Belilah Novel Aku!!!!

Novel & Buku


Kota Teroris: Zodiak

Novel pertama hasil tulisan aku. Bergenre aksi thriller.

Boleh dapatkan novel ini di terfaktab.com dan juga di kedai-kedai buku di MPH, Kinokuniya dan Borders.

Sinopsis:

Seluruh rakyat Malaysia gempar apabila Datuk Alex menjadi mangsa penculikan ketika beliau pulang dari majlis perasmian wisma perniagaan miliknya. Semua pengawal peribadi dan pemandu beliau mati dibunuh oleh penculik.

Tiga hari selepas kes penculikan Datuk Alex, semua saluran televisyen di Malaysia telah digodam dan memaparkan rancangan Zodiak TV. Orang yang menculik Datuk Alex muncul dalam rancangan tersebut dan memperkenalkan diri sebagai Zodiak. Datuk Alex telah dibunuh secara langsung di kaca televisyen yang ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.

Shah dan Badri, dua inspektor muda telah ditugaskan untuk menyiasat kes Zodiak yang diketuai oleh ASP Hasnan. Namun, siasatan mereka menemui jalan buntu apabila Zodiak sekali lagi muncul dalam rancangan Zodiak TV untuk membunuh mangsa seterusnya secara langsung di kaca televisyen!




Do-It

Kompilasi cerpen dari Skuad Terfaktab. Ada satu cerpen aku dalam buku ini yang bertajuk "Kerana RM25,000"

Boleh dapatkan novel ini di terfaktab.com dan juga di kedai-kedai buku di MPH, Kinokuniya dan Borders.

Sinopsis:

Ini adalah zaman manusia bergantung pada sehelai kertas dan besi bulat. Duit namanya. Kerana duit, segala cerita terbongkar. Kerana duit, manusia menjadi orang lain yang tidak disangka. Kita akan jadi hamba duit jika kita tidak tahu mengawal duit. Malah, duit akan mengawal diri kita hingga kita lupa ada perkara yang lebih penting dari duit. Iaitu, kemanusiaan.

Sampai bilakah duit akan terus ada dan sampai bila kita perlu berbelanja dan menyimpan duit agak-agaknya? Just do it for duit




Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa

Kompilasi cerpen dari Skuad Terfaktab. Ada satu cerpen aku dalam buku ini yang bertajuk "Blind Date" dan "Penceraian."

Boleh dapatkan novel ini di terfaktab.com dan juga di kedai-kedai buku di MPH, Kinokuniya dan Borders.

Sinopsis:

Suka. Cinta. Rindu. Kasih. Sayang. Setia. Rabak. Toleransi. Kahwin. Nikah. Tak cukup lagi kita terlanjur dengan semua ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...