Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, August 31, 2010

Negaraku, Mamula Moon, Terang Bulan, Allah Lanjutkan Usia Sultan dan La Rosalie

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Pernah dengar Negaraku? Kalau tak pernah, aku rasa kau mesti bukan Orang Malaysia, duduk dalam gua atau pun orang pekak.


Negaraku ialah lagu kebangsaan untuk negara kita. Negara kebangsaan biasanya melambangkan keperibadian sesuatu negara. Lagu kebangsaan biasanya menjadi kebanggaan buat rakyatnya. Lagu kebangsaan biasanya akan dimainkan dalam acara sukan sebelum sesuatu perlawanan bermula untuk memberi semangat kepada atlet tersebut.

Negaraku menjadi lagu kebangsaan Malaysia semenjak 31 Ogos 1957, dimana liriknya ditulis oleh beberapa orang penulis pada 25 Ogos 1957.

Seperti yang kita semua pernah dengar atau baca, lagu Negaraku diambil melodinya daripada Lagu Negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang juga diambil dari sebuah lagu yang berasal dari Perancis, La Rosalie, hasil ciptaan Pierre-Jean de Béranger yang kemudiannya popular di Seychelles.


Lagu Negeri Perak ini tercipta semasa Sultan Idris membuat lawatan ke England pada tahun 1888. Tiada lagu tema/iringan untuk menyambut ketibaan Sultan Perak ketika itu. 

Aide-de-camp Sultan Perak ketika itu (kira macam pembantu peribadilah. Munkin bendehara lebih sesuai kot) kepada Sultan Perak, Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, tidak berani menyatakan tentang ketiadaan lagu iringan (takut daulatlah ni) terus meng-hummed/humming sebuah lagu yang pernah didengarinya yang datang dari Seychelles, iaitu La Rosalie.

Setelah memberitahu asal usul lagu tersebut, sultan bersetuju untuk mengambil lagu tersebut sebagai lagu rasmi negeri Perak. Lirik lagu tersebut telah ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.

Kamu mesti pernah dengar satu masa dahulu, Rakyat Indonesia pernah menuduh Malaysia meniru lagu yang berasal dari Indonesia, Terang Bulan, untuk dijadikan lagu kebangsaan Malaysia.

Terang Bulan versi Rudy van Dalm & The Royal Rhythmics


Terang Bulan versi Anneke Gronloh

Sebenarnya Terang Bulan juga merupakan lagu saduran daripada La Rosalie juga. Lagu ini menjadi terkenal apabila sebuah persembahan bangsawan Indonesia di persembahkan di Singapura dengan mendendangkan lagu ini sekitar 1920'an. Rakyat Melayu di sekitar Nusantara telah menamakan lagu ini sebagai Terang Bulan.

Terang Bulan menjadi lagu evergreen bagi bangsa Melayu dan sering dimainkan dimajlis harijadi, party, di cabaret dan menjadi nyanyian dan siulan oleh semua orang pada sekitar 1920'an dan 1930'an. Semenjak Malaysia mengambil melodi lagu La Rosalie untuk dijadikan lagu kebangsaan, Kerajaan Malaysia telah mengharamkan lagu Terang Bulan dari disiarkan di radio dan televisyen.

Dari melodi lagu Terang Bulan ini, Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders telah menggubah sebuah lagu yang bertajuk Mamula Moon, yang telah dimuatkan dalam album Paradise Isle pada tahun 1947.


Jadi Rakyat Indonesia sekalian, janganlah anda menuduh kami mencuri lagu Terang Bulan untuk dijadikan lagu Negaraku, tetapi kami mengambil melodi La Rosalie. Sila pelajari sejarah sebelum cuba menuduh secara melulu. Get your fact right.

Begitulah hebatnya lagu La Rosalie ciptaan Pierre-Jean de Béranger. Menjadi lagu kegilaan anak muda sekitar 1920-1930'an. Menjadi lagu kegilaan di Seychelles, Hawaii dan Nusantara. Menjadi lagu rasmi buat satu negeri dan satu negara di kawasan Asia Tenggara.

Tapi cuba kita fikirkan sejenak. Lagu kebangsaan kita merupakan lagu saduran. Lagu kebangsaan yang menjadi kebanggaan kita dan lagu yang menaikkan semangat atlet sebelum satu perlawanan adalah lagu saduran. Kenapa kita tidak mencipta lagu kebangsaan sendiri?

Aku ingat, Ramli MS, salah seorang komposer terkenal, ada menggesa pihak kerajaan untuk mencipta lagu kebangsaan sendiri. Ramli MS ketika itu menulis dalam kolum kelolaannya di Harian Metro memberikan cadangan supaya kerajaan Malaysia mencipta lagu kebangsaan baru memandangkan negara jiran kita sering mempersendakan lagu kebangsaan kita.

Bagi aku, itu satu cadangan yang baik. Sudah sampai masanya Malaysia mencipta lagu yang mempunyai bunyi dan "perasa" yang lebih berjiwa Malaysia. Malaysia mempunyai ramai komposer yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang muzik seperti Ramli MS, M. Nasir, Habsah Hassan, Audi Mok... So, aku rasa ada baiknya juga kalau kerajaan Malaysia mengambil serius pandangan Ramli MS. 

Cipta satu lagu yang lebih menonjolkan imej Malaysia dan ciptaan anak tempatan, bukannya lagu yang berasal dari komposer Perancis.

Thursday, August 26, 2010

Cross Blogging: Menara Jam Mekah (Menara Abraj Al-Bait)

Sebuah entri Cross Blogging dengan Blog Pandang-Pandang milik Faer.

Kamu pernah dengar tentang Menara Abraj Al-Bait? Kalau kamu tak tahu-menahu pasal menara jam ini, adalah lebih baik kamu baca dulu entri Faer ini ataupun baca di Wikipedia ini dulu sebab aku malas nak menaip balik satu-satu fakta tentang menara ni.


Semenjak pembinaan menara jam ini, banyak pujian yang diberikan kepada Kerajaan Arab Saudi. Menara Abraj Al-Bait menjadi satu monumen kebangaan Seluruh Umat Islam di serata dunia. Tapi aku agak kurang setuju dengan pembinaan menara jam ini.

Yang pertama, untuk membina menara jam ini, bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkan. Bagi seorang peminat sejarah seperti aku, adalah memang tidak setuju aku apabila tempat-tempat bersejarah diruntuhkan.

Bagi aku, sejarah dalam Islam amat penting. Dulu, Empayar Islam merupakan antara empayar terkuat dalam sejarah manusia, dan dipenuhi dengan pahlawan dan cendekiawan Islam. Islam merajai dunia satu ketika dulu.

Tapi sekarang tidak lagi. Jadi, monumen bersejarah seperti itu amat penting sebagai peringatan umat Islam supaya mencontohi kejayaan Islam yang lepas. Monumen bersejarah juga memberikan semangat dan dorongan untuk berjaya dan belajar dari kesilapan yang lepas.

Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda; "Adalah tidak patut (naif) jika seorang umat Islam dipatuk ular yang datang dari lubang yang sama", menunjukkan yang sejarah amat penting untuk umat Islam.

"Tapi Mirul, menara jam ni ada hotel 7 bintang. Boleh la nak menempatkan jemaah haji yang makin ramai tiap-tiap tahun."

Aku tahu jumlah umat Islam yang nak menunaikan haji setiap tahun makin bertambah sehinggakan penempatan yang sedia ada tidak mencukupi. 

Tapi cuba fikirkan balik, hotel 7 bintang? Come on lah. Hotel-hotel 7 bintang macam ni dibuat bukan untuk memuatkan jemaah haji, tapi cuma untuk keselesaan orang-orang arab kaya dan juga pemimpin negara-negara arab sahaja.

Harga sebilik hotel 7 bintang untuk satu malam lebih kurang USD$ 35,000 atau RM 110, 180 (1 USD = 3.14800 MYR) untuk satu malam. Mampu ke ayah dan mak aku yang meniaga roti canai dari tahun 1980 nak sewa hotel 7 bintang macam tu?

Jadi sudah ternyata pembinaan hotel mewah tersebut hanya semata-mata untuk kemudahan orang-orang arab kaya dan juga pemimpin negara-negara arab yang kaya raya sahaja (sudah tentu bukan untuk pelancong bukan Islam kerana mereka tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Mekkah).

Antara tujuan utama Haji ialah untuk kita merasai kesusahan yang ditempuhi oleh umat Islam yang terdahulu, yang tingggal dalam keadaan susah di padang pasir, merasai kepayahan Siti Hajar yang berlari-lari dibawah sinaran menteri yang perit untuk mencari air untuk puteranya, Nabi Ismail a.s., bukannya bersenang lenang tidur dalam bilik mewah yang serba mahal.

Lagipun, tujuan kita menunaikan haji ialah untuk mengumpulkan kesemua Umat Islam diseluruh dunia tanpa mengira pangkat atau harta. Berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain. Dengan kewujudan hotel ini, serba sedikit akan menimbulkan perbezaan antara darjat dan kasta sesama Islam semasa menunaikan haji.

Umat Islam yang kaya-raya akan berkumpul sesama mereka di dalam bilik mewah hotel 7 bintang tanpa bercampur gaul dengan orang kebanyakan yang biasanya tinggal berkongsi dalam bilik seramai 6-8 orang. Seolah-olah cuba mewujudkan jurang antara tiap orang Islam pulak.

"Tapi Mirul, menara jam ni melambangkan kekayaan dan kemajuan Negara Islam. Baru la negara lain nampak yang negara Islam pun kaya."

Nak menunjukkan kekayaan? Bukankah Islam sentiasa mengingatkan umatnya supaya mengamalkan keserdehanaan dalam hidup? Jadi, kenapa negara Islam perlu bermegah dengan kekayaan yang ada? Perlu ke buat bulan sabit yang ada pada atas menara tersebut dengan emas tulen? Apa makna kau buat bulan sabit tu guna emas tulen? Nak menunjuk-nunjuk?

Emas tulen ni
Nak menunjukkan kemajuan? Adakah untuk menunjukkan kemajuan, sesuatu negara tu perlu membuat bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, jam terbesar dan sebagainya? Negara itu boleh menunjukkan kemajuannya dengan menaikkan taraf hidup rakyat, memberi kuasa membeli yang tinggi untuk rakyat, mengurangkan tahap pengangguran dan mengurangkan peratusan rakyat miskin dalam negara, bukannya membina menara jam.

Aku ingat, orang Islam dekat Malaysia sahaja yang selalu teruja dengan perkataan bangunan tertinggi, jambatan terpanjang atau angkasawan pertama yang makan rendang daging, beriani ayam dan kuih bangkit di Stesen Angkasa Antarabangsa - ISS (opps!). Rupanya orang Arab pun dah terjebak. Come on you Arabs, you're better than this.

Lagipun, pembinaan menara jam yang besar gadang ini sedikit sebanyak telah membayangi Masjidil Haram dah Kaabah yang menjadi simbol Mekah selama ini. Sekarang, kalau sebut Mekah, kepala kita automatik akan terbayang Kaabah. Tapi pada masa depan, bila sebut Mekah, apa yang terpacul dalam kepala kita ialah menara jam yang tinggi melangit.

Masjidil Haram adalah tempat suci buat Umat Islam di senatero dunia, kenapa kita perlu bayangi Kaabah dengan bangunan yang tinggi melangit disebelahnya? Sepatutnya sebagai Tanah Suci buat Umat Islam, kita sepatutnya memberi keutamaan kepada Masjidil Haram dan Kaabah menjadi simbol tanah suci umat Islam,  bukannya menara jam tersebut.

Kita ambil agama Kristian sebagai contoh. Tempat suci penganut Roman Catholic ialah di Vatican City dimana Pope mereka tinggal. Vatican City terletak di dalam negara Itali. Itali telah memberikan keutamaan kepada tempat suci orang Kristian dengan memberikan kedaulatan dan kebenaran untuk Vatican City membentuk negara sendiri.

Vatican City
Kerajaan Itali tidak mahu menyentuh atau membayangi tempat suci agama mereka. Malah mengangkat tempat suci mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan memberikan hak untuk menubuhkan wilayah sendiri.

Tetapi di Arab Saudi, tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., orang arab berlumba-lumba untuk membuat menara setinggi boleh untuk membayangi Masjidil Haram dan Kaabah supaya menara jam tersebut menjadi simbol utama di Kota Mekah.

Ok, point aku yang terakhir. Bukan ke pembinaan bangunan pencakar langit tidak digalakkan dalam Islam? Bukankah bangunan pencakar langit merupakan salah satu tanda hari kiamat? Kalau macam tu, kenapa nak buat bangunan tinggi-tinggi ni?

Itu sahajalah pendapat aku. Mungkin apa yang aku tulis salah, maklumlah aku bukannya orang yang kuat agama ataupun bukan pakar membina bangunan tertinggi dunia. Tapi bagi aku, aku seperti kurang setuju dengan pembinaan menara jam ini. Apa pendapat kamu? 

Wednesday, August 18, 2010

Apa yang akan terjadi kalau kita puasa selama setahun?

Selepas saja selesai sessi masak lauk berbuka, aku pun baring sambil melampiaskan rasa malas pada tilam dan bantal.

Jam baru menunjukkan jarum panjang pada angka 12 dan jarum pendek menunjukkan angka 4. Lama lagi nak berbuka.

Dikala aku sedang bermalas-malasan, fikiran aku melayang jauh. Cukup jauh untuk aku mula memikirkan benda-benda yang tidak masuk akal.

Aku mula terfikir, kalau kita difardukan untuk berpuasa selama setahun, apa yang akan terjadi?


Peniaga Bazaar Ramadhan akan menjadi kaya raya

Percaya atau tidak, peniaga Bazaar Ramadhan biasanya mendapat keuntungan berkali ganda berbanding semasa mereka berniaga pada hari biasa, pasar malam ataupun pasar tani.

Dulu, bapak aku ialah seorang peniaga Bazaar Ramadhan yang tegar. Menurut bapak aku, keuntungan berniaga sebulan di Bazaar Ramadhan sama seperti keuntungan 3 bulan berniaga di hari biasa.

Itu baru sebulan berniaga. Cuba bayangkan kalau setahun dapat untung macam tu. Mesti lebih ramai orang berebut nak jadi peniaga Bazaar Ramadhan dari sibuk mengisi borang SPA sebab nak kerja untuk gomen.


Makin ramai yang gastrik secara tiba-tiba

Sebulan berpuasa pun ramai manusia yang tak boleh puasa penuh. Inikan pula bila kena puasa setahun. Berebutlah para manusia buat-buat muka sakit, tangan letak pada perut dan cakap dalam nada lemah depan doktor.

Bila doktor hulur surat pengesahan gastrik, serta merta muka terus sihat berseri-seri. Dapat lesen besar boleh makan, apa nak takut lagi.

Doktor yang selalu jual MC dan surat gastrik bakal kaya sama seperti pak cik-mak cik yang berniaga di Bazaar Ramadhan.


Kewujudan restoran 24 jam akan berkurangan

Oleh disebabkan para penganut Agama Islam tidak boleh makan lagi di siang hari (makan secara terbukalah), maka keuntungan di siang hari sudah berkurangan. Ini boleh menyebabkan mapley banyak yang jatuh bangkrap.

Jangan terkejut pula bila kamu ternampak mamak mapley tiba-tiba turut serta berniaga di Bazaar Ramadhan.


Jumlah kereta jenazah akan bertambah di Malaysia

Seperti yang kita maklum, sesiapa yang ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai bakal diusung di seluruh bandar dengan kereta jenazah.

Jadi, berkemungkinan besar fungsi kereta jenazah bakal berubah kalau kita berpuasa sebulan. Berkemungkinan besar juga kereta jenazah yang mengusung orang tak puasa lebih banyak dari kereta jenazah yang mengusung orang yang meninggal.


Jualan murah Hari Raya sepanjang tahun

Perkara paling sinonim dalam Bulan Ramadhan ialah jualan murah atau biasanya Orang Melayu lebih suka mengelarkannya dengan gelaran Sales di Shopping Complex terkemuka di seluruh Malaysia.

Bila sepanjang tahun sales, mestilah ada yang pergi membeli. Ya lah, benda tengah murahkan? Dan biasanya wanita yang sangat sinonim dengan istilah Sales. Dan apabila para isteri sedang bershopping dengan riang, para suami bakal memandang dompet mereka yang kian menipis.


Kalau dah setahun puasa, bila nak raya?

Entah! Apa la kau ni, Amirul. Kalau dah puasa setahun, bila nak raya? Bila masa nak tayang baju raya? Bila?


Dan yang paling penting sekali....

Kalau dah puasa setahun, bila masa para-para wanita yang uzur dan tak boleh berpuasa nak ganti puasa?

Sudah. Itu saja yang aku dapat fikirkan. Maklumlah, puasa kan?

Monday, August 16, 2010

Siswa-Siswi dan Politik

Sekadar gambar hiasan
Minggu lepas, aku ada terbaca status Ezat di Fesbuk-nya:

"Mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik. Apa pendapat korang?"

Semenjak-dua menjak kebelakangan ini, memang selalu juga kita terdengar di berita, terbaca di akhbar atau paling tak pun, terbaca di blog para-para pelajar IPTA/S atau pun blog-blog politik bercerita tentang kisah ini.

Ada sesetengah pihak menyeru pihak kerajaan supaya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) supaya membenarkan pelajar di IPT berpolitik, manakala ada sesetegah pihak menyekatnya. Ada pula sesetengah yang mencadangkan supaya para cikgu dan pensyarah dibenarkan berpolitik di dalam kelas, berpolitik kepada pelajar mereka mungkin.

Jadi adakah pelajar sepatutnya digalakkan untuk terlibat di dalam sebarang kegiatan politik? Bagi aku, memang sepatutnya pelajar IPT di Malaysia diberikan kelonggaran untuk menyertai aktiviti politik. Kenapa aku berkata sedemikian?

Pada  Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008) yang berlangsung pada hari Sabtu 8 Mac 2008, aku untuk pertama kalinya membuang undi. Semua orang masih ingat bagaimana keputusan PRU 2008 sangat mengejutkan seantero Malaysia apabila untuk pertama kalinya Barisan Nasional gagal mendapatkan majoriti 3/4 seperti pilihan raya sebelum ini. Malah lebih mengejutkan apabila pihak Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Kelantan dan merampas 4 negeri yang lain pada pilihan raya tersebut.

Pada hari Isnin, aku pergi ke kelas seperti biasa (ketika ini aku masih menuntut di UiTM Segamat). Aku ke kelas International Marketing ataupun Global Marketing (aku sudah lupa subjek apa) yang diajar oleh Encik Yakuza. Ok. Aku juga terlupa nama pensyarah tu. Nampak sangat aku tidak berminat dengan subjek dan pensyarah aku tu.

Jadi di dalam kelas, Encik Yakuza menyoal seluruh kelas siapa yang membuang undi pada hari sabtu. Daripada 20++ orang di dalam kelas, hanya aku dan seorang lagi kawan aku yang mengangkat tangan. Dalam kelas aku saja, sudah lbih 20 orang yang tidak mendaftar sebagai undi. Sewaktu 2008, purata umur kami dalam kelas ialah 24 tahun.

Kemudian, Encik Yakuza meneruskan kelas dengan sessi presentation. Semasa sessi presentation, Encik Yakuza menyoal para pelajar tetapi tiada satu pun yang mempunyai kaitan dengan apa yang telah di-presentation-kan oleh pelajar, tetapi mengenai PRU 2008.

Memang satu kejutan juga apabila kebanyakan pelajar tidak mengetahui langsung tentang PRU 2008. Kalau pelajar perempuan, memang aku boleh agaklah. Ini pelajar lelaki pun sama. Encik Yakuza menyoal negeri apa yang berjaya di rampas oleh Pakatan Rakyat, tiada siapa yang mampu menjawab. Encik Yakuza menyoal siapa calon yang bertanding ditempat tinggal mereka masing-masing, juga tiada siapa yang mampu menjawab.

Inilah kesa apabila pelajar-pelajar IPT tidak dibenarkan untuk berpolitik. Kebanyakan pelajar semuanya menjadi buta politik. Oleh disebabkan mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik, mereka terus tidak ambil tahu tentang politik.

Pelajar IPT kini menjadi seperti robot yang telah diprogramkan. Bangun pagi, pergi kelas, salin nota, balik, study, pergi test, jawab soalan, tunggu result. Fungsi universiti yang sebenar sudah pupus. Universiti kini tidak jauh berbeza dengan sekolah.

Universiti sepatutnya tempat untuk anak muda berdikari, berfikir dan belajar untuk membuat keputusan. Bukannya tempat untuk pelajar menimba ilmu, menjawab soalan dan mendapatkan pointer yang tinggi semata-mata.

Universiti sepatutnya anak muda beljar erti kehidupan sebenar dan selok belok dunia. Politik adalah salah satu cara untuk para pelajar mempelajari jati diri dan menajamkan daya berfikir. Apabila berpolitik, pelajar juga akan terbuka untuk mengetahui hal-hal isu semasa, sejarah, ekonomi dan lain-lain hal yang berkaitan.

Pelajar di Malaysia terlampau bersenang lenang, terlampau memikirkan Hendonisme. Mereka tidak hiraukan keadaan semasa politik Malaysia. Mereka tidak ambil tahu apa aktiviti para menteri atau apa-apa keputusan yang dibuat mereka.

"Eh? Bila masa pulak kena pakai tali pinggang kat seat belakang ni?"
"Eh? Bila masa harga minyak naik ni?"
"Eh? Bila masa Selangor dah jatuh kan PR ni?"

Berbeza dengan pelajar IPT di luar negara. Sebagai contoh, di Indonesia. Pelajar Indonesia sanggup menggadaikan nyawa kerana mereka mahukan kuasa demokrasi dan kuasa rakyat dihormati. Walaupun tindakan mereka pada mulanya tidak diendahkan oleh Suharto, mereka dari Universitas Trisakti, Gajah Mada, Universitas Indonesia dan Bandung dan beberapa universiti lain telah bersuara dan bertindak untuk membela serta menuntut hak ratusan juta rakyat Indonesia yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik.

Akhirnya pada Mei 1998, Suharto terpaksa meletakkan jawatan untuk membolehkan rakyat Indonesia menikmati kebebasan dan demokrasi yang diperjuangkan oleh pelajar Universiti di Indonesia. Bukan setakat Indonesia sahaja, pelajar-pelajar universiti Amerika, Australia dan banyak lagi juga pernah membuat protes seperti ini.

Pelajar di Malaysia? Tunggu PTPTN keluar, guna duit PTPTN beli handphone baru, shopping, enjoy sampai habis, beli baju yang ada tulisan "Saya Sayang Awek Saya" atau "Saya Sayang Emak Saya", buat rambut ala-ala Noh Hujan, layan Lady Gaga dan Justin Bieber dan lain-lain.

Aku bukan mahu menggalakkan kamu memberontak dan menggulingkan kerajaan Malaysia (nanti tak pasal-pasal aku masuk ISA pulak) tapi aku cuma berharap agar para pelajar IPT sekarang lebih peka dalam perkembangan politik di Malaysia.

Kebanyakan pelajar IPT berbangsa Melayu sangat lemah dalam perihal politik, terutamanya pelajar perempuan. Kebanyakan peljar IPT akan menyokong satu-satu parti itu kerana terikut-ikut daripada kawan. Kalau berkawan dengan kawan yang pro BN, maka BN-lah yang diundinya. Jika berkawan dengan kawan yang pro PR, maka PR-lah yang diundinya.

Aku ingat lagi peristiwa Menteri Besar Selangor memberi cadangan supaya membuka 10% kuota UiTM kepada pelajar bukan Melayu. Dapat dilihat yang pelajar-pelajar melakukan protes dengan memakai pakaian serba hitam dan berkumpul ditempat parking untuk membuat demonstrasi.

Yang kelakar, ada pelajar UiTM yang tidak tahu motif sebenar demonstrasi itu diadakan dan cuma tahu apabila mereka mula berkumpul untuk berdemonstrasi.

Ada sesetengah cawangan UiTM pula berjaya mengumpulkan pelajar untuk berdemonstrasi dengan sedikit ugutan seperti di bawah:

Klik pada gambar untuk tumbesaran gambar

Aku harap selepas ini, pelajar IPT lebih celik politik. Jangan jadi seperti yang dicucuk dengan tali, ikut saja apa orang kata. Jadilah pelajar yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Apa guna kau ada segulung ijazah dengan pointer yang tinggi tetapi ketandusan pemikiran dalam hal ehwal semasa dalam negara?

Kepada pihak yang tertentu, diharap dapat dilonggarkan AUKU kerana AUKU sedikit sebanyak memberikan kesan kurang baik kepada para pelajar di IPT. Oleh disebabkan pelajar takut dengan AUKU, kebanyakan pelajar akhirnya mengabaikan politik dan isu semasa dalam negara.

Tentang cikgu dan pensyarah dibenarkan berpolitik di dalam kelas, yang ni aku kurang setuju. Berkemungkinan besar tenaga pengajar juga bakal mempengaruhi pelajar untuk mengundi parti yang disokong oleh tenaga pengajar itu.

Adalah lebih baik membiarkan pelajar sendiri meng-explore bidang politik. Baca Berita Harian dan Utusan Malaysia yang pro BN dan baca Harakah dan Suara Keadilan yang pro PR. Baca blog-blog ahli politik pihak kerajaan dan pembangkang. Buka minda, baca dibahagian kedua-dua pihak dan buat pilihan yang bijak.

Ingat, pelajar IPT adalah masa depan negara dan masa depan negara akan punah jika pelajar IPT lebih banyak mendewakan Justin Bieber dan Lady Gaga dari mengambil tahu hal-hal politik di Malaysia.

Friday, August 13, 2010

Aku, budak junior dan bas tambang @ lompat

Terasa malas nak menulis sesuatu yang panjang dan serius. Jadi ada baiknya kalau aku tulis tentang kisah kehidupan yang pernah terjadi pada aku.

Masa
Tak berapa ingat tapi pada separuh kedua tahun 2008. Selepas aku meninggalkan 32 Jementah dan duduk bersama Yan, Hafiz, C-sen dan Raman di rumah sewa baru.

Lokasi
Dalam Bas Tambang (ada orang panggil bas lompat).

Semasa aku belajar di UiTM Segamat, biasanya aku kan pulang ke Batu Pahat dengan dua method:

1) Tumpang Kereta Yan sambil menyanyi sampai hilang suara
2) Naik bas tambang sambil duduk diam dengar iPod aku.

Kali ini, Yan tak balik ke Batu Pahat. Jadi aku akan pulang ke Batu Pahat dengan bas tambang. Ada orang mengglarkan bas tambang sebagai bas lompat. Aku akan menaiki bas tambang dari Segamat dan turun di Ayer Hitam. Kemudian aku akan menaiki bas Johore Motor untuk ke bandar Batu Pahat. Dan biasanya, aku pulang berseorangan.

Tapi kali ini, aku tak pulang seorang diri dan duduk diam sambil mendengar iPod, tapi aku ditemani oleh seorang budak junior (aku lupa dah nama dia).

Aku kenal dia di Perhentian Bas Segamat. Dia menegur aku semasa aku sedang memerhatikan orang lalu lalang di hadapan aku. Aku terus berbual dengan dia dari sebelum naik bas sehinggalah bas bergerak.

Aku tak ingat nama dia. Budak junior (BJ) tersebut mengambil jurusan Diploma in Business Study dan BJ merupakan pelajar semester pertama.

Ok. BJ bunyinya macam Blow Job. Aku tukar. Aku namakan budak junior tersebut Leman.

Leman tinggal di sekitar Parit Raja. Umurnya 20 tahun ketika itu. Dia panggil aku 'abang'. Aku sebenarnya kurang selesa kalau budak junior lelaki panggil aku 'abang' (budak junior perempuan adalah digalakkan panggil aku abang), tapi aku biarkan saja dia panggil aku 'abang'.

"Kenapa lambat sambung belajar?" Tanya aku.

"Saya orang susah, bang." Jawab Leman dengan reaksi muka sedikit muram.

"Susah?"

"Bapak saya kerja kerani je kat Sekolah Bima Sakti Pemecah Alam (aku lupa nama sekolah tu). Mak tak kerja. Saya ada 7 adik beradik." Jelas Leman.

"Kau yang sulung?" Aku mengagak.

"Ha'ah. Lepas SPM, saya kerja sebab tak nak bebankan family. Tak mak saya suruh sambung belajar jugak sebab kerja saya tu pun, gajinya tak besar mana."

Aku terdiam. Dari mula berjumpa di Perhentian Bas Segamat, naik bas ke Ayer Hitam dan sampailah aku naik Bas Johore Motor, barulah kisah sedih Leman keluar. Sebelumnya tadi kami banyak bercerita pasal muzik, filem, awek-awek hot di UiTM dan kisah-kisah lawak.

"Tapi saya rasa saya nak berenti belajar la, bang." Sambung Leman lagi.

"Kenape pulak?"

"Saya dah dapat kerja. Kerja gomen. Memang la gaji tak besar mana tapi gaji ni lagi elok dari kerja saya dulu (aku juga lupa apa kerja budak ni dulu). Boleh saya tolong mak bapak saya."

Aku angguk sahaja. Bila dengar kisah orang-orang susah, aku sendiri tak tahu apa nak cakap selain berdiam diri.

Pada masa ini, aku rasa simpati kepada Leman. Dengan gaji yang tidak sebesar mana dan terpaksa membesarkan 7 orang anak yang semuanya masih bersekolah memang satu beban yang berat. Mungkin Leman patut berkorban untuk keluarganya.

Dan aku bersimpati pada Leman. Dia pasti ada menyimpan cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran tetapi terpaksa mengorbankan cita-cita untuk mendapatkan segulung diploma telah berkecai. Aku betul-betul simpati dengan Leman. Amat simpati.

"Lagipun, kalau saya kerja... Boleh la saya kawin cepat, bang. Saya dah ade awek dah ade awek. Kitorang memang dah ready nak kawin. Dua tahun kerja, lepas tu saya kahwin la."

Dan dengan ayat di atas, Leman telah berjaya meniup rasa simpati aku terus keluar dari bas.

Ingatkan nak tolong mak bapak. Nak kahwin rupanya.... 

Tuesday, August 10, 2010

Aku dan Ramadhan

Ramadhan datang lagi!!!

Macam aku tulis di entri yang lepas, rasanya macam baru 3 bulan lepas aku menempuh bulan Ramadhan tahun lepas. Pejam, celik, pejam, celik... Bulan Ramadhan datang lagi.

Tahun ini, aku bakal menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga aku di Batu Pahat seperti tahun lepas. Aku bakal menjadi tukang masak rasmi untuk Ramadhan kali ini.

Ramadhan 2009, aku masih ingat lagi pada hari pertama berpuasa, ayah aku terjatuh dari motor. Seminggu sebelum puasa, motor ayah aku di langgar dari belakang dan ayah aku jatuh dari motor juga.

Nasib baik ada Yan ada. Malam tu selepas berbuka, Yan bawak aku dah ayah aku ke hospital untuk scan kalau ada kecederaan dalaman. Lama juga ayah aku dalam bilik x-ray. Aku dan Yan lepak di kafe sambil menonton perlawanan pembukaan EPL musim itu, Chelsea lawan Wigan.

Tahun ini juga, ritual harian aku setiap petang ialah menunggu ketibaan Yan untuk ke Bazaar Ramadhan Pesta.  Bukan nak beli banyak sangat, cuma rasa seronok bila berjalan di bazaar. Beli 2-3 jenis kuih saja. Macam mana mahu memilih kedai jual kuih yang sedap? Kalau awek cun yang jual kuih tersebut, kedai itulah yang menjadi pilihan.

Ramadhan 2008, aku menyambut Ramadhan di rumah sewa baru di Taman Sri Pelangi di Segamat bersama-sama Yan, Hafiz, C-Sen dan Raman. Sepanjang aku tinggal di rumah itu, hanya sekali sahaja aku berbuka di rumah tersebut.

Selebihnya, aku dan Hafiz akan berbuka di rumah sewa ABC. Berbuka sambil menonton Sports Center. Selepas buka, layan PS2. Menu utama aku dan Hafiz sepanjang Ramadhan ialah murtabak. Dan Ramadhan tahun ini juga, buat pertama kalinya ABC mengaku yang aku lagi handsome dari dia. Hahahaha!!!!

Ramadhan 2006 dan 2007, aku menyambut Ramadhan di 32 Jementah bersama Cendol, Baox, Lula, Apeng, Pujam, Herman, dan Murang (tak semua watak muncul dalam kedua-dua sessi Ramadhan).

Dua kali berpuasa di 32 Jementah, bazaar selalu yang kami singgah ialah Bazaar UiTM dan Bazaar Sedih. Bazaar sedih dibuka seawal 12 tegahari, mempunyai 5-6 kedai sahaja tapi ada satu kedai kuih yang sedap.

Pujam juga mengenalkan aku dengan Murtabak Roti Jala. Murtabak tersebut bukan dibaluti dengan tepung, tapi roti jala. Tiap-tiap hari aku makan 2 keping. Biasanya, Yang Izhani yang ajak aku beli Murtabak Roti Jala sebab murtabak tersebut hanya di jual di Bazaar Bandar Segamat.

Sepanjang berada di 32 Jementah, aku dihidangkan dengan pelbagai cara untuk ponteng puasa oleh Bell. Bell ni kalau bab ponteng puasa memang dah tahap Legend... Wait for it.... Dary...

Ramadhan 2005, aku menyambut puasa di rumah sewa di Merlimau semasa aku belajar di Politeknik Merlimau. Aku berpuasa berpuasa bersama Yusra, Jimmy, Pejal dan Al-Hafiz. Bazaar Pekan Merlimau pun boleh tahan melantun, pukul 12 tengahari dah buka.

Kawan-kawan aku mula pelik dengan perangai aku yang tak makan nasi semasa berbuka. Hari-hari melantak murtabak (kawan-kawan di 32 Jementah pun turut sama pelik dengan aku).

Ada beberapa kali Yusra masak tomyam untuk berbuka. Biasanya sementara menunggu waktu berbuka, kami layan Teen Titans dan X-men di Cartoon Networks. Ada sekali abang aku datang semasa kami baru selepas berbuka, abang aku pun berbuka sekali bersama kami.

Ramadhan 2004, aku menyambut Ramadhan di Batu Pahat kerana aku sedang menjalani praktikal di Telekom Malaysia. Tiada apa yang menarik sangat kecuali ternampak eksekutif aku tak puasa.

Ramadhan 2003, aku menyambut Ramadhan di dalam asrama Politeknik. Macam-macam perangai budak-budak tak puasa. Beli nasi sorok dalam beg, makan Maggi sambil kunci bilik. Kalau ada yang datang ketuk bilik, memang tak kan bukak punya.

Pengalaman kurang menarik ketika aku berpuasa di dalam Politeknik, hampir setiap hari aku sahur makan Maggi.

Ramadhan 2001, aku menyambut puasa sambil menjawab soalan SPM. Agak terganggu juga fikiran akibat dari perut kosong. Pertama kali aku menjawab soalan dalam keadaan puasa sebelum aku merasai semula semasa aku di politeknik Merlimau dan UiTM Segamat.

Semasa SPM dijalankan, Yang di-Pertuan Agaong ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah mangkat pada 21 November 2001. 

Ramadhan 1993, untuk pertama kali aku berjaya puasa penuh dalam usia 9 tahun. Agak lambat juga aku dapat puasa penuh berbanding kawan-kawan lain yang berjaya puasa penuh ketika darjah satu.

Begitulah serba sedikit kisah aku di  bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Sunday, August 8, 2010

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Ramadhan sudah hampir

Tak sangka bulan Ramadhan hampir tiba. Rasanya baru 2-3 bulan lepas kita menyambut Hari Raya, sekarang Ramadhan datang lagi.

Ada yang gembira bila Ramadhan tiba kerana boleh dapat pahala lebih kalau rajin beribadat, atau boleh dapat untung dengang banyak kalau berniaga di Baazar Ramadhan.

Ada yang sedih bila Ramadhan tiba terutama sekali para perokok tegar sebab dah tak boleh merokok di siang hari.

Ok. Mari kita lihat, apa tanda yang menunjukkan yang Ramadhan semakin hampir kepada kita.

WOTS TOP TEN LIST: 10 Tanda Ramadhan sudah hampir

10. Mak bapak mula pening kepala buat budget untuk baju raya dan duit raya untuk anak-anak dan anak saudara yang lain.

9. Banyak rancangan masakan mula muncul dikaca TV. Dari chef celebrity hinggalah artis, semuanya pun nak memasak.

8. Tiba-tiba ramai yang pergi klinik dan hospital mintak surat gastric walaupun sebelum ini sihat waafiat.

7. Ramai orang mula mencari buku "Panduan Solat Sunat" di kedai buku kerana sudah lupa cara mengerjakan Solat Tarawikh. Selepas habis bulan Ramadhan, buku itu akan di letak bersepah-sepah sehingga hilang dan perlu membeli buku tersebut lagi tahun depan.

6. Bau tandas lelaki di tempat kerja/universiti kamu tiba-tiba kuat berbau rokok.

5. Rakan sekerja kamu yang berjantina lelaki bermuka letih sepanjang hari selalu sangat pergi tandas dan terus menjadi segar selepas keluar dari tandas.

4. Tugas mat despatch bertambah. Dulu tukang hantar surat. Sekarang kena tolong belikan makanan bagi yang tidak berpuasa.

3. Rakan sekerja kamu yang tidak pernah bertegur sapa dengan kamu tiba-tiba menegur kamu dengan berkata begini: "Kau dah beli kuih raya? Aku ada jual kuih ni. Boleh tempah dekat aku ni."

2. Orang Melayu yang bermuka iras-iras bangsa Cina (Chinese Look) mula belajar Bahasa Cina. Senang nak lepak di kedai kopi Cina.

1. Kamu ajak rakan sekerja kamu yang berjantina perempuan untuk lunch bersama kamu dan mereka berkata, "Saya puasa hari ni." Hmm.. Baru nak ganti puasa ya?

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan hati yang tenang. Yang dah tua bangka tu, tak kan tak boleh puasa penuh kot?

Ok. Sekadar untuk survey sahaja. Vote jangan tak vote!!!





Friday, August 6, 2010

Perihal sekolah hamil, kahwin bawah umur dan pemandu bas kedua

Dalam tempoh seminggu ini, dari Sabtu sehinggalah hari ini, aku ada membaca akhbar tempatan berkenaan beberapa isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.

3 kes yang aku baca dan berjaya menarik perhatian aku ialah sekolah hamil, kebenaran kahwin untuk pelajar bawah umur dan pemandu bas kedua.

Kes pertama adalah sekolah hamil. Sekolah yang diperuntukan khas untuk membela pelajar perempuan yang hamil luar nikah. Sekolah ini akan menempatkan dan memberikan perlindungan kepada pelajar yang hamil luar nikah kerana kebanyakan pelajar yang hamil luar nikah akan dihalau dan di pualaukan oleh keluarga dan masyarakat.

Sekolah hamil ini akan dibiaya oleh Kerajaan Melaka, mungkin idea dari Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Mungkin niat Dato Seri Ali Rustam baik, yalah kesian pada budak-budak yang hamil tu. Sudahlah mengandung, kena halau, kena maki, kena sepak terajang pulak dengan mak dan ayah sendiri. Tapi bagi aku, itu sesuatu yang perlu ditanggung oleh budak itu sendiri. Yang kau pergi beromen buat apa? Kalau ikut Hukum Islam, perempuan yang hamil luar nikah tetap dikenakan hukuman kerana mendekati zina.

Bagi pendapat aku, Sekolah Hamil akan menjadi satu lesen besar kepada budak-budak perempuan untuk tidak rasa bersalah sebab hamil tak berbapak. Kalau dia hamil dan kena halau dari rumah, apa nak takut? Sekolah hamil dah ada. Masuk sekolah hamil, lepas bersalin, boleh keluar. Lepas tu boleh beromen balik? Hamil lagi? Masuk balik sekolah tu. Apa nak kisahkan sangat kan?

Sepatutnya, pak-pak menteri carilah alternatif lain untuk mencegah maksiat. Bukannya mewujudkan satu sekolah yang boleh bagi lesen besar pada budak-budak untuk meneruskan maksiat. Jangan terkejut pula kalau hamil luar nikah akan jadi trend dan satu perkara biasa dalam masyarakat kita nanti.

Seterusnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Bunyinya memang nampak macam satu cadangan yang baik. Tapi bila fikirkan balik, benda ni akan membebankan mak bapak pulak.

Ok. Bayangkan, ada sepasang keluarga yang ada 3 orang anak. Anak yang sulung lelaki berumur 17 tahun tiba-tiba mintak kahwin. Maka, mak bapaknya pun kahwinkahlah anaknya untuk mengelakkan kes hamil luar nikah.

Dengan tak semena-mena, mak bapak budak lelaki tersebut terpaksalah menanggung pembiyaan sekolah menantu perempuannya yang baru berumur 15 tahun tu. Tiba-tiba menantunya mengandung. Sudah. Kenalah tanggung cucunya pulak sebab anak sulungnya dapat sambung belajar dekat Universiti.

Tak pasal-pasal, si mak bapak budak tersebut kena menanggung 3 orang anak, seorang menantu dan seorang cucu. Kalau mak bapak budak lelaki tersebut kaya raya dan ada pangkat Dato' atau Tan Sri pada pangkal nama, mungkin tiada masalah. Kalau yang kerja buruh atau kerani?

Lagipun, mampukah seorang budak lelaki yang berumur berumur 17 tahun yang masih sibuk belajar menari Shuffle, masih terhegeh-hegeh nak tiru gaya rambut Noh Hujan, kencing tak toss dan belum tahu macam mana nak cukur buku jembut, menjaga dan mendidik anaknya dengan baik?

Tak kurang jugak dengan emaknya yang baru berumur 16 tahun yang masih terhegeh-hegeh dengan Justin Bieber dan menjerit macam orang kena rasuk bila tengok video klip Super Junior. Mampukah mereka yang masih setahun jagung ini mendidik anak mereka dengan baik?

"Alamak, bro Mirul.. Relax la. Nanti budak-budak tu dah kahwin, diorang pakailah kondom. Mesti tak mengandungkan? Lu cepat melantun la.."

Ok. Memang betul. tapi perlu diingat yang cadangan untuk membenarkan pelajar berkahwin adalah untuk 'mengelakan pelajar hamil luar nikah'. Bukannya 'menghalang pelajar hamil'. Maksudnya, kalau sudah sah menikah, bolehlah mengandung. Mungkin kita dapat melihat pelajar yang memakai pinafore dengan perut memboyot selepas ini.

Lagipun kalau dah kahwin, memang dah tak boleh tahan lagi. Lagi-lagi pulak dalam usia yang muda. Baru nampak bini pakai seluar pendek dah fikir nak beromen. Mana sempat nak capai kondom. Lagipun, budak-budak mana tahu pakai kondom. Kalau tahu, mesti tiada kes hamil luar nikah kan?

Dan yang terakhir, kes pemandu kedua untuk bas sekolah. Sila baca dibawah, petikan dari Berita harian:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan diminta menggubal satu polisi yang mewajibkan setiap bas dan van sekolah mempunyai pemandu kedua atau konduktor bagi menjamin keselamatan kanak-kanak khususnya daripada jenayah seksual. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kehadiran pemandu kedua atau konduktor khususnya daripada kalangan wanita diharap dapat menangani isu seperti rogol kanak-kanak yang semakin meningkat.

Permintaan untuk pemandu kedua ini wujud setelah terjadinya kes budak di rogol oleh pemandu bas. Jadi, adakah mengupah pemandu kedua atau konduktor dapat menghalang kanak-kanak perempuan dari dirogol?

Macam mana kalau pemandu yang kedua itupun bersubahat bersama pemandu pertama? Rupa-rupanya pemandu kedua pun horny dan gila seks. Tak pasal-pasal pelajar perempun tersebut kena gang rape pulak.

"Mirul, kan Datuk Shahrizat tu surah ambik perempuan jadi pemandu kedua. Bukannya lelaki."

Ok. Kita ambil situasi perempuan pula yang jadi pemandu kedua. Maka bergembiralah si pemandu pertama. Kenapa? Mula-mula pukul kasi pengsankan pemandu kedua yang perempuan tu. Rogol pelajar perempuan lepas tu rogol pemandu kedua pulak. Untung pemandu pertama tu, dapat rasa perempuan kecik dengan perempuan besar.

Satu lagi, kalau kena ambil pemandu kedua, dengan kata lain, tambang bas sekolah mestilah akan naik. Tak kan pemandu kedua kerja percuma saja kan? Maka, akan membebankan mak ayah yang menggunakan khidmat bas sekolah untuk menghantar anak mereka. Bayangkan kalau family tersebut ada 3 orang anak dan kesemua anaknya naik bas sekolah? Bukankah akan membebankan mereka?

Ok. Aku tahu aku hanya pandai membebel dalam blog. Mereka semuanya pak menteri dan aku hanyalah rakyat biasa yang tidak tahu bagaimana hendak mentadbir negara. Tapi aku berharap agar pak-pak menteri memberikan cadangan yang lebih baik dan memberikan keuntungan buat rakyat.

Aku hanya seorang rakyat yang mahu memberikan pandangan sahaja.

Wednesday, August 4, 2010

Aku, budak asrama berbaju batik, FHM dan majalah gosip sampah Mangga

Masa:
Sekitar Februari 2010

Lokasi:
Kedai Buku Popular, The Summit Batu Pahat

Situasi:
Pertama kali aku berjalan berseorangan selepas pembedahan hernia aku.

Aku sedang mencari buku untuk dijadikan bahan untuk bacaan. Selepas jumpa buku yang berkenan, aku terus ke bahagian majalah. Aku dapat tahu yang FHM edisi Februari, Hannah Tan akan menjadi cover girl. Kalau Hanah Tan jadi cover girl, memang gila kalau aku lepaskan majalah tersebut begitu sahaja.

Hannah Tan
Aku akhirnya ternampak majalah FHM tersebut. Aku terus capai. Mujur ada satu yang tak berbalut dengan plastik. Biasanya semua majalah dan buku dalam Popular dibalut dengan plastik.

Aku terus selak majalah tersebut dan mencari gambar Hannah Tan. Jumpa! Memang hot! Kali ni, Hannah Tan buat gaya rambut yang sikit berlainan dari kebiasaan.

Sedang aku seronok mengusha Hannah Tan, ada seorang budak sekolah berbaju batik datang ke bahagian majalah tu jugak. Budak tersebut memakai baju batik. Budak asrama lah ni.

"Abang, tak baik tengok gambar perempuan seksi." Tegur budak tersebut.

Aku senyum je. Potong stim betul budak ni. Aku buat tak tahu dan terus membaca artikel berkenaan Hannah Tan tersebut.

Aku tengok budak asrama tu mengambil majalah gosip sampah terkenal di seantero Malaysia, Mangga. Aku pelik kenapa Popular boleh jual majalan Mangga.

Budak tersebut menyelak-nyelak majalah Mangga tersebut sehingga muka surat tengah majalah Mangga tu. Biasalah, bahagian tengah mestilah ada poster kecil yang di-print pada kertas licin dan bewarna.

Pada bahagian poster, terdapat gambar artis yang aku tak kenal tapi tengah berposing di tepi swimming pool. Kalau dah pose tepi swimming pool, mesti kamu boleh bayangkan macam mana jenis pose artis tersebut dan apa yang dipakai oleh artis tersebut.

Aku tak kenal siapa artis tu, mungkin artis baru. Artis tersebut berkemban dengan kain batik. Kain batik yang dipakai agak pendek, dengan kata lain boleh menampakkan peha putih artis tersebut dan terserlah cleavage lurah dendam artis tersebut.

Aku tengok budak asrama tu dah lain macam. Muka dia yang berkulit putih dah jadi kemerah-merahan. Stim ke dik?

Aku pun tegur budak tu, "Dik, tak baik tengok gambar perempuan seksi."

Budak tu terkejut. Dia terus letak balik majalah Mangga tu dan terus blah dari situ.

Aku gelak sakan. tak sangka pulak yang insiden tersebut juga disaksikan oleh seorang Chinese lady yang sebenarnya ada di sebelah aku  dari awal insiden tadi. Dia tergelak sama.

Ah! Mood sudah kena potong. Aku letak majalah FHM tersebut dan aku capai majalah FHM yag berbalut. Baik aku beli, baca kat rumah. Lagipun, ada gambar Jezamine Lim (masa ni dia belum jadi bini Harith Iskander).

Tengah aku beratur nak bayar FHM tersebut, aku nampak budak tersebut datang lagi pada rak majalah dan terus menelaah gambar artis tersebut.

Mungkin budak tu nak pastikan yang gambar artis seksi tu betul-netul melekat dalam ingatan. Nak jadikan modal dalam bilik air kot. Maklumlah, budak asrama. Susah nak cari bahan. Hahahhahaa...

P/S: Adik-adik jangan tiru perangai perangai budak asrama tu. Perangai yang dalam bilik air yang abang maksudkan tu. Kalau setakat usha majalah FHM, tu kira OK lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...