran aku terus menerawang ke masa zaman persekolahan aku. Dan aku tersedar yang aku telah banyak kehilangan benda yang aku suka dalam kehidupan aku.

I miss the good old day...

4. Mimpi

Aku banyak bermimpi. Semalam, aku bermimpi semasa aku tidur selepas sahur. Semasa aku tidur tengahari pun, aku boleh bermimpi.

Macam-macam yang aku mimpikan, tentang laptop aku yang tertumpah air, aku jalan-jalan naik vespa di Melaka dengan roomate aku, nampak orang tak puasa makan dalam van jenazah, mendengar cita-cita roomate aku yang ingin ke kayangan dan banyak lagi.

Aku rasa mimpi itu sangat pelik. Ada orang kata, mimpi cuma mainan tidur. Ada yang kata, mimpi tu petanda. Dan kadang-kadang memang ada mimpi aku yang menjadi petanda dalam kehidupan aku.

Kali ini, adakah mimpi ini akan berguna pada aku? Entah lah....

5. Puasa

Alhamdulillah, aku masih puasa penuh. Aku harap aku tidak sakit hingga aku terpaksa tinggal puasa.

Ada member-member aku yang sudah mula memasang lagu raya di mp3 masing-masing. Dan ada yang dah pun menggunakan lagu raya untuk ringtone handphone. Masing-masing dah mula ambik feel raya....

Ok, sampai sini sahaja coretan aku. Aku nak sahur. Selamat berpuasa semua.

Tuesday, September 18, 2007

BUDAYA TAG BERTERUSAN DI BLOG AKU

Ya. Aku kena tag lagi. Dan ya. roomate aku tag aku sekali lagi.

Betul kata kawan aku. Sekali dah kena tag, mesti kena tag lagi berulang kali. Tapi lama-lama seronok juga benda alah tag ni.

Tajuk tag kali ini agak seronok, 3 kisah pemontengan puasa yang paling sengal pernah aku dengar / alami. Aku rasa ada banyak juga yang aku nak kongsi. Ada satu kisah yang roomate aku dah tahu. So, aku nak tulis yang lain. Yang dia pun tak pernah dengar lagi. Aku cuba bagi cerita yang terbaik.

Aku tak pernah ponteng puasa sejak darjah 4. Bukan nak membangga diri, cuma ayah dan emak aku membuat peraturan ketat kepada anak-anak nya pasal puasa. Tapi kisah kawan-kawan aku masih ada.

3 kisah pemontengan puasa yang paling sengal pernah aku dengar / alami

Kisah 1

Kisah aku dan kawan-kawan yang menetap di taman yang sama masa aku sekolah rendah. Masa tu aku darjah 4, di mana aku belajar untuk puasa penuh. Aku lepak dengan anak-anak jiran aku dan beberapa kawan lain. Tengah kami lepak-lepak, tiba-tiba jiran aku tu (aku gelar sebagai F dan G) keluar kan super ring. Tau tak super ring? Alah, jajan atau kudapan ringan yang selalu kita makan masa sekolah rendah. Diorang berdua bukak dan terus makan depan kitorang. Kami pun bertanya lah kepada F dan G,

Kami: Korang tak puasa ke? Mak bapak korang tak marah ke?
F & G: Mak bapak kitorang tak kisah pun kalau kitaorang tak puasa. Bapak kitorang best, bukan macam bapak korang.

Sebaik sahaja habis bercakap, tiba-tiba bapak F dan G, juga merupakan imam taman tu, boleh terpacul dekat belakang kami

Bapak F & G: Kurang ajar punya anak, kau tak puasa eh? Sapa ajar korang tak puasa.....(dan berbagai lagi kata-kata kesat yang tak mampu aku nak tulis kat sini. Marah sungguh imam sorang ni)

Dia tarik anak-anak nya balik di rumah, dan bantai anak-anaknya itu macam dah tak de pedoman. Teruk juga lah si F dan G tu kena bantai.

Moral: Kalau nak ponteng puasa, jangan guna bapak sebagai alasan

Kisah 2

Kisah Ex-girlfriend aku. Kami tinggal setaman, dan rumah kami tak jauh pun. Jalan kaki pun dah boleh sampai.

Biasanya, bila aku nak ke rumah dia. Aku akan call dia terlebih dahulu. Tapi kali ni, aku saja nak bikin surprise. Aku pergi ke rumah nya.

Bilik ex aku ni merupakan bilik paling depan sekali. Tingkap rumah dia betul-betul sebelah pintu utama rumah dia. Aku kadang-kadang intai dia dari tingkap je. Hehe...

Memanglah rumah dia berpagar tetapi oleh di sebabkan aku merupakan bakal menantu mereka(pada masa itu), aku bebas masuk keluar rumah tersebut.

Masa aku sampai rumah ex aku tu, aku tak bagi salam sebab aku nampak tingkap bilik dia terbuka. Biasanya, kalau tingkap dia terbuka, itu bermakna dia ada dalam bilik. Maka aku buka pagar dan terus usha dia melaui tingkap tu. Mana lah tau, dapat tengok dia pakai seluar pendek atau boxer... Hehehe...

Sekali aku nampak dia tengah makan karipap. Aku sergah dia. Kelam-kabut dia cuba sorok kan karipap tu dari aku. Tapi aku dah nampak pun.

Rupa-rupanya, mak dia tengah buat karipap untuk di jual oleh mak cik dia. Bila mak dia sidai baju, dia sebat karipap tu barang 5-6 ketul dan makan dalam bilik. Sayangnya, perbuatan dia tu terkantoi oleh aku. Hehe.. Nak kata uzur, tak juga. Memang tak nak puasa lah tu...

Moral: Kalau nak makan dalam bilik, sila tutup tingkap anda

Kisah 3

Kisah ni di ceritakan oleh seorang junior aku masa aku menuntut di Politeknik Merlimau. Kisah budak junior tu sendiri, di kampung beliau. Kita namakan dia sebagai H.

Kejadian ni terjadi masa H sekolah rendah. Aku dah lupa bila. Masa tu H ni tengah lapar. Dia cuba ponteng puasa. Ada air kotak dan kek dalam peti ais dia.

Setelah merembat air kotak dan kek tu, H cuba mencari port terbaik untuk dia memonteng puasa tu. Setelah melilau mencari tempat, akhirnya dia mengambil keputusan untuk makan di atas pokok yang agak jauh jugalah dari rumahnya tu. Pokok tu terletak betul-betul di tepi sungai.

Maka panjatlah H ke atas pokok tersebut dan makan lah beliau di situ. Rupa-rupanya, bapak H telah nampak kelibat H yang makan di atas pokok tu.

Denagan perlahan-lahan, bapak H pergi ke pokok tersebut dan meyergah H.

H yang terkejut dengan sergahan tersebut, terus hilang imbangan badan dan jatuh ke dalam sungai tepi pokok tu.

Lepas naik dari sungai, bapak dia pun cakap, kalau tak puasa cakap lah, "tak payah nak jadi monyet."

Moral: Jangan menyamar monyet kalau tak nak puasa

Ok, sekarang kena tag orang pula kan? Ni senarai orang yang aku tag:

1. Gimmie. Tag aku yang sebelum ni pun kau belum buat kan?
2. Yua. Along, buat tag ni.
3. Punjunk. Aku tag ko. Bagi cerita baik eh?

Monday, September 17, 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART 4

Ya. Kita kembali ke segmen yang paling di sukai oleh Lula dalam blog aku ni, update kereta dia la, apa lagi.

Tapi kali agak berlainan, kerana kali ini aku turut serta dalam lawatan ke bengkel. Tak macam selalu, dimana aku dapat gambar lalu membuat ulasan berdasarkan maklumat dari Lula sendiri, kali ini, ulasan selepas aku sendiri tengok kereta dia tu. dan gambar aku sendiri yang ambik.

Lula pulang ke rumah sejurus selepas ponteng kelas 4 petang tadi, terus offer aku untuk ikut dia pergi tegok kereta dia. Aku pun on saje lah.

On the way ke bengkel, tauke bengkel sudah pun menelefon Lula dan kata yang kereta dia sudah siap dan dah ready untuk di ambil. Maka, dengan hati yang berbunga, Lula pun lincah ke bengkel.

Sebaik sampai ke bengkel, kami pun melihat keadaan kereta Lula itu. Rupa-rupanya tauke bengkel tu tak perasan yang box (tempat menyimpan barang tu) pecah dan sudah rosak. Malahan, ada beberapa skru yang hilang. Bengekl ni sebat skru tu kot.

Jawabnya, kereta tu terpaksa la terperuk kembali di bengkel. Bila kereta ni boleh siap? entah la. Maka kecewalah Lula.

Kereta Lula sudah siap sedia untuk beraksi di jalan raya
Box yang rosak dan tak boleh di tutup
Nampak tu. Bekas pecah tu. Macam mana la tauke bengkel tu boleh tak nampak
Grill Kelisa Lula sekarang sudah berwarna hitam. Tak payah la Lula nak sembur

Sunday, September 16, 2007

PUASA BULAN YANG MENDUGA KITA...TERUTAMANYA MATA KITA

Puasa memang menduga kita. Di bulan yang mulia inilah kita akan di uji tahap ketebalan iman kita. Mampukah kita menangkis dugaan tanpa di ganggu dan di goda syaitan yang di rejam?

Begitulah aku semalam. Selepas keluar dari CC Welly, aku pun jalan-jalan untuk membeli beberapa barangan keperluan aku. Dalam aku berjalan-jalan di Summit tu, aku ternampak ramai lah pulak amoi yang keluar berjalan-jalan dekat Summit hari tu. Dan yang lebih sadis sekali, ramai pula amoi yang berpakaian seksi.

Yang pakai skirt pendek atas lutut paras pangkal peha ada, yang pakai macam tube tu ada, yang pakai baju ikut body ada, yang pakai singlet ada.. Pendek kata, memang seksi belaka.

Biasanya, memang la amoi-amoi ni biasa berpakaian seksi cuma kali ni ramai sangat pula yang seksi. Adakah ini satu strategi kaum mereka untuk mengurangkan pahala dan menggoda kaum kita supaya tak berpuasa? Atau aku sahaja yang prejudis tak menentu sebab mata aku yang rambang memandang amoi seksi di kiri dan kanan sehingga aku membuat keputusan yang melulu ke atas kaum mereka?

Yang paling menyayat hati sikit, masih ada couple (orang melayu ya), yang jalan berpelukan sambil menggesel pipi mereka dikawasan awam. Come on lah! Ni bulan puasa beb. Hormat sikit beb. Tolong la faham sikit kan? Kalau bulan-bulan lain tu suka hati kamu la, tapi bulan puasa ni jangan la buat macam tu. Dekat public pula tu.

Ntah la. Mungkin aku terlampau berpikir kot. Tapi amoi skirt pendek tu memang menduga aku. Pendek sungguh skirt dia. Sayangnya dia jalan ramai-ramai dengan kawan dia. Kalau dia jalan sorang-sorang, dah lama aku tackle dia, mintak nombor telepon dia. Eh? Tackle perempuan batal puasa tak?

Saturday, September 15, 2007

BLOGGING DARI BATU PAHAT

Ya aku kembali selepas 2 hari aku tak memblogging. Hehehe...

Aku berada di Summit Batu Pahat, di CC yang bernama Welly. Tempat di mana aku mula belajar chatting dan keinginan untuk menjadi bloggers bermula.

Untuk pengetahuan kamu semua, aku sudah hampir 3 bulan tak datang ke Summit ni. Kenapa? Sejak adanya BP Mall, aku lebih suka lepak di sana. Kalau keluar dengan kawan-kawan pun, aku akan ke sana. Kalau keluar dengan famili pun, aku akan ke sana. Kalau keluar dengan sepupu dan adik angkat pun, aku akan ke sana. Bukan lah aku dah tak menghargai Summit, cuma dah ada tempat baru. Jadi nak rasa jalan dan lepak di tempat baru sebelum tempat baru tu bertukar menjadi tempat yang buruk macam Summit ni.

Dan yang lebih penting, ni pertama kali aku memblogging dari Batu Pahat. Ya!! Walaupun dah hampir 6 bulan aku memblogging, tapi ini pertama kali aku memblogging dari Batu Pahat.

Agak pening aku menggunakan komputer di CC Welly ni. Sebab semua tulisan telah di set menggunakan bahasa cina. Contohnya tulisan ini:
快捷键: 按 Ctrl 和: B = 粗体, I = 斜体, P = 发布, S = 保存, D = 草稿
Tulisan ini ada di bawah ruangan untuk aku post entri aku. Aku rasa agak janggal tapi aku cepat menyerap segala kekeliruan ini. Sekarang aku hendak cerita beberapa kisah sepanjang perjalanan aku pulang ke Batu Pahat hingga hari ini.

Balik Batu Pahat

Aku pulang menaiki bas. Sepatutnya aku pulang dengan kawan aku menaiki kereta, tetapi secara mendadak lecturer nya nak buat kelas pulak hari jumaat tersebut. Maka menyumpah lah kawan aku ni dalam kereta. Aku terpaksa menahan bebelan dia.

Dalam bas, ada mamat tidur di sebelah aku. Aku tak kisah dia nak tidur, tapi siap baik punya lentok dekat bahu aku. Kalau gadis yang nak baring dekat bahu aku, aku tidak kisah, tapi kalau lelaki, hhheemmmm... Aku takut ada orang tangkap gambar aku dengan mamat tu dan menyebar fitnah yang aku gay pulak

Member atau awek dia baik punya kutuk aku dengan mamat yang baring dekat bahu aku tu. Aku tak pasti dia tu awek atau kawan sebab kadang-kadang mesra macam bercouple, kadang-kadang ganas pulak, Awek tu sedap kutuk aku. Bila aku tengok dia, badan agak berisi dan dia pakai seluar pendek. Aku tak kisah dia pakai seluar pendek, tapi kalau kaki tu penuh peta dunia, pakai la seluar panjang. Buat sakit mata orang je. Dah tu ada hati kutuk aku pulak.

Malam aku pergi ke surau untuk Solat Tarawikh malam pertama. Surau penuh. Biasa la. Awal-awal memang penuh. Cuba tengok bila dah 2 minggu nanti. Tinggal 3-4 saf je yang akan Tarawikh nanti. Aku jumpa bekas bapak mertua ku (bapak ex-GF ku), dia senyum dekat aku, aku tak tahu nak balas apa. Aku senyum je lah.

1 Ramadhan
Puasa hari pertama. Berjalan dengan lancar. Aku tak buat apa, duduk rumah main game dan buat invois untuk syarikat ayah aku. Ada jugak aku buat asignment sikit-sikit. Aku berbuka dengan Mee Hailam, roti jala dan nugget. Semua mak aku masak, sebab kami bercadang nak berbuka hari pertama dengan masakan mak. Lagipun semua ahli rumah aku tak keluar rumah hari tu. Semua nak berehat.

Surau masih penuh untuk Solat Tarawikh. Aku jumpa kawan-kawan lama aku. Lepas Tarawikh kami berbual panjang.

2 Ramadhan
Akhirnya Handphone aku berjaya di baik pulih kembali. Kawan bapak aku yang betulkan. HP aku tu dah mengalami kerosakkan teruk. Kawan bapak aku tu tukar kan semua body Hp aku tu. Dah macam HP baru pulak bila kau tengok-tengokkan. Ternyatalah yang kedai HP segamat yang aku betulkan itu macam.....(tak boleh mencarut nanti batal pulak puasa). Mulai sekarang, kalau HP aku rosak, aku betulkan dekat Batu Pahat je.

3 Ramadhan
Aku berada di CC. Besok aku pulang ke Segamat. Bosan. Kan bagus kalau puasa semua rakyat Malaysia cuti sebulan....

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT BERPUASA

Aku bangun awal hari ini. Aku nak berkemas. Selepas kelas, aku nak terus balik ke Batu Pahat. Aku nak menjalani hari pembukaan ibadah puasa bersama kedua ibubapa ku.

Selepas aku mandi, seseorang yang aku sayangi suatu masa dahulu telefon aku. Dia tanya kenapa aku dah tak mahu jumpa dia. Aku pun terlupa sebenarnya yang aku ada berjanji dengan dia untuk bejumpa. Selepas berbual lebih kurang dan bertukar-tukar cerita kehidupan masing-masing, dia menamatkan panggilan. Dia juga kirim salam kepada famili aku. I miss the old story very much....

Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada semua yang merasakan dirinya umat islam. Semoga puasa tahun ini memberi rahmat kepada kita semua. Puasa penuh tau? Kan dah besar semuanya. Ok, jumpa bila aku pulang kembali ke Segamat.

Monday, September 10, 2007

CIS!!! AKU DI TAG OLEH ROOMATE AKU SENDIRI!!

Ya, aku kena tag dengan roomate sendiri. Aku ada baca tag ni dekat blog-blog orang lain sebelum ini. Lepas tu aku nampak pemilik blog tu tag roomate aku. Dalam hati aku dah terdetik, mesti roomate aku tag aku lepas ni. Ya betul. Aku dah kena tag.

Bak kata Azrul Angkasawan, tag ni bagai api dalam sekam. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Barah dalam otak. Itu pendapat saudara Azrul.

Bagi aku pula, ada sebab lain aku tak suka tag. Aku sebenarnya suka tag ni, tapi aku suka membaca fakta-fakta orang yang kena tag. Tapi aku tak suka membuat tag ni sebab ia memaksa kita berfikir panjang tentang apa yang nak di tulis dalam tag kita ni. Ya. Aku seorang yan agak pemalas.

Tapi sekarang budaya tag ni dah menular di dalam masyarakat blogersfera ni. Jadi nak tak nak, aku kena juga sporting dan buat jugak tag ni. Menurut kata kawan-kawan sebloggersfera yang lain, kalau dah sekali kena tag, peratusan untuk kena tag untuk kali keseterusnya adalah tinggi. Jadi dengan kata lain, aku akan kena tag lagi dalam masa terdekat. Tapi kira ok la, selepas aku post seratus entri, baru kena tag.

Bagi menunjukan rasa sporting dalam masyarakat blogersfera dan juga menunjukan diri bahawa aku seorang bloggers, aku akan menjawab tag tersebut. Ok mula-mula kena post dulu syarat tag ni.

The Rules:
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.

Oh, lepas ni kena tag 8 orang lain pula. Tak pe, itu tolak tepi dulu. Yang penting, aku kena penuhi tag kawan aku ni. Aku akan tulis dalam bahasa melayu kerana sejak mula lagi aku sudah pun memblogging menggunakan bahasa melayu. Tiada sebab aku nak bertukar ke bahasa inggeris pula.

Random Fact No. 1
Aku seorang rabun. Aku pakai cermin mata. Aku sudah rabun sejak tingkatan 1 lagi. Tapi sebenarnya aku tak suka pakai cermin mata sebab aku kerap kali lupa di mana aku letak cermin mata aku kalau aku buka cermin mata aku.

Aku pernah pakai contact lens semasa diploma dan aku bercadang hendak pakai semula kerana aku dah bosan mencari cermin mata yang hilang. Hari tu, hampir setengah jam aku mencari, tapi tak jumpa. Roomate aku yang jumpa. Terima kasih.

Random Fact No. 2
Aku suka coklat. Bukan warna coklat kerana tiada satu baju aku pun yang berwarna coklat, tetapi aku suka makan coklat. Coklat jenama Cadbury merupakan pilihan utama, terutamanya Chrunchy. Aku juga suka kepada semua makanan that based-on-chocolate. Kek, ais-krim, minuman.. just name it. Kalau perasa coklat, aku akan sebat.

Random Fact No. 3
Aku minat muzik. Kegemaran aku ialah muzik-muzik yang keras. Heavy metal, nu-metal, black metal, punk rock, emo, dan semua-semua muzik keras. Ada juga lagu-lagu slow yang aku minat tapi jangan bermimpi aku minat newboyz, Siti Nordiana, Syura, Boboy dan loser yang seangkatan dengan nya. Aku menyokong muzik yang bermaruah.

Band-band yang aku minat dan memainkan muzik yang agak keras adalah Avenged Sevenfold, Linkin Park, Limp Bizkit, Cradle of Filth, Papa Roach, Green Day, Trivium, Pop Shuvit dan banyak lagi. Penat pula nak taip semua

Band yang aku minat dan memainkan muzik lembut adalah Flop Poppy, OAG, Lifehouse, The Times, dan sekali lagi banyak lagi.

Random fact no. 4
Aku sekarang sedang berstatus single. Mana-mana gadis yang terbaca dan rasa dirinya cantik, hot and sexy.. Boleh e-mail aku biodata dan gambar sekali. Heheh...

Random fact no.5
Walaupun aku duduk dan mendapat pendidikan tadika sekolah rendah dan sekolah menengah di Batu Pahat, aku sebenarnya di lahirkan di Selayang, Gombak. Lebih tepat, nama kampung aku ialah Kampung Nakhoda. Ada seorang housemate aku yang berkongsi kampung dengan aku.

Biasanya, kalau balik raya, aku dan famili akan naik bas ekspress Batu Pahat-Kuala Lumpur. Biasanya juga, dalam bas yang aku naik untuk balik kampung masa raya tu, cuma ada aku, ayah aku, dan mak aku. Ya la. Mana ada orang pergi KL masa raya.

Random fact no.6
Aku merupakan pengguna dua talian telefon bimbit, Celcom dan Maxis, X-Pax dan Hotlink. Kenapa aku pakai 2 nombor? Kerana aku ada ramai kenalan dan famili yang menggunakan kedua-dua nombor tersebut.

Random fact no. 7
Aku merupakan peminat kartun jepun. Aku membaca manga dan juga menonton anime. Tapi sejak kebelakangan ini, aku jarang menonton anime. Tapi aku masih membaca manga, melalui online ataupun aku akan beli, hasil edaran Comic House

Antara manga dan anime yang aku minat ialah Dragon Ball, Dragon Quest, Rave, Penyiasat Remaja Kindaichi, Sekolah Detektiv Q, Johan Bola Sepak(yang heronya bernama Akaboshi Taka), Naruto, Gantz, Gekkoh, Tenjo Tenge, I's dan banyak lagi.

Random fact no. 8
Aku juga peminat bola sepak. Aku meminati pasukan Liverpool FC, FC Barcelona, Glasgow Rangers, Inter Milan, dan Bayern Munich. Tapi yang paling hardcore sekali ialah Liverpool. Kalau Liverpool bertembung dengan mana-mana pasukan lain yang aku minati, aku tetap akan sokong Liverpool. You'll Never Walk Alone.

Additional random fact
Yang ni sebenarnya tiada dalam syarat tag, tapi aku nak tulis juga. Aku duduk sebilik dengan calon Pelajar Personaliti Unggul 2007/2008, UiTM Segamat. Ya. Roomate aku tu beb. Aku akan berkempen untuk dia untuk memastikan beliau menang.

Sekarang dah sampai masa aku tag pulak. Aku tak tahu nak tag siapa. Ok, ni senarai mereka yang aku tag. Aku ambil secara rawak sahaja:

1. Ta Pal Cuento. Sebab aku tak faham bahasa blog dia.
2. ArCaRia De BaOoO. Sebab aku ada gambar lucah dalam blog ini. Mungkin boleh download filem porno di blog ini
3. SAGLIKLI YASAM. Mungkin blog ini dalam bahasa Russia. Aku dan roomate aku suka bahasa Russia.
4. 那些曾經天真而坦蕩的生活回不來. Ini bahasa cina kan?
5. Anthony Courter Family. Blog yang menerapkan ciri-ciri kekeluargaan.
6. Elias Schwerdtfegr. Ada gambar perempuan mandi lumpur. Hu...
7. Andrea Fonseka. Bekas ratu cantik Malaysia. Baru jumpa blog dia. You are so hot and sexy. Can i get your number. Hehehe....
8. Gimmie. Ok, kali ni betul punya. Ni ex-housmate aku. Oit gimmie, buat tag ni tau.

Sunday, September 9, 2007

INI ENTRI YANG KE-100

Pejam celik, pejam celik... Dah 100 kali aku posting entri ke blog aku ni. Dah hampir 6 bulan aku memblogging. Sudah macam-macam aku tulis dalam blog aku sepanjang bergelar bloggers.

Bermula 25 Mac, aku mula memblogging. Kini, dah masuk entri yang ke seratus.

Aku sambut entri ke-100 dengan menukar banner dan layout blog aku. Kini Warmness On The Soul dah masuk ke versi ke-2. Aku harap kamu yang membaca terus menyokong blog aku yang tak seberapa ini.

Ok. Mari singkap sejarah blog aku sikit. Sejarah banner yang aku gunakan la.

Ini banner version 1.0. Banner basic biasa sahaja. Aku tak tambah apa-apa gambar dekat banner ni. Masa ini, aku masih naif mengenai blog. Aku tak tahu macam mana nak customize blog aku. Jadi ini lah banner yang aku gunakan.
Ini banner version 1.1. Aku dah mula pakai gambar. Aku tak suka sangat gambar ini sebab ada corak warna pink-ungu tu. Tetapi, atas permintaan seseorang (sebenarnya aku kalah bet dengan dia), terpaksalah aku pakai. Tapi dah lama aku pakai, aku suka juga banner ni. Tapi dah sampai masa aku tukar banner blog ini. Tapi mungkin banner ini akan muncul kembali, kalau aku dah tiada banner lagi untuk digunakan, atau aku akan gunakannya untuk banner promo blog aku ini.

Oh ya. Aku kena tag dengan roomate aku. Cilakak betul. Aku akan balas tag tu dalam entri aku yang seterusnya nanti.

Oh ya lagi. Khamis ni dah puasa. Aku nak ucapkan kepada semua umat islam dan juga yang berpuasa, selamat berpuasa. Semoga puasa penuh, jangan tinggal lagi. Dah besar kan? Hehe... Selamat berpuasa semua.

Saturday, September 8, 2007

JUMLAH KAWAN AKU DI ALAM MAYA IALAH 138 DI DARAB DENGAN DUA

Cuba lihat jumlah kawan aku dalam Myspace dan friendster aku. Aku warnakan dengan warna merah tu. Tengok betul-betul

Myspace aku
Friendster aku

Ya. Secara kebetulan kedua-duanya menunjukkan jumlah 138 kawan yang aku ada. Aku baru perasan tadi. 138 darab 2, jumlahnya 276. Tapi dari jumlah tu, bukan semua aku kenal pun. Kenal secara alam maya je.

Ini first time jumlah kedua-dua nya sama. Nanti kalau jumlah sudah bertambah dan sekali lagi sama, aku post lagi.

TOUCHED BY AN ANGEL

Kamu semua pernah lihat cerita Touched by an Angel? Atau mungkin pernah mendengar mengenai cerita ini. Tak pernah? Aku faham. Cerita ini memang kurang popular di kalangan rakyat Malaysia.


Semalam, semasa aku sedang study untuk test Marcom, tiba-tiba aku teringat tentang cerita Touched by an Angel ni. Cerita ini pernah di tayangkan di NTV7 semasa stesen tersebut masih dalam tempoh percubaan, tahun 1997, sehingga stesen tersebut di lancarkan. Tetapi NTV7 cuma menayangkan musim pertama cerita ini. Aku merupakan peminat setia cerita ini. Selepas NTV7 berhenti menayangkan cerita ini, aku beralih ke TV5, stesen televisyen Singapura, untuk mengikuti cerita tersebut sehingga musim ke-5.

Touched by an Angel merupakan satu jenis drama fantasi dari Amerika. Cerita ini mengisahkan tentang seorang malaikat perempuan, bernama Monica, yang sentiasa menolong manusia-manusia yang sering menghadapi kesusahan. Dia akan di bimbing oleh seorang lagi malaikat perempuan yang lebih otai dari dia. Setiap episod, cerita ini akan memaparkan watak yang berlainan dalam setiap episod.

Monica akan sentiasa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam cuba memulihkan manusia seperti gangguan syaitan dan lain-lain lagi. Memang jalan cerita nya menyimpang dari ajaran agama islam, tapi anggaplah ia cuma sebagai sekadar hiburan.

Apa yang membuatkan aku menyukai cerita ini ialah kerana jalan ceritanya. Selain dari menunjukkan macam mana malaikat membantu manusia, cerita ini juga banyak dan kuat menekan kan elemen-elemen kekeluargaan, mencari jati diri, berani menempuh cabaran dan menghargai kehidupan dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Cerita ini banyak mengimbau kenangan aku pada zaman remaja aku. Cerita ini juga menjadi permulaan untuk aku menonton cerita bersiri dari USA yang lain, sehingga hari ini.

Cerita ini sudah pun tamat di siarkan di US. Harap-harap adalah mana-mana stesen televisyen Malaysia atau Singapore yang ambil dan siarkan cerita ini, aku malas nak download. Banyak sangat episod nya...

LAMAN WEB RASMI TOUCHED BY AN ANGEL

LAMAN WEB WIKIPEDIA TOUCHED BY AN ANGEL

Thursday, September 6, 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL PART 3

Berjumpa lagi dalam segmen yang di nanti-nantikan oleh semua penghuni no 32, Taman rakyat, Jementah...

Lula sekali lagi membuat lawatan sambil belajar ke bengkel dimana kereta nya sedang di baikpulih. Lawatan kali ini di temani oleh apeng.

Dapat di lihat, melalui gambar-gambar di bawah, yang kereta Lula sudah semakin sihat dan semakin menyerupai rupa asal sebelum kereta ini mengalamai kemalangan. Dapat dilihat yang kali ini kereta Lula dah pun fully silver colour. Cuma bumper je yang tak siap lagi.

Dengan kata lain, tak lama lagi, kereta ini akan keluar dari bengkel. Kereta ini akan kembali merajai jalan raya. Lula dapat keluar dating dengan Naz dengan kereta ini. Lula dapat balik ke Port Dickson dengan kereta ini. Lula dapat bawa kami ke Melaka untuk menonton midnight show di Melaka Parade dengan kereta ini. Lula dapat bawa kami mandi air panas di Gadek dengan kereta ini. Lula dapat pergi ke kelas sperti biasa dengan ker... eh, eh. Biasa kalau ada kereta pun, Lula tetap lambat atau tak pergi kelas sebab kehadiran beliau ke kelas adalah bergantung kepada kondusi matanya.... Hehe...

Fully silver colour
"Bumper je belum pasang lagi," kata Lula
Stiker penting untuk memastikan kereta ini boleh parking dalam kawasan UiTM Segamat tanpa di saman
I will be back on the road... Very soon...
Pandangan belakang kereta

SENARAI KENDERAAN NO 32 TAMAN RAKYAT JEMENTAH YANG TERTEWAS SEMAKIN PANJANG

Lihat gambar di atas. Ya. Kereta Satria Hijau itu milik salah seorang housemate aku, Baox, yang berbaju coklat itu. Yang baju putih tu ialah ex-housemate kami, Kam. Dia dah meninggalkan rumah ini sebelum blog ini wujud.

Dengan ini, senarai kenderaan tertewas di rumah kami semakin panjang. Tapi tak pe, biar kenderaan yang tertewas, asalkan tuan punya kereta sihat dan tidak cedera. Oh ya... ada satu lagi kenderaan yang selalu tertewas, tapi aku tak pernah masuk kan dalam senarai.. tapi hari tu, kenderaan tu betul-betul tertewas teruk. Kenderaan tersebut ialah..

Ya!!! Vespa cendol. Selama ini, vespa ini mengalami kecederaan yang biasa di alami oleh vespa lama. Tapi hari tu, kenderaan tersebut mengalami kecederaan parah. Ekzos vespa ini tercabut. Nasib baik kejadian tersebut terjadi selepas Cendol hantar aku ke kelas, kalau sebelum, mesti aku tak sampai kelas dah. Tapi sekarang dah sihat balik.

Wednesday, September 5, 2007

MASAM

Minggu lepas, aku ke bandar Segamat dengan member aku, Yan. Aku ke Majlis Daerah Segamat, bayarkan saman parking member aku. Lepas tu, on the way balik, kami singgah satu warong untuk lunch. Di situ, aku jumpa seorang kawan aku, perempuan, dia tegur aku...

Kawan: Hai, mirool
Aku: Hai..
Kawan: Apsal masam je muka. Garang pulak tu. Cuba la senyum sikit
Aku: Eh? Masam ke muka?
Kawan: Ye la...

Lepas makan, yan hantar aku balik. Aku pun tanya Yan...

Aku: Oih. Muka aku memang selalu masam ke? Nampak garang ke?
Yan: Ye la. Masa first time jumpa kau pun aku macam seram-seram je nak tegur kau?

WTF? Ye ke? Muka aku selalu masam ke? Selalu nampak garang ke? Shit!!! AKu ni insan yang penyayang, mana ada masam.

Tapi aku ingat-ingat jugak dulu, masa aku praktikal kat Telekom Batu Pahat dulu, pernah jadi insiden sedemikian rupa juga. Masa aku baru start praktikal, para-para gadis yang praktikal dengan aku semua takut nak tegur aku pada mulanya. Bila dah lama sikit, diorang pun dah nampak perangai aku yang masuk air ni, baru diorang nak tegur.

Aku pun tanya la para-para gadis tersebut...

Aku: Nape korang tak tegur aku dulu eh?
Gadis 1: Muka kau nampak masam je, tu yang kitaorang takut nak tegur
Aku: Masam? Mana ada?
Gadis 2: Ye la. Kalau kau ada misai, nampak garang pulak

Jadi, kenyataan kawan aku dan Yan memang boleh diguna pakai.

So lepas ni aku akan lebih banyak tersenyum... Ops. Nanti orang cakap aku gila pulak ye. Ok la, aku buat muka ceria la.

Pasal misai tu, tak tau la. Aku ni malas nak shave. Kalau aku ada mood, aku shave la. Kalau tak, lebatlah misai aku.

Tapi yang penting, aku cuba menjadi insan yang lebih ceria mukanya lepas ni. Akau akan membawa aura keceriaan kepada sekalian rakyat. Ada cara?

KAMI



Tadi aku baru tengok cerita ni... KAMI.

Cerita ni pasal kisah remaja... teen series la.. Pasal para-para remaja dan yang paling best, pasal muzik underground.

Rasa best je bila dengar lagu-lagu dari kumpulan Republic Of Brickfield, A.C.A.B., Couple dan Bitter Sweet keluar dekat TV. Bukan senang beb lagu-lagu macam ni nak keluar TV. Pak Cik Aru mesti bangga bila dengar lagu-lagu dia keluar TV.

So harap-harap, ada banyak lagi cerita macam ni di hasilkan. Biar kehadiran orang-orang bawah tanah dalam industri muzik Malaysia di hargai....

Untuk lebih lanjut mengenai cerita Kami, lawati website Red Communication. Klik sini.

Ini blog salah satu pelakon cerita ni, Liyana Jasmay

Sunday, September 2, 2007

SI CANTIK BERMAIN BOLA

Aku saja-saja meninjau website Pasukan Wanita Liverpool FC. Aku jumpa seorang pemain dari skuad ini...
Nama nya Jade Thomas. Tak sangka ada si cantik bermain bola. Malah, banyak lagi pemain Liverpool yang cantik

Di England, para-para gadis juga berminat dengan bola sepak. Kalau dekat Malaysia, para-para gadis tak ramai yang minat bola sepak. Tapi di Engaland, mereka jadikan bola sepak sebagai pekerjaan mereka.

Bila Malaysia nak ada skuad gadis yang hebat? Kalau nak lihat lebih banyak si cantik dari Liverpool, klik link di bawah ini:

More on Jade Thomas

Liverpool FC Ladies official website

REDS STICK SIX PAST DERBY

26 mins : GOAL! Xabi Alonso: Alonso's free kick evades everyone and lands in the back of the net. Just what we needed

45 mins : GOAL! Ryan Babel: Arbeloa slides the ball into Babel's path and the Dutchman finishes in style

55 mins : GOAL! Fernando Torres: Classy finish from Torres as he finds space in the box and slides the ball into the corner for his first Kop end goal

69 mins : GOAL! Xabi Alonso: Alonso grabs his second with a well placed shot into the far corner after more inventive attacking play

76 mins : GOAL! Andriy Voronin: The substitute Voronin taps home after Kuyt's shot had been saved

77 mins : GOAL! Fernando Torres: Torres adds a sixth after rounding the goalkeeper and slotting the ball into the empty net

6-0. Dah lama aku tak lihat liverpool menang besar. Mungkin Liverpool boleh johan musim ni?

Gol pertama, hasil Alonso, merupakan satu tendangan cantik bercampur kekeliruan penjaga gol yang keliru kerana menyangka Kuyt ingin menanduk bola.

Gol kedua, Babel, memang cantik. Dia dengan tenang menyambut bola dari Arbeloa. Gol pertama Babel untuk Liverpool

Gol ketiga, Torres, merupakan hasil tindakan bijak Mascherano, yang merampas bola dari pemain derby dan Torres cantik mengelecek dua pertahanan dan penjaga gol sebelum merembat masuk.

Gol keempat, dari Alonso, hasil dari kegagalan Derby cuba untuk membuang bola dari petak penalti. Alonso dengan tenang merembat dari jauh.

Gol kelima, Voronin, yang masuk menggantikan Babel. Dia sekali lagi membuktikan yang dia mampu bersaing dengan Torres dan Kuyt.

Gol keenam, Torres, hasil dari kesilapan pemain Derby yang cuba membuat back pass kepada penjaga golnya. Torres dengan tenang menggelecek penjaga gol sebelum merembat masuk

The First Eleven

Liverpool: Reina, Arbeloa, Agger, Hyypia (c), Finnan, Babel, Alonso, Mascherano, Pennant, Kuyt, Torres. Subs - Benayoun, Itandje, Riise, Sissoko, Voronin

Derby County: Bywater, Fagan, Davis, Todd, Griffin, Pearson, Camara, Oakley (c), Malcolm, Howard, Mears. Subs - Earnshaw, McEveley, Moore, Price, Teale

Liverpool Man-of-the-Match: Fernando Torres
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...