Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, September 30, 2010

Mari bercerita tentang cinta. Ewah, ewah!!!

Tajuk memang macam gampang!

Sebenarnya, hati membuak-buak nak menaip. Tapi minda kekeringan idea. Terima kasih kepada si pengomen anonymous, aku terus dapat idea.


Berikut adalah komen dari seorang pembaca daripada entri aku yang lepas. Aku andaikan dia seorang perempuan kerana komennya bertanyakan sesuatu tentang lelaki. Tapi mungkin juga seorang gay (aku buka Gay Radar, tapi tak berbunyi).

Jadi persoalannya, 'Kenapa lelaki waktu mengurat sweet sangat. Tapi selepas dapat jadi biasa-biasa?'

Bagi aku, benda seperti ini ialah satu fikrah biasa bagi setiap manusia tidak kira apa sekali jantinanya. Memang fikrah manusia yang akan beria-ia bila belum mendapatkan benda yang di idamkan dan mula buat acuh tak acuh kalau dia sudah mendapatkannya.

Dalam hal yang diperkatakan oleh si anonymous, aku rasa kedua-dua pihak, perempuan dan lelaki, bersalah dalam hal ini.

“Mirul, kenapa kau salahkan perempuan sekali? Kan ke yang mengurat tu lelaki?”

Memang betul, memang lelaki yang mengurat perempuan. Tapi perempuan yang menjadi katalis perbuatan si lelaki.

Si lelaki pergi mengurat si perempuan. Tetapi si perempuan sengaja jual mahal. Kenapa jual mahal? Sebab kononnya nak tengok effort si lelaki untuk menguratnya. Dalam tidak sedar, si perempuan sengaja jual mahal kerana ingin melihat si lelaki membuat benda-benda lain untuk mengurat beliau (benda-benda yang dibuat dalam filem sebagai contohnya).

Si perempuan tak mahu melayan si lelaki sebab mengharap si lelaki boleh jadi romantik seperti watak hero dalam drama atau filem cinta. Mereka mengharap si lelaki sanggup buat perkara-perkara gila atau diluar jangkaan (surprise me) seperti yang selalu watak-watak utama filem romantik buat kepada heroin-nya.

Satu lagi sebab kenapa ia salah si perempuan ialah kadangkala si perempuan suka membandingkan lelaki yang baru mahu menguratnya itu dengan bekas teman lelakinya.

“Eleh, ex-boyfie aku dulu tackle aku dengan ticket MTV World Stage. So, lelaki baru ni kalau nak tackle aku kena bagi benda yang sama jugak. Baru aku boleh terima jadi boyfriend.”

“Balak aku yang dulu, masa nak tackle aku, hari-hari dia bagi aku sekuntum Bunga Ros selama 2 bulan, baru aku terima. So, balak baru ni pun kena la buat benda yang sama.”

Si perempuan kena sedar yang tahap kemampuan (duit dalam poket) lelaki yang baru nak mengurat kamu belum tentu sama dengan bekas boyfriend kamu yang dulu. Berkemungkinan juga method untuk setiap lelaki mengurat perempuan juga mungkin berlainan. Kamu tak boleh mengharap setiap lelaki akan mengurat kamu dengan method yang sama.

Si lelaki pun sama jugak. Kalau dah tahu diri anda kurang romantik (dan kurang duit) tak perlulah buat benda-benda yang diluar jangkauan anda. Kononnya nak tiru gaya dalam filem atau gaya yang kawan kamu pernah buat,. Kamu bagi Bunga Ros tiap-tiap hari sampailah si perempuan menerima kamu.

Bila dah declare couple, kamu tak boleh nak keep up nak bagi Bunga Ros sebab poket sudah kosong. Bila kamu kamu dah tak mampu bagi lagi Bunga Ros tiap-tiap hari, perempuan kau dah mula bingit dan telinga kau yang akhirnya hangit.

Bukannya aku suruh kamu jangan jadi seorang lelaki yang tak romantik, cuma tak payahlah kau nak jadi super romantik ataupun menjadi romantik diluar kemampuan kamu. Be yourself! Buat apa nak tiru gaya romantik filem atau kawan-kawan kamu. Jadilah diri kamu yang sejati. Biarlah si perempuan mencintai kamu dengan diri kamu yang seadanya. 

Tak payah nak berlakon diri kamu lelaki yang super romantik walaupun kamu sebenarnya romantik biasa-biasa sahaja. Lagipun, kalau terlampau romantik, nanti takut perempuan kau pulak yang lemas, nanti kau yang cemas.

Kesimpulannya, si perempuan janganlah mengharapkan sesuatu yang besar, di luar jangkaan atau sesuatu yang diluar jangkauan si lelaki. Si lelaki pula tak payah nak tiru benda-benda romantik dalam filem, drma atau novel. Bull shit je semuanya tu.

Sekian, nasihat percintaan daripada aku, seorang lelaki yang sudah single selama 3 tahun. Hahhahaha!

Tuesday, September 28, 2010

Cinta realiti tak seindah cinta fantasi

Sebelum aku bermula, sila layan video di bawah ini:


Iklan di atas ialah Iklan Canon di Thailand. Kalau tak salah aku, watak gadis tersebut dilakonkan oleh Paula Taylor, seorang celebrity terkenal di Thailand dan juga merupakan salah seorang peserta The Amazing Race Asia 2.

Dalam iklan ini, si lelaki menggunkan teknik stalking untuk mengurat si wanita tersebut. Ikut perempuan tu ke sana, ke mari. Tangkap gambar diam-diam. walaupun si wanita sudah perasan si lelaki asyik stalking dia, tapi dia tak kisah dan terus membiarkan si lelaki menangkap gambarnya.

Bila sudah cukup stock gambar, si lelaki pun terus membuat satu photo show gallery untuk si wanita dan menjemput si wanita datang. Si wanita terus jatuh hati dengan effort si lelaki yang sibuk meng-stalking dirinya dan terus menerima cintanya.

Mesti ada gadis-gadis yang jatuh cinta dengan iklan tersebut dan berkata, "Aaahhh..   Sssswwweeeeettttnnnnyyyyaaaa...", bila melihat iklan ini.

Dan sudah semestinya budak-budak yang sibuk dengan DSLR sekarang mula berfikir, "Oh, boleh tackle perempuan pakai kamera ni."

Neh!!! Cinta realiti tak semudah cinta fantasi. Dalam cinta fantasi, kalau lelaki dan perempuan dah bergaduh bagai nak gila sekalipun, akhirnya mesti mereka akan bersatu semula. Adat filemlah kan? Tapi dalam dunia realiti, memang tak semudah itu.

Cuba kau terapkan teknik stalking ni untuk kau mengurat perempuan. Kau pergi sorok-sorok, tangkap gambar si perempuan. Sekali si perempuan terperasan kau stalking dia. Ada harapan dia baling kau dengan kasut. Kalau dia tengah pakai high heels, memang terpacak tumit kasut tu tepat pada tengah dahi kau.

Ataupun si perempuan panggil abang atau bapak dia suruh belasah kau. Dengan kau punya DSLR sekali hancur berkecai.

Atau yang lebih buruk lagi, si perempuan panggil polis. Kau kena tangkap, masuk mahkamah. Terus mahkamah bagi kau restraining order, tak boleh dekat dengan perempuan tu dalam jarak 5 KM, tak ke sia-sia tu? Tak pasal-pasal boleh stalking ikut Facebook saja.

Memang mudah dalam cinta fantasi. Nak tackle perempuan senang, nak kahwin dengan senang. Cuba kalau dalam alam realiti. Kau gunalah teknik atau taktik apa sekali pun, memang bukan senang nak mencuri hati para gadis. Kecuali kalau kau tackle minah rempit. Ada motor, main ram sikit depan dia, conform malam tu kau dah boleh tidur dengan dia.

Cinta fantasi membuatkan lelaki-lelaki single macam aku termenung panjang dan berkata dalam hati, "Senang betul kau tackle perempuan. Apsal aku sampai sekarang single lagi?"


Harapnya, malam ini tidur aku akan bermimpikan Paula Taylor. Dapat berfantasikan dia pun cukuplah. Berfantasi yang macam mana? Yang itu kita tak tahu!

Sunday, September 26, 2010

Ramalan Filem Back To The Future: Tepat atau tidak?

Masa pertengahan bulan Ramadhan yang lepas, Cendol atau lebih gemar digelar sebagai Tanggang Parit Raja akhirnya pulang ke Batu Pahat. Cendol datang ke rumah aku dengan external hard disc dan koleksi DVD-nya. Dalam external hard disc dan DVD yang Cendol bawak tu penuh dengan segala movie yang telah di download sepanjang kami tinggal di 32 Jementah dulu.

Niat aku sebenarnya nak ambil filem Tron memandangkan, filem Tron: Legacy, cerita sekualnya, bakal ditayangkan bulan Disember nanti. Aku juga mengambil peluang keemasan untuk merembat filem-filem lain yang ada dalam DVD dan external hard disk Cendol tu. Tiba-tiba aku terjumpa cerita Back To The Future Trilogy.

Kepada adik-adik yang mungkin tak pernah menonton atau tak pernah tahu tentang filem Back To The Future, biar aku cerita sikit. Back To The Future Trilogy adalah filem arahan Robert Zemeckis dan Steven Spielberg merupakan salah seorang producer bagi ketiga-tiga filem ini. Filem ini mengisahkan time travelling, dengan watak utamanya, Marty McFly (lakonan Michael J. Fox) dan Dr. Emmett L. Brown (Christopher Llyod). Mereka mengembara merentas masa menggunakan sebuah kereta jenama DeLorean DMC-12. Cerita ini telah ditayangkan pada tahun 1985 (Back To The Future), 1989 (Back To The Future 2) dan 1990 (Back To The Future 3).

Dalam Back To The Future, cerita bermula pada 25 Oktober 1985, Marty McFly telah kembali ke tahun 1955 dan telah berjumpa dengan emak dan ayahnya sewaktu remaja. Marty McFly berjaya menyatukan kedua-dua ibubapanya dan mengubah nasib keluarganya.

Dalam Back To The Future 2, Marty McFly telah mengembara ke tahun 2015, untuk menyelamatkan anaknya daripada ditangkap polis. Kemudian dia sekali lagi telah pergi ke tahun 1955 untuk menyelamatkan keluarganya.

Dalam Back To The Future 3, Marty McFly telah mengembara ke tahun 1885, ketika bandar tempat tinggalnya, Hill Valley, baru dibuka. Marty McFly mengembara ke tahun 1885 untuk menyelamatkan Dr. Emmett L. Brown yang tersangkut pada zaman tersebut.

Aku memang peminat Back To The Future. Dan disebabkan filem ini, aku juga jadi peminat Michael J. Fox dan siri filem lakonannya.

Dalam ketiga-tiga filem Back To The Future, hanya Back To The Future 2 yang memaparkan pengembaraan ke masa hadapan, iaitu tahun 2015 (sekurang-kurangnya mereka tak percaya dengan ramalan hari kiamat pada tahun 2012).

Bila menulis skrip tentang masa depan, penulis skrip biasanya kena berfantasi mengenai masa depan. Tentang bagaimana modenya kehidupan yang dipenuhi alat dan gadget moden, dipenuhi bangunan moden dan fesyen yang berlainan dengan zaman sekarang.

Jadi, adakah ramalan penulis skrip Back To The Future (Robert Zemeckis dan Bob Gale) tepat? Mari kita tengok!


Kereta Terbang Mengusai Langit
Traffic di atas langit
De Loren pun boleh terbang
Aku rasa kereta terbang memang asas angan-angan untuk masa depan kot. Boleh dikatakan semua filem kalau nak tunjukkan kisah masa depan, mesti ada scene kereta terbang. Mungkin memang impian semua manusia nak memandu kereta terbang untuk mengelak traffic jam.

Tapi kalau accident kat tengah-tengah langit tu, mesti kesan accident lebih buruk sebab kereta yang accident akan jatuh terhempas ke bumi dan terkena manusia lain yang tak terlibat.

Ramalan Back To The Future: Tidak tepat! 
Dalam masa 5 tahun lagi, aku tak yakin yang kereta terbang akan mengusai langit. Toyota buat kereta pun ada masalah brek, macam mana nak buat kereta terbang. Proton dengan Perodua? Tak payah ceritalah.


Manusia Ingin Kelihatan Muda


Sesudah sampai tahun 2015, Dr Emmett Brown terus mengopek kulit mukanya. Menurut Dr Emmett, dia pegi ke klinik untuk memudakan kembali kulitnya. Kira macam salin kulitlah. Kononnya, memudakan kulit adalah trend di masa depan.

Ramalan Back To The Future: Tepat! 
Zaman sekarang, lelaki dan perempuan sibuk pakai krim muka untuk memastikan muka masing-masing muda. Tengok iklan TV yang berlambak mengiklankan krim memudakan kulit. Bak kata Rita Rudaini (dalam iklan krim muka apa entah), "Umur hanyalah pada angka, bukan pada rupa."

Bukan setakat krim muka, jangan lupa juga pada Botox yang boleh menengangkan kulit dan kelihatan muda. Tapi ada ahli politik kata, makan tempe pun boleh jadi muda juga. 

Susuk macam mana?


Penggunaan Public Phone


Ada satu scene yang menunjukkan anak Marty McFly, Marty McFly Jr., menelefon kawannya menggunakan telefon awam ataupun lebih suka kita gelarkan public phone.

Ramalan Back To The Future: Tidak tepat!
Bermula tahun 2000, telefon bimbit mula popular dan menjadi alat kegunaan "wajib ada" pada setiap umat manusia. Aku sendiri pun mula menggunakan hand phone pada tahun 2002.

Sekarang? Sepupu aku yang darjah 5 pun pakai iPhone.


Kasut Nike Hyperdunk Supreme



Kasut Nike yang diberikan oleh Dr. Emmet pada Marty. Kalau nak menyamar jadi orang tahun 2015, kenalah berfesyen cara 2015 kan? Kasut Nike ini mempunyai tali yang boleh mengikat secara automatik. Gila cool!

Ramalan Back To The Future: Tepat!
"Kau biar betul, Mirul. Tak kan ada kasut macam ni?"

Selepas menonton Back to The Future 2, kebanyakan peminat kasut Nike melancarkan kempen supaya Nike betul-betul mencipta kasut tersebut. Siap buat petisyen lagi. Memang tegar mereka-mereka ni.

Akhirnya pada tahun 2008, Nike akhirnya mengeluarkan kasut Nike Hyperdunk Supreme.

Nike Hyperdunk Supreme. Tak sama sangat tapi lebih kuranglah kan?
Memanglah kasut ni tiada tali yang boleh mengikat secara automatik. Tapi kira ok lah kan? Tiada rotan, akar pun berguna. Para penggemar kasut ini menggelarkan kasut ini sebagai Air McFly.


Sekual filem Jaws: Jaws 19


Cuba korang tengok belakang Marty McFly tu (klik gambar untuk view yang lebih besar), korang akan nampak tulisan Jaws 19. Kononya wayang sedang menayangkan Jaws 19.

Korang tahukan cerita Jaws? Kalau tak tahu, memang kambing la. Jaws adalah filem arahan Steven Spielberg. Kisah jerung pembunuh yang kerjanya tak lain tak bukan membunuh orang.

Ramalan Back To The Future: Tidak tepat!
Memang ada sekual bagi filem Jaws, tetapi Steven Spielberg tidak terlibat dalam kesemua filem sekual Jaws yang lain. Antara sekual Jaws ialah Jaws 2, Jaws 3-D dan Jaws: The Revenge. Tengok, tak sampai 19 pun.


Orang Bersenam Sambil Makan

Tengok pada sebelah kiri gambar.
Naik basikal senam sambil makan. Cool!
Yang ni kredit perlu diberikan pada kawan sekolah agama aku dulu, Mohd Kuzairi. Masa tahun 1998 dan 1999, RTM 2 selalu keluarkan filem Trilogy Back To The Future ni. Aku dan kawan-kawan aku yang memang hardcore fan Back To The Future memang tak pernah miss. 

Esok mesti nak bercerita kat sekolah. Kawan aku si Kuzairi yang perasaan scene orang bersenam sambil makan ni. Thanks a lot bro. Lama tak jumpa kau.

Ramalan Back To The Future: Tidak tepat!
Mana mungkin nak bersenam sambil makan. Boleh jadi tersimpul usus besar dengan urat merih dibuatnya.


Mattel: Hover Board


Semasa Marty dikejar oleh Biff, Marty telah meminjam hover board yang dinaiki oleh dua orang budak perempuan. Hover board ini boleh terapung (macam hovercraft). Kiranya macam skate board tanpa tayar, boleh terapung.

Hover Board tidak berfungsi di atas air.

Ramalan Back To The Future: Tidak tepat!
Sama seperti teori kereta terapung. Aku rasa benda macam ni perlukan masa. Tapi masih ada 5 tahun sebelum 2015, manalah tahu boleh jadi pulak kan?


Kamera Ada Di Mana-mana


Cuba korang perhatikan betul-betul bahagian sebelah kanan gambar. Gambar menunjukkan yang Biff telah ditangkap oleh polis dan ada kamera USA Today. USA Today ialah akhbar yang berasal dari Amerika. Selepas Biff ditangkap, serta-merta kamera itu turun dan merakamkan peristiwa tersebut.

Dengan kata lain, penulis skrip melambangkan yang kamera berada di mana-mana dan boleh muncul dalam sekelip mata untuk merakamkan sebarang peristiwa.

Ramalan Back To The Future: Tepat!
Zaman sekarang ni, dunia kita bersepah dengan paparazzi yang sentiasa memburu artis untuk berita sensai. Jangan ingat paparazzi hanya ada di luar negara, dalam Malaysia pun ada. Kalau tidak, macam mana blog-blog gossip boleh dapat gambar eksklusif yang wartawan surat khabar tiada. 

Lepas tu, tanpa segan silu wartawan hiburan seperti Zubir mengambil gambar dan berita tersebut dan quote "saya dapat gambar dan berita ni dari sumber yang boleh dipercayai." Huh!

Selain itu, jangan lupa yang budak-budak zaman sekarang tengah gila main DSLR. Bersepah-sepah kita boleh jumpa budak-budak berjalan-jalan dengan kamera tergantung pada leher masing-masing. Kamera hand phone pun kira sama juga kan?


Slamball!!!!


Aku dah agak yang aku mesti boleh dapat sesuatu dari surat khabar. Dan tepat sekali. Korang nampak apa yang aku bulatkan tu? Tulisan tu berbunyi "Slamball Playoff Begin."

Apa itu Slamball? Slamball sebenarnya permainan bola keranjang tapi ditambahkan dengan trampoline. Konon macam nak nampak macam best la. Slamball sebenarnya sudah lama wujud (dalam era 80'an mungkin) tapi menjadi satu sukan komersial pada tahun 2001.

Ramalan Back To The Future: Tepat!
Macam aku katakan, Slamball mula di komersialkan semenjak tahun 2001. Kalau sesiapa yang belum berkesempatan menonton Slamball, cuba-cubalah buka AXN (Astro 701), kadang-kadang ada Slamball.

Aksi Slamball


Video Conference


Selepas pulang ke rumah, Marty McFly (dari masa depan) terus berbual dengan rakan setugas melalui video (video conferencing). 

Ramalan Back To The Future: Tepat!
Semasa aku praktikal dekat Telekom Berhad pada tahun 2004, aku berpeluang melihat Telekom bermesyuarat melalui video dengan cawangan-cawangan diseluruh Malaysia. Masa tu, teruja juga dapat tengok orang berbual melalui video.

Atau yang paling mudah, berbual melalui video cam melalui Yahoo Messenger (YM) atau Skype.


Menonton TV Multi Screen/Split Screen


Sebaik sahaja pulang ke rumah, Marty McFly Jr terus menghidupkan TV dan menonton 6 saluran secara serentak melalui TV Multi Screen/ Split Screen-nya. Marty menonton saluran 18, 24, 63, 109, 87 dan saluran cuaca. Apa jadah yang kau tengok Channel Cuaca tu?

Ramalan Back To The Future: Tepat!
Sekarang ini, dah berlambak TV yang boleh jadi Multi Screen dan Split Screen. Apa yang penting, korang ada duit yang banyak untuk membelinya (TV Multi Screen ni datang dalam saiz yang besar, jadi duit pun kena besar juga).

Ok. Setakat ini sahaja yang aku dapat fikirkan. Sebanrnya banyak lagi elemen dalam Back To The Future tapi aku tak dapat nak rungkaikan semuanya. Ada 5 tahun lagi menuju 2015. Agak-agak, ramalan yang tak tepat tu boleh jadi kenyataan dalam 5 tahun ini? (Yang penting, Jaws 19 memang tak kan terjadi).

Thursday, September 23, 2010

Aku, kawan perempuan dan artis kegemaran

Kali ini aku mahu menyentuh tentang perasaan prejudis perempuan terhadap artis kegemaran kawan/teman lelaki mereka dan beberapa perkara yang berkaitan.

Situasi 1

Ada kawan perempuan aku yang bertanya pada aku:

"Apasal kau letak gambar Hannah Tan tu?"

"Oh. Saja je. Lagipun aku minat dia." Jawab aku.

"Popular sangat ke dia? Aku macam tak pernah dengar pun pasal dia ni?" Kawan aku mula menyoal dengan nada yang lain macam. Aku kategorikan nada suara itu sebagai nada suara "hendak mengutuk".

"Dia lebih kepada modelling dulu. Sekarang ni dia dah jadi penyanyi. Tapi dia terbitkan album kat Jepun. Nyanyi lagu Jepun."

"Eleh, kat Malaysia pun belum cukup popular, nak nyanyi kat Jepun."

"Dah rezeki dia bukan kat sini. Apa boleh buat."

"Eleh, Hannah Tan tu poyo lebih. Konon nyanyi kat Jepun tu dah kira best sangat la kan. Bal, bla bla..."

Maka dia pun terus mengutuk Hannah Tan. Aku malas nak melayan dia terus diam mendengar si wanita itu mengutuk Hannah Tan.

Tak lama selepas itu, aku ternampak Handphone Black Berry kawan aku tersebut. Aku ternampak dia menggunakan gambar Awal Ashaari sebagai wallpaper.

"Apesal kau letak gambar Awal jadi wallpaper?" Tanya aku pula.

"Sebab aku minat dia. Dia cute. Dia pelakon favorite aku sekarang." Jawab kawan aku tu.

"Tapi dia tu tak de la pandai sangat belakon. Kalau jadi pelakon extra, boleh la kot." Bidas aku pula.

"Eh? Tolong la. Awal belakon Ok ape. Dia dah jadi hero kot dalam Syurga Cinta." Kawan aku terus membela.

"Bagus pulak dia berlakon. Aku rasa macam nak ketawa kot tengok dia belakon masa babak menangis tu."

"Hei! Tolong sikit. Bagus kot Awal berlakon." Aku dah dapat rasakan minah ni dah mula panas. Nada suara sudah mula meninggi.

"Biasa je dia berlakon. Banyak lagi pelakon lagi bagus kot."

"Ala, kau dengki sebenarnya kan dengan Awal sebab banyak perempuan minat dia kan? Admit je la, Mirul. Kau dengki sebab dia tu cute, handsome, badan besar... Bla, bla, bla...."

Dan kawan aku terus membebel mempertahankan Awal Ashaari.

Jadi persoalannya, kawan perempuan aku boleh kutuk artis yang aku minat tanpa rasa bersalah dan aku pulak tak boleh kutuk artis kegemaran dia? Pulak siap tuduh aku jealous dengan Awal sebab Awal tu handsome? Hahahahaha!!! Memang lawak.

Kalau macam tu, aku pun boleh tuduh kawan aku jealous dengan Hannah Tan sebab Hannah Tan baru sahaja di undi sebagai No.1 Most Wanted Women In The World yang dijalankan oleh FHM (dapatkan FHM isu September sekarang!). Kalahkan Megan Fox dengan Marissa Miller pulak tu.

Memang kelakar sial perangai kawan aku nan seorang ni. Dan dia bukanlah satu-satunya kawan perempuan aku yang mempunyai perangai seperti ini. Ada 2-3 orang lagi. Kawan-kawan aku yang lain pun ada juga kawan perempuan berperangai seperti ini.

Kenapa perempuan macam prejudis dengan artis kegemaran kawan lelaki atau boyfriend-nya? Dan si lelaki pula tidak dibenarkan mengutuk artis kegemaran si perempuan?

==========

Situasi 2

Kejadian ini terjadi pada bulan Mei yang lepas. Aku sedang lepak-lepak bersama 3 orang kawan perempuan di sebuah warong yang sedang membuka MTV. Sekali keluar iklan MyEG Extra Time. Iklan tersebut menampilkan Fazura dan Marion Counter.

"Fuh. Fazura sama Marion la." Kata aku.

"Hekeleh.. Tengok Fazura pakai seksi dah tergoda."

"Entah. Setakat Fazura dengan Marion tu apa sangat la."

"Entah, kau ni. Apa la."

Dalam masa 10 saat, aku telah menerima 3 kata-kata berunsur kutukan dari 3 kawan perempuan tersebut. Dalam 15-20 minit kemudian, keluarlah video klip kumpulan Korea. Tak salah aku, kumpulan boy band bernama Super Junior.

"Aaaahhhhhhhh!!! Super Junior!!! Cute-nya!!!!"

"Ye la!!! Tengok nanti dance move dia!!! Aahhhh!!! Seksi!!!"

"Ala, cutenya nama Mat Seman tu!!!!" (Gantikan nama Mat Seman dengan nama salah seorang ahli Super Junior. Tahu pulak aku nama-nama diorang tu).

"Weh, rilek la. Korang ni."

"Ala, Mirul. Diam la. Super Junior tu. Kau apa tau."

Jadi persoalannya, aku cuma kata "Fuh. Fazura sama Marion la", terus kena kutuk. Tapi kawan-kawan aku menjerit macam orang kena rasuk bila tengok Super Junior, boleh pulak? Kalau Ustaz Dato Dr Haron Din ada dekat situ, memang sah dia akan baca doa halau setan sebab ingatkan kawan-kawan aku kena rasuk.

Satu lagi persoalan, apahal Super Junior tu nak kena ada 13 orang? Apa motif satu boy band nak bubuh sampai 13 orang? 

==========

Situasi 3

Sambungan dari situasi nombor 2.

Aku sedang melihat Chloe Moretz. Kamu kenal siapa Chloe Moretz? Moretz ialah pelakon yang berlakon dalam filem Kick-Ass, memegang watak sebagai Mindy Macready/ Hit-Girl. Kick-Ass memang satu filem yang terbaik. Kick-Ass sekarang berada dalam senarai 10 filem terbaik 2010. Ya! Filem Twilight Saga tiada dalam senarai top 20.

Chloe Moretz

Ok, sambung semula pasal Chloe Moretz. Sedang aku melihat gambar dia, aku pun berkata, "Minah ni ada harapan jadi pelakon harapan. Kalau dia dah besar, mesti dia cute."

"Ish, jijik-nya kau ni, Mirul. Dia kecik lagi tu. Pedophile la kau ni." Kutuk kawan aku, seorang perempuan, kepada aku.

Tidak lama kemudian, keluarlah video klip Justin Bieber. Maka para-para gadis ini pun apa lagi...

"Ala.. Cute nya Justin Bieber."

"Tu la. Nanti dah besar, mesti jadi macam Nick Carter."

Jadi persoalannya, bila aku kata Chloe Moretz cute bila besar nanti, aku dituduh Pedophile. Tapi perempuan 3 orang ni selamba je menghambakan diri pada Justin Bieber, tak Pedophile la? Bieber tu bawah umur juga. Kalau dekat Malaysia belum boleh ambil lesen kereta, kalau dekat Amerika belum boleh minum. Bulu konek pun ada sehelai-dua je tu. Hahahahaha!!!

Yang pelik tu, dalam filem Twlight ada juga unsur-unsur Pedophilia. Sebagai contoh, Edward Cullen berusia 107 atau 113 tahun (aku tak tahu umur dia yang sebenar, ini pun Hannah Yunos bagi tahu aku) dan dia bercinta dengan budak sekolah bernama Bella. Jacob Black pun sama juga, dah tua bangka. Yang tu tak pedophile pulak?

Jadi kepada para wanita sekalin, janganlah bersikap prejudis terhadap artis kegemaran kawan/teman lelaki kamu sebab artis kegemaran korang pun bukannya perfect sangat. Dan jangan nak komen atau kutuk-kutuk artis kegemaran kawan lelaki kamu sebab artis kegemaran korang pun boleh tahan annoying juga.

Dan satu benda yang aku mintak kepada kamu semua para wanita, janganlah menjerit tak tentu pasal bila tengok video Justin Bieber, Super Junior atau apa-apa lagu artis kegemaran korang, buat aku terkejut. Ada sekali masa raya, 3 orang sepupu perempuan aku menjerit tengok video boy band Korea masa pukul 1 pagi. Nasib baik sepupu sendiri, kalau tidak memang ada harapan tidur luar.

Monday, September 20, 2010

Aku, kawan, amoi, chinese look dan skirt

Ini cerita serius! Bukan main-main!

Dulu, aku pernah date dengan seorang amoi. Amoi membawa maksud perempuan yang berbangsa Cina. Ada seorang kawan aku agak kurang senang bila aku keluar date dengan amoi tersebut.

"Dah tak de perempuan Melayu lagi ke yang kau nak ajak keluar?" Tanya kawan aku.

"Kenapa?" Tanya aku semula.

"Cari la perempuan Melayu. Cari bangsa sendiri. Buat apa kau nak keluar dengan bangsa lain. Diorang tu pendatang. Dah la pakai baju pun tak senonoh. Pakai baju ketat la, skirt pendek la. Jijik aku tengok. Aku memang pantang dengan perempuan pakai skirt ni. Macam tak de maruah. Aku rasa macam nak lempang je amoi-maoi pakai skirt ni."

Tapi yang peliknya, kalau lepak-lepak dengan aku, kawan aku ni suka pulak usha amoi.

"Mirul, kau tengok tu. Amoi tu punya skirt pendek gila. Paras peha tu. Peh... Kalau la aku dapat amoi tu."

Jodoh aku tak lama dengan amoi tersebut. Si amoi berpindah ke JB. Tak lama kemudian aku berkawan dengan seorang wanita Melayu yang mempunyai muka iras-iras muka Cina. Kata orang Chinese Look.

Kawan aku mula lagi:

"Kau ni tak boleh cari perempuan yang elok sikit ke?"

"Elok? Maksud kau?"

"Ye la. Cari la perempuan Melayu."

"Awek aku tu perempuan Melayu la."

"Memang la Melayu, tapi cari la muka yang macam Melayu. Ni muka macam Cina yang kau cari. Cari la yang betul-betul Melayu. Melayu Sejati. Ni nama je Melayu, tapi muka macam Cina."

Terkejut juga aku dengar statement kawan aku ni. Salah ke aku tackle awek muka macam Chinese Look. Dah Allah S.W.T. cipta muka dia macam Chinese Look, tak kan nak salahkan Allah pulak kan?

Beberapa tahun telah berlalu, akhirnya aku berjumpa kembali dengan kawan aku ini.

Agak terkejut juga bila aku terserempak dengan kawan aku yang berjalan dengan teman wanita kesayangannya.

Kenapa aku terkejut?

Aku terkejut kerana muka teman wanita kawan aku itu mempunyai iras-iras Cina ataupun Chinese Look. Ataupun mungkin teman wanita kawan aku itu memang seorang yang berbangsa Cina?

Lebih menambahkan kepelikan aku bila aku tengok teman wanita kawan aku tu memakai skirt pendek.

Dulu, bukan main marah lagi aku bercinta dengan perempuan Melayu Chinese Look. Kononnya, tak asli Melayu-nya sebab muka tak macam Melayu. Tapi kenapa sekarang dia pulak yang dating dengan perempuan macam tu?

Adakah kawan aku selama ini sebenarnya seorang hipokrit? Kononnya tak suka amoi, perempuan Chinese Look dan perempuan berskirt pendek tapi akhirnya bercinta dengan perempuan macam tu juga akhirnya?

Ataupun kawan aku sebenarnya dengki pada aku sebab dia tak dapat tackle awek jenis macam tu tapi aku yang dapat?

Ataupun ini salah satu kes yang kita boleh gelarkan "terkena batang hidung sendiri"? Suka sangat membenci orang, akhirnya sendiri kena?

Mana satu yang sesuai dengan kawan aku ini?

Tak payah nak pandang serong kepada orang yang bercinta dengan bangsa lain. Tak payah pandang serong kepada orang Melayu yang punya paras rupa seperti bangsa lain. Kita semua ciptaan tuhan yang dicipta untuk berkenal-kenalan sesama sendiri. Tak payahlah amalkan sikap racism tentu pasal ni.

Jangan menilai orang melalui pakaiannya. Luaran tidak semestinya melambangkan dalamannya.

Jangan buat perangai hipokrit macam kawan aku. Nanti kena batang hidung sendiri, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

Wednesday, September 15, 2010

Raya dulu, Raya sekarang Part 2

Budak-budak Datang Beraya

Raya Dulu

Peace!!! Kami nak duit raya.. Maksud kami, nak beraya.
Pantang nampak pintu terbuka, ada saja sekumpulan budak-budak datang beraya dengan senyuman sampai ke telinga.

Pada bulan Syawal yang mulia inilah budak-budak mengambil kesempatan untuk menjalankan misi mereka memenuhkan tabung ayam dengan pergi ke rumah-rumah jiran untuk mengutip duit raya. Muka jiran masing-masing pula menjadi tak mulia kerana merungut sebab terpaksa bagi duit raya pada budak-budak yang datang.

Dalam sehari, mesti ada lebih kurang 3-4 kumpulan pemungut duit raya datang bersanggah dekat rumah aku. Budak-budak bukannya teringin sangat nak makan kuih raya atas meja. Niat di hari memang mahu memenuhkan tabung ayam secepat mungkin. 

Bukan senang boleh dapat lesen kutip duit pada rumah jiran tetangga tanpa kena marah atau maki hamun. Kadang-kadang ada yang kutip mengalahkan Ah Long. 

Kadang-kadang ada budak-budak yang berperangai bangsat. Lepas dapat duit raya, terus buka sampul dan tengok kandungan duit raya. Lepas tu ada pula komen susulan:

"Sikit je Pak Berahim bagi. Banyak lagi pak cik yang duduk kat simpang tu bagi."

"50 sen je? Ni nak beli coklat pun tak cukup ni."

"Sikit je bagi. Baik tak payah bagi."

Kalau aku tinggal rumah keseorangan, memang aku tak layan budak-budak datang beraya ni. Kalau budak-budak bagi salam, memang aku keraskan diri dalam rumah. Siap slow-kan volume TV supaya tak terkantoi dengan budak-budak tu. Bagilah salam berapa puluh kali, memang aku buat pekak. Aku jawab salam dalam hati. Tak jawab dosa pulak kan?

Raya Sekarang

Hari ini dah masuk Hari Raya Ke-6 tapi rumah aku belum lagi menerima serbuan para-para askar pemungut duit raya tahun ini. Aku pun tak tahu mana mereka menghilang. Tahun lepas pun sepi juga rumah aku tanpa kunjungan mereka.

Mungkin budak-budak sekarang lebih gemar lepak di rumah sambil melayan drama raya lakonan peserta realiti TV. Ataupun mereka lebih suka melayari internet semasa Hari Raya (macam aku). Maklumlah, dalam Facebook pun dah ada application 'Duit Raya' kan?


Mercun, Bunga Api dan Meriam Buluh

Raya Dulu


Mercun dan bunga api adalah elemen utama dalam Hari Raya. Sama macam Chinese New Year, malam raya memang tak ubah seperti medan perang. Pelbagai mercun menjadi pilihan untuk dibakar. Kalau para-para bapak membakar duit dengan merokok, anak-anak pula membakar duit dengan mercun dan bunga api.

Kalau dalam satu kampung/taman, mesti ada 3-4 puak berlawan bunyi mercun. Kalau ada satu puak dah mula letupkan Thunder Clap, puak-puak lain akan balas dengan meletupkan mercun yang lebih kuat bunyinya. Jangan mimpilah nak tidur dengan lena masa malam raya tu.

Ada yang berotak MacGyver sikit, buat mercun buatan sendiri. Keluarkan belerang dari 2-3 jenis mercun, letak dalam besi paip. Bunyi memang kuat tak ingat. Kadang-kadang bunyi letupan mercun juga akan disulami dengan bunyi jeritan budak-budak yang mungkin sudah putus jari-jemari kerana gagal membuat formula yang tepat untuk mercun buatan sendiri itu.


Jangan ambil mudah dengan meriam buluh. Benda ni budak-budak kampung saja yang pakar. Budak-budak bandar memang main bunga api Pop-Pop sajalah. Bukan senang nak buat meriam buluh. Tapi bila main, memang seronok. 

Rasanya meriam buluh bolehlah dikategorikan sebagai mercun buatan sendiri, tapi tak pernah lagi aku dengar budak-budak putus jari main main meriam buluh.

Raya Sekarang

Baru bunyi mercun roket meletup, kereta polis dah datang round kampung/taman. Yang paling haram sekali, kawan aku pernah cerita yang ada polis datang taman dia sebab ada budak main mercun Pop-Pop. Celaka. Tak kan Pop-Pop pun dah kena banned kot?

Pengharaman mercun serba sedikit menjejaskan kemeriahan Hari Raya. Sebenarnya mercun bukanlah bahaya sangat kalau main dengan bimbingan ibubapa (macam rancangan TV yang diklasifikasikan dengan PG: Parents Guide). 

Meriam buluh? Bertuah kalau boleh jumpa budak-budak yang boleh buat meriam buluh sekarang. Kalau ada pun, tak ramai yang boleh buat. Mungkin adalah sikit-sikit budak-budak kampung yang boleh buat. Kira macam insan terpilihlah yang ada ilmu buat meriam buluh ni. Kira macam Neo dalam The Matrix lah.

Ok. Cukup sampai di sini. Belum ada mood nak tulis panjang-panjang lagi.

Tuesday, September 14, 2010

Raya dulu, raya sekarang

Memang aku dapat rasakan yang raya sekarang memang lain dengan raya dulu. Bukan sebab kemeriahan sebaba kalau nak bercerita tentang kemeriahan raya, mesti korang kata, "Kau rasa raya tak meriah sebab kau dah tua."

Aku nak ceritakan kelainan antara raya dulu dengan raya sekarang.

Raya Dulu

Pada pagi raya era tahun 80'an dan 90'an, memang sangat sinonim rancangan sarkas, silap mata dan kartun pagi-pagi raya dulu.


Di pagi rayalah biasanya anak-anak Melayu di Malaysia mengenali apa itu sarkas. Pagi-pagi raya yang mulia, sejurus selepas bermaaf-maafan, kita berpeluang untuk menonton aksi akrobatik, clown, haiwan yang dilatih untuk membuat aksi, aksi-aksi stunt trapeze, jugglers dan lain-lain.

Bila difikir-fikirkan balik, memang mengarut juga pagi-pagi Raya boleh layan sarkas. Tapi semenjak sarkas tak lagi disiarkan pada pagi Raya, aku rasa sampai sekarang aku tak pernah tengok sarkas disiarkan di TV. Kalau budak-budak zaman sekarang nak menonton sarkas, bolehlah tengok The Royal London Circus yang berasal dari Danga Bay, Johor bahru.


Siapa yang tak kenal David Copperfield dulu? Kebanyakan anak-anak muda sekarang kenal David Copperfield melalui rancangan magic yang biasa disiarkan pada pagi raya. Masa dulu, budak-budak percaya yang si David ni bela syaitan sebab terlalu hebat bila buat magic.

David Copperfield pernah hilangkan kereta kebal, hilangkan Statue of Liberty, hilangkan Eiffel tower, terbang di Grand Canyon, belah badan perempuan, tanggalkan badan dia jadi 2 dan macam-macam lagi magic-magic pelik.

"Ni memang sah bela setan!" Tuduh kita pada si David masa dulu.

Tapi sekarang, selepas menonton Breaking the Magician's Code: Magic's Biggest Secrets Finally Revealed di AXN. Semua orang cakap, "Hekeleh... Menipu je David Copperfield ni rupanya. Semuanya trick je".

Sekarang kalau nak tengok magic show, bukak saje AXN. Mesti ada punya. Tapi budak-budak zaman sekarang lebih banyak kenal Criss Angel dan Cyril Takayama.


Kartun adalah satu rancangan wajib untuk tayangan di pagi raya. Bukan setakat pagi raya, kadang-kadang tiap-tiap kali ada cuti umum atau perayaan, mesti ada kartun.

Aku ingat lagi aku pernah menonton sebuah kartun bertajuk The Nutcracker Prince. Tapi aku cuma dapat tengok setengah jam saja sebab terpaksa pergi beraya ke rumah saudara. Nasib baik 2-3 bulan lepas tu, TV2 keluarkan ulangan cerita tersebut dalam segmen cuti sekolah.

Watak utama cerita The Nutcracker Prince, Hans/The Nutcracker Prince, menggunakan suara Kiefer Sutherland, yang sekarang popular sebagai Jack Bauer dalam cerita 24.

Raya Sekarang

Tiada lagi sarkas, tiada lagi magic show, tiada lagi kartun. Raya sekarang lebih banyak segmen nyanyian, drama-drama sedih dan lain-lain.

"Saya nak lawan Lady Gaga ni. Boleh?"
Raya zaman sekarang, memang banyak betul rancangan nyanyian. yang paling banyak ialah Dato' Siti Nurhaliza. Bukak TV1, Siti. Bukak TV3, Siti. Bukak Astro Ria pun Siti jugak?

Habis Siti, ada pulak Fenomena Faizal Tahir, Akustika Raya dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, semuanya mesti ada segmen nyanyian. Walaupun kadang-kadang, lagu yang dinyanyikan oleh artis tu bukan lagu raya pun tak pe, janji segmen nyanyian, memang boleh saja.

Rasukan Ablasa. Seramlah sangat.
Credit: Ohbulan.com
Raya dulu, orang suka tengok magic tahyul David Copperfield. Raya sekarang, orang masih menonton cerita-cerita tahyul tapi tengok filem Melayu seram yang tak seram langsung yang disiarkan pada hari raya. Habis filem hantu Melayu, filem hantu Indon pulak.

Aku sendiri tak berapa faham kenapa perlu ditayangkan filem-filem hantu pada hari Raya. Mungkin untuk memberikan moral support kepada hantu dan syaitan yang kena kurung dalam neraka selama sebulan Ramadhan. Kira macam kasi peluang Syaitan beramah mesra balik bersama para manusia di depan TV kot.

Satu lagi jenis rancangan yang selalu disiarkan di kaca TV, Astro terutamanya, ialah rancangan yang dijayakan oleh artis realiti TV hasil ciptaan Astro.

Para-para peserta Akademi Fantasia di berikan peluang untuk menjadi pelakon (walaupun objektif AF lebih kepada menghasilkan penyanyi), belakon dalam drama Raya. Penonton akan disajikan dengan drama Raya yang kononya bergenre komedi tetapi tak kelakar berserta lakonan serba kayu dari artis-artis realiti tersebut. Aku rasa, lebih baik tengok sarkas dari tengok lakonan mereka sebab lokanan mereka pun lebih kurang sarkas jugak.

Ok. Ini sahaja buat masa sekarang. Nanti kalau ada apa-apa terpetik dalam kepala aku, aku tulis lagi.

Wednesday, September 8, 2010

Aku, Hari Raya dan SMS

SMS 1

Aku ingat tahun ni, aku malas nak hantar SMS Hari Raya, kecuali pada kawan-kawan yang rapat sahaja.

Dari 400 nombor yang ada dalam hand phone aku yang aku hantar, tak sampai 10% yang balas balik.

Jadi, tahun ini aku menjalankan polisi "Siapa SMS pada aku, baru aku SMS pada dia."

Lagipun kawan-kawan aku yang lain dah berkerjaya. Jadi, kawan-kawan yang berkerjayalah yang hantar SMS pada aku. Tak gitu?


SMS 2

Bila aku hantar SMS Hari Raya, aku akan taip dengan ejaan penuh. Tak gunakan short form. Baru nampak rasmi. Lagipun, semenjak kebelakangan ni, aku memang jarang taip pendek walaupun dalam SMS. Ada beberapa perkataan yang biasanya aku tulis dalam bentuk short form. Mungkin sebab dah terbiasa.

"Saya Amirul Idham dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan atas sehala kesilapan zahir dan batin. Semoga berbahagia bersama keluarga tersayang di pagi raya."

Lebih kurang macam tu lah SMS raya aku tahun lepas (atau mungkin beberapa tahun yang lepas). Aku hantar kepada kawan-kawan. Aku tak sedar secara kebetulan aku terhantar pada sepupu aku.

Sepupu aku perempuan. Masih bersekolah. Dengan kata lain, masih bawah umur. Dengan pantas dia membalas kembali SMS raya aku.

"AmBoi. AyaT abg Am x bLeh blAh tu. Ayat sKemA abis niew. Dh mcm peRdaNa menTeri gitew. mmg saluTe abis niew."

Ini yang aku tak tahan kalau budak bawah umur balas SMS. Mesti guna ayat pelik-pelik (itew, gitew) dan ejaan huruf besar kelam kabut di mana huruf besar boleh terpacul pada tengah-tengah perkataan.

Nasib baiklah aku ni abang sepupu yang penyayang. Aku memahami perangai sepupu aku. Nasib baik aku sudah bersedia dengan situasi begini.

Aku balas:

"Sowey. Abang Am tak paham bahasa itew. Abang Am bukannya budak skowlah atau budak indie macam Atul gitew."


SMS 3

Setelah aku hantar SMS Raya yang panjang berjela aku taip macam di atas, masa untuk menunggu kawan-kawan membalas SMS aku.

Macam aku katakan. Kadang-kadang, tak sampai 10% yang balas balik SMS aku. Ada pulak yang balas SMS aku dengan agak ala-kadar.

Ada yang balas balik dengan pantun, tapi macam pantun yang digubah oleh budak-budak Darjah 1.

"Burung Merak, Burung Gagak,
Selamat Hari Raya Jugak."

Atau ada yang balas dengan ayat di bawah:

"Selamat Hari Raya jugak."

"Ok. Sama la, bro."

Atau ada yang lebih bangsat balas SMS raya aku dengan ayat:

"Thanks!"

"Ok."

Punyalah panjang aku taip, dia balas balik satu perkataan. Jadi, dah nampak kenapa aku malas nak hantar SMS Raya tahun ini?


SMS 4

1 Ramadhan, kawan aku hantar SMS yang berbunyi begini:

"Aku nak membudayakan balik kad raya tahun ni. So, bagi aku alamat kau."

Bagus juga idea kawan aku. Sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk menghidupkan kembali kad raya yang kian pupus. Aku terus taip alamat aku dah hantar kepada dia.

26 Ramadhan, aku hantar SMS kepada kawan aku:

"Mana kad raya aku? Tak dapat-dapat pun? Kau dah hantar ke belum?"

Kawan aku membalas:

"Malaslah aku nak hantar. Nanti kau tunggu je lah SMS Raya aku."

Akhirnya, impian untuk mendapat kad raya dari kawan musnah sama sekali. Nasib baik pak cik aku hantar kad raya pada aku. Merasa jugak kad raya kan?

Moral of the story: Niat yang baik tidak akan menjadi tanpa usaha dan kekuatan hati.


SMS 5

Kawan aku SMS aku, minta SMS raya dari aku:

"Bro, ada message raya yang best-best tak? Foward kat aku."

Aku pun foward SMS Raya pada kawan aku. Tak lama kemudian, kawan aku membalas kembali SMS.

"Banyaklah kau! Ni bukan SMS raya. Bagi yang lain."

Mana tak mengamuk kawan aku. Aku bagi SMS:

"Jingle bells, jingle bells
Jingle all the way
Oh, what fun it is to ride
In a one horse open sleigh"

Nasib baik aku tak buat lawak SMS tahun ni. Kalau tidak, mesti aku dituduh salah seorang yang berkomplot buat Iklan Raya TV3 yang ala-ala krismas tu. Jangan-jangan ada pulak yang tuduh aku ejen Illuminati dan Freemason. Lulz!!!

==========

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Warmness On The Soul. Semoga Aidilfitri ini memberikan sinaran kebahagiaan kepada anda semua.

Monday, September 6, 2010

Sejarah Malaysia yang kita jarang dengar Part 3

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Aku ingin memetik beberapa kisah bersejarah di Malaysia yang kita jarang dengar, kita tak ambil tahu sebab menganggap peristiwa ini "kecik dan kurang penting" atau tak tertulis dalam buku teks KBSM di sekolah-sekolah Malaysia.

Suatu masa dulu, idea sosialisme bukanlah asing sangat pada rakyat macam zaman sekarang. Para-para pemikir sosialis pernah membuat satu front gabungan dua parti sosialis terbesar di Malaya ketika itu, Parti Rakyat Malaya dengan Parti Buruh Malaya.

Samada kamu menyokong atau membangkang idea sosialis, kamu pro kerajaan atau pro pembangkang, anggap saja entri ini sebagai satu pengajaran sejarah kepada kamu. Apa yang aku ceritakan adalah untuk melihat kembali sejarah salah satu parti politik yang besar dalam sejarah politik di Malaysia.

Barisan Sosialis/ Socialist Front 1957-1966


Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 Ogos 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia pada era 1950-an sehingga 1960-an.

Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Ditubuhkan: 11 November 1955
Bapak aku panggil Parti Kepala Lembu
Parti Buruh Malaya
Ditubuhkan: Jun 1956
Dibubarkan: 1969
Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya parti yang ketiga terbesar di Parlimen Malaysia selepas Perikatan (nama lama Barisan Nasional - BN) dan Parti Islam Se-Malaya (PAS).

Lambang Parti Perikatan
Lawa jugak lambang BN yang lama ni
Semasa rancangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, untuk mengembangkan Tanah Melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar iatu Malaysia pada 1961, beliau cuba menjalankan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di Parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan Parti Negara, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) dan Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri Perikatan.

Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di Pulau Pinang, di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan George Town selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di Pulau Pinang dan Melaka serta juga majlis tempatan di Seremban dan Serdang. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu.

Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat Parti Buruh Malaya telah memenangi kerusi majlis tempatan Sungai Pinang pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk perjuangan mewujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.

SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), Abdul Aziz Ishak, membawa parti barunya Parti Perhimpunan Kebangsaan atau National Convention Party (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.

Oleh kerana pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan Perikatan telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak berhaluan kiri SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO.

Pada 1963, sejurus selepas peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. SF dilihat sebagai pro-Indonesia dan semua pemimpin Barisan Sosialis telah diberkas. 

Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM), Abdul Aziz Ishak (presiden PPK) serta Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Rapat umum dan demonstrasi besar-besaran telah diadakan pada 13 Februari 1965 di Kuala Lumpur sempena ulang tahun kedua penahanan Ahmad Boestamam dan lain-lain untuk menentang penangkapan beramai-ramai aktivis dan pemimpin SF di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tuduhan penglibatan kegiatan "subversif". 

Akibatnya pada Pilihan raya umum Malaysia 1964, SF hanya dapat memenangi 2 kerusi. Pembatalan pilihan raya kerajaan tempatan 1965 selepas pengisytiharan Darurat pada 1964 akibat Konfrontasi terus memberi kesan dan melemahkan pengaruh SF.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969, Barisan Sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 telah roboh berikutan pertikaian antara Parti Rakyat Malaya (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan PRM bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri. PRM gagal memenangi satu pun kerusi yang dipertandingkan.

Barisan Sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969.

Selepas berakhirnya Socialist Front

Parti Buruh Malaysia akhirnya dibubarkan pada tahun 1969 setelah pembubaran SF.

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. 

Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Parti Sosialis Malaysia
Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaubagaimanapun, hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. 

Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan penggabungan PRM  kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. 

Ini menyebabkan bekas pemimpin PRM yang telah bergabung dengan PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen Subang R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat Dr. Sanusi Othman (bekas setiausaha agung PRM) dan Tian Chua memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan pembubaran PRM tidak sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti serta pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana telah meninggalkan parti. 

Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Sunday, September 5, 2010

Sejarah Malaysia yang kita jarang dengar Part 2

Siri entri sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September setiap tahun.

Aku ingin memetik beberapa kisah bersejarah di Malaysia yang kita jarang dengar, kita tak ambil tahu sebab menganggap peristiwa ini "kecik dan kurang penting" atau tak tertulis dalam buku teks KBSM di sekolah-sekolah Malaysia.

Aku memang tak tahu dengan kewujudan tempat yang bernama Jementah ni, sampailah aku duduk menyewa di situ semasa aku belajar di UiTM Segamat.

Pensyarah aku pernah kata yang Jementah antara tempat bersejarah dekat Johor. Menurut pensyarah aku, Jementah adalah tempat pertama di Johor yang berlakunya perang saudara.

Mula-mula, aku macam tak ambil "port" dengang pensyarah aku sebab dia pernah buat lawak April Fool dalam kelas. Aku pernah buat carian dalam alam maya tapi tak dapat banyak maklumat.

Tapi hari ini, aku dapat banyak maklumat tentang Jementah.

Perang Saudara Jementah/ Perang Jementah/ Jementah Civil War

Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
  • Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
  • Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
  • Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar.
  • Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
  • Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit Johor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.

Perang Jementah meletus pada 25 Oktober 1879 disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.

Perlantikan melalui wasiat telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald A Anson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal.

Panglima yang terlibat

Diantara Panglima-panglima yang handal itu ialah Panglima Besar Layot, Panglima Besar Salim, Panglima Besar Kadir, Panglima Besar Tok Siban, Panglima Besar Sancu, Raja Berambut Panjang, Wan Daud dan Wan Abas.

Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.

Bermulanya perang

Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.

Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi (sekarang Jementah masih ada dusun buah. Sawah padi macam dah tak wujud).

Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.

Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temenggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.

Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan (tak jauh dari rumah sewa aku) ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. 

Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.

Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Snider-Enfield dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.

  • Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.
  • Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.
  • Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.
  • Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat.


Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.

Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok dedap.

Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling Dusun Dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.

Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya 40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.

Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Taktik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.

Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.

Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh (inilah agaknya sebab utama Jementah banyak jalan pintas/ jalan dalam. Kawan-kawan aku biasa guna jalan dalam untuk mengelak road block).

Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.

Kebetulan pada malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.

Pihak musuh yang mulai\ panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.

Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.

Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.

Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.

Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.

Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.

Di Segamat, tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. 

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pogoh, Kampung Alai, Kampung Lubuk Batu, Kampung Paya Dalam, Kampung Ulu Gemereh, Kampung Batu Badak, Kawasan berhampiran Danau Lanjut, Kawasan berhampiran Danau Kongkong, Kawasan berhampiran Tebing Tinggi dan Kampung Tenang.

Mengikut Pak Osop lagi, di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng

Seriously, aku tak pernah nampak peninggalan perang sepanjang setahun setengah tinggal di Jementah. Cendol, jom pergi Segamat lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...