Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 30, 2012

Evolusi Penyanyi Wanita

Sesiapa yang sebaya (atau tua sikit. Atau muda sikit) dengan aku mesti masih ingat lagi penampilan pertama Britney Spears di arena hiburan.

Single pertama Britney, ...Baby One More Time, yang membuat debut pada 30 September 1998 (aku baru tingkatan 2) telah berjaya mencuri perhatian ramai, lagi-lagi dengan video klipnya yang bertemakan sekolah. Pedophile alert! Lagu ini berjaya menduduki tangga pertama Carta Billboard dan carta lagu lain di seluruh dunia.


Britney kemudian me-release-kan beberapa single lain seperti Sometimes, (You Drive Me) Crazy dan  Born To Make You Happy. Semua single Britney meletup dipasaran mainstream dan dalam sekelip mata menjadi pujaan peminat diseluruh dunia. Britney tampil dengan imej perempuan baik ataupun dengan gelaran goody good girl ketika ini.

Britney Spears kemudiannya melancarkan album keduanya pada Mei 2000 dan masih mengekalkan imej goody good girl-nya. Single Oops..! I Did It Again, Lucky dan Stronger menjadi antara lagu sandaran Britney Spears.

Kemudian, Britney Spears membuat satu kejutan. Britney muncul dengan video klip yang agak seksi dan lebih berani, Don't Let Me Be The Last To Know, yang menampilkan Britney dalam pakaian yang seksi dan dipenuhi scene bercium dan aksi mengghairahkan bersama model dalam video klip tersebut. Video ini menimbulkan kontroversi kerana kebanyakan pihak terkejut Britney yang selama ini menonjolkan imej goody good girl boleh merakam video klip sebegini.


Dan video klip ini menjadi katalis buat Britney untuk menonjol dengan imej lebih seksi dan membuang unsur-unsur goody good girl dalam dirinya. Britney mula berani merakamkan video klip yang lebih seksi seperti I'm a Slave 4 U, Toxic, Everytime, Gimme More dan banyak lagi.

Bukan dalam video klip sahaja, malahan Britney juga mula mengubah cara dia berpakaian menjadi lebih seksi dan mula terjebak dengan kehidupan berparti dan yamseng sampai mabuk sehingga membuatkan beliau karier beliau hampir berkubur. Itulah serba ringkas sejarah hidup Britney Spears, dari perwatakan goody good girl menjadi perwatakan sexy bitch.

Sama juga sepeti Christina Aguilera. Bermula dengan imej goody good girl dengan video Genie in a Bottle sebelum menukar kepada imej lebih seksi dalam video Dirty.



Dan sekarang giliran Rihanna pula mula berubah imej. Dari imej bersih dalam video klip Pon de Replay sehinggalah dia berubah imej menjadi seksi dalam video klip Umbrella. Lagu Umbrella dipetik dari album ketiga beliau, Good Girl Gone Bad. Mungkin tajuk album itu sudah pun menunjukkan hint yang dia bakal berubah imej.

Miley Cyrus juga cuba mengubah imej dari goody good girl kepada sexy bitch, tapi nampaknya kurang menjadi. Mungkin beliau masih terlampau muda ketika dia mengubah imejnya (18 tahun) dan mungkin juga lagunya yang gagal menjadi hit di corong radio.

Jadi persoalannya, adakah penyanyi perempuan perlu berubah dari imej goody good girl kepada sexy bitch untuk bertahan lama dalam industri?

Ataupun mereka mengubah imej mereka kerana mereka rasa mereka sudah dewasa dan boleh melakukan apa sahaja dan tak mahu dikongkong dengan imej perempuan baik supaya boleh berparti sakan tanpa rasa bersalah?

Ataupun mereka sudah bosan melayani peminat remaja mereka dan mahu mengsasarkan muzik mereka kepada peminat yang lebih dewasa?

Sekarang, tinggal Taylor Swift dan Selena Gomez yang masih mengekalkan imej goody good girl (tetapi Selena Gomez sudah mula terlibat dalam beberapa photoshoot sexy). Adakah mereka berdua akan bertahan atau mengikut jejak mereka yang lain?

Friday, January 27, 2012

Lubang Hitam


Mungkin mamat ni terlupa satu benda. Walaupun dia mungkin boleh mencuri semua duit dalam peti besi itu, tapi berkemungkinan juga dia akan ditangkap kerana mustahil dalam office tersebut langsung tiada CCTV kan?

Mungkin dia terlupa semua itu kerana teruja selepas berjaya mencuri coklat Snickers dari vending machine tersebut.

Kalaulah benda ini betul-betul terjadi kepada kamu, apa yang kamu akan lakukan? Adakah kamu akan simpan lubang hitam ini untuk kegunaan akan datang? Adakah kamu buang lubang hitam ini kerana khuatir ia akan memberikan impak yang tidak baik kepada kehidupan manusia? Atau kamu akan jualnya di E-Bay atau lelong.com?

Wednesday, January 25, 2012

Kita dan Politik


Bagi aku, video ini menerangkan kenapa kebanyakan rakyat Malaysia kini "Don't give a fuck" dengan scene politik di Malaysia.

Bila kamu jumpa orang yang dah malas nak ambil tahu pasal politik Malaysia, mereka bukannya jenis lalang, bukannya jenis nak ambil tahu hal hiburan tapi tak nak menjenguk hal politik, cuma kebanyakannya sudah letih dengan politik di Malaysia.

Dua-dua pihak asyik bertelagah. Tak pernah nak senyap sekejap. Kedua-dua belah puak asyik nak mencari kelemahan lawan. Asyik nak memaki lawan. Asyik nak memfitnah lawan. Bukannya nak berusaha membantu rakyat.

Sepatutnya tugas pemerintah, tak kiralah kerajaan atau pembangkang, adalah meletakkan keutamaan kepada rakyat. Bukan meracuni akal rakyat supaya dijadikan boneka untuk semata-mata mengundi mereka semasa pilihan raya nanti.

Sampai satu tahap, politik Malaysia bakal menjadi bahan jenaka rakyat. Bukan setakat rakyat Malaysia sahaja, tapi juga di mata dunia.

Friday, January 20, 2012

Movie Marathon: Contraband & Underworld: Awakening

Berlalu sudah 2011, kini tiba pula 2012. Tahun 2012 aku tetap meneruskan hobi aku dengan menjalankan aktiviti movie marathon.

Untuk sessi movie marathon pertama dalam tahun 2012, aku memilih untuk menonton Contraband dan Underworld: Awakening.


Contraband


Kalau diterjemahkan tajuk filem ini dalam bahasa kebangsaan, kita sudah tahu yang filem ini bertemakan penyeludupan.

Contraband mengisahkan tentang Chris Farraday (Mark Wahlberg), seorang penyeludup hebat tak ingat, telah bersara selepas beliau berkeluarga dan ayahnya dipenjarakan atas kesalahan menyeludup. Chris telah berkahwin dengan isterinya, Kate Farraday (Kate Beckinsale), dikurniakan 2 cahaya mata. Chris telah menjalankan perniagaan memasang penggera keselamatan, agak ironi disitu.

Chris yang sudah insaf terpaksa menjalankan penyeludupan sekali lagi apabila adik iparnya, Andy (Caleb Landry Jones), telah membuat taik apabila gagal menyeludup dadah dengan selamat. Boss Andy, Tim Briggs (Giovanni Ribisi), tealh memukul Andy dan menyuruh beliau membayar ganti rugi dan jika tidak, keluarga Andy akan turut terjebak.

Oleh kerana jumlah yang dituntut oleh Tim terlampau mahal, Chris tidak punya pilihan selain terpaksa menyeludup duit palsu dari Panama. Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh Chris ketika ingin menyeludup duit palsu ini sehinggakan dia terpaksa melibatkan diri dalam satu rompakan di Panama City. Malahan, dia terpaksa menyeludup benda lain bersama dengan duit palsu tersebut untuk memastikan keluarganya selamat.

Malahan, semasa Chris berada di atas kapal dan di Panama City, Tim berulang kali datang dan mengganggu isteri Chris yang berada di rumah sehinggakan Tim mencederakan isterinya.

Dapatkah Chris menyeludup duit palsu tersebut dengan selamat? Adakah dia berjaya menyelamatkan keluarganya dari gangguan Tim Briggs? Adakah aku kacak orangnya? Eh?


Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Filem ini bertemakan penyeludupan. Bila penyeludupan, ia akan melibatkan rancangan yang teliti dan kelicikan diluar dugaan. Aku suka filem yang bertemakan seperti ini.

2. Filem ini bukanlah filem action 100% (Kalau dari segi penilaian Putin, bukanlah filem action 140%) kerana ia lebih menitikberatkan kelicikan penyeludupan. Malahan, hero cerita ini tidak terlibat banyak dalam scene pergaduhan dan tembak menembak dalam filem ini.

3. Ada banyak rintangan yang berlaku ketika penyeludupan dijalankan menyebabkan hero dan kawan-kawannya terpaksa improvise rancangan mereka dan melibatkan ke jalan cerita yang lain.


Apa yang aku kurang suka dengan filem ini:

1. Ada beberapa bahagian plot dalam cerita ini agak berjalan dengan agak perlahan.


Pengajaran dari filem ini:

1. Sekali anda sudah terjebak dengan dunia jenayah, pasti sukar untuk lari begitu sahaja walaupun anda sudah cuci tangan dah bertaubat nasuha. Pasti akan datang satu masa yang akan menyebabkan anda kembali terjebak kembali dalam dunia jenayah.

2. Janagn percayakan kawan yang alcoholic ataupun masih dalam tempoh rehab dari ketagihan tersebut.

3. Family is everything. Walau apa pun yang terjadi, seorang suami pasti akan melakukan apa sahaja untuk isteri dan anak-anak.


Bagi aku, filem ini agak bagus. Tapi seperti yang aku ingatkan, jangan harapkan filem ini penuh dengan aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk sepanjang masa kerana ia lebih berteraskan kepada skill meneyeludup dan kelicikan hero melepaskan diri dan penjenayah dan kastam.


Underworld: Awakening


Jika dalam Contraband, Kate Beckinsale adalah seroang isteri yang berambut blonde dan tak mampu melindungi dirinya dan mengharapkan perlindungan dari suaminya.

Berlainan dengan wataknya dalam Underworld: Awakening, Kate Beckinsale adalah seorang wanita berambut hitam yang mampu membunuh siapa sahaja yang menjadi penghalangnya. Dia tidak perlukan perlindungan dari siapa-siapa, tetapi orang yang meminta perlindungan dari dia.

Underworld: Awakening merupakan franchise ke-4 dalam siri filem Underworld selepas filem pertamanya, Underworld yang ditayangkan pada tahun 2003, Underworld: Evolution (2006) dan Underworld: Rise of The Lycans (2009).

Kate Beckinsale kembali memegang watak Selene, selepas watak beliau tiada dalam filem ketiga (Underworld: Rise of The Lycans) kerana filem tersebut merupakan prequel kepada dua siri filem sebelum ini.

Filem ini merupakan sambungan kepada Underworld: Evolution. Kebiasaannya, filem ini akan melibatkan pertempuran antara kaum vampire dan werewolf. Tetapi kali ini, ia juga melibatkan manusia.

Manusia telah dijangkiti dengan wabak vampire dan werewolf, dimana manusia mula berubah rupa dan boleh berubah menjadi vampire dan werewolf. Satu pasukan telah ditubuhkan untuk menjalankan pembasmian dimana mereka membunuh semua manusia yang telah dijangkiti dengan wabak tersebut kerana tiada vaksin yang mampu mengembalikan mereka menjadi manusia normal.

Ini meneybabkan kaum manusia juga membunuh puak vampire dan werewolf (Lycans) menyebakan mereka semua terpaksa menyorok dari menjadi mangsa pembasmian manusia.

Selene (Kate Backinsale) dan Michael Corvin (Scott Speedman) cuba melarikan diri dar pembasmian. Mereka telah ditangkap tetapi tidak dibunuh sebaliknya mereka manjadi bahan ujikaji oleh kaum manusia yang diketuai oleh Doktor Jacob Lane (Stephen Rea).

Selene dan Corvin telah dibekukan di dalam makmal tetapi akhirnya ada seseorang yang telah membantu Selene melepaskan diri. Selene pun melarikan diri dari makmal tersebut dan baru Selene sedar yang dia sudah dibekukan selama 12 tahun.

Selene kemudiannya bertemu dengan David (Theo James) salah seorang dari suku vampire yang kini menyembunyikan diri kerana takut terbunuh dalam pembasmian yang dilakukan oleh kaum manusia. Selene kemudian berjuang untuk mempertahankan suku vampire tersebut sambil mencari kembali kemana hilangnya Michael Corvin.




Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Kembalinya Kate Beckinsale dalam filem Underworld. Filem ini hilang seri tanpa kemunculan beliau dalam Underworld: Rise of The Lycans.

2. Aksi dalam filem ini semakin ganas dan keras. Ini barulah pertempuran antara vampire dan werewolves. Bukan macam filem Twilight tu. Pppfftt...

3. Penglibatan manusia lebih mendalam berbanding filem-filem sebelum ini dan ini boleh menimbulkan satu konflik dan jalan cerita yang baru dan segar.


Apa yang aku kurang gemar dengan filem ini:

1. Filem ini lebih pendek dari filem filem sebelum ini. Filem ini hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit. Berbanding Underworld (2 jam) dan Underworld: Evolution (1 jam 46 minit). Kalau panjang lagi, mungkin lebih menarik.


Aksi mantap dan ganas menjadi intipati utama filem ini. Lakonan Kate Beckinsale sebagai wanita hebat yang mampu membunuh dengan ganas masih mantap seperti dahulu. Filem ini patut menjadi filem mesti tonton buat peminat siri vampire vs werewolves yang sejati. Bukan macam filem yang satu lagi tu.

Pada penghujung cerita, ada hint yang menunjukkan akan ada sequel untuk filem ini.

==========

Sampai disini sahaj buat masa sekarang. Jumpa lagi dalam sessi movie marathon yang akan datang.

Wednesday, January 18, 2012

Review Buku: Pompang Pompang


Untuk sessi review buku kali ini, aku akan mereview sebuah blook, entri di blog yang dibukukan (blog + book) hasil nukilan Jarr Nadjmuddean, yang bertajuk Pompang Pompang.

Buku ini berdasarkan beberapa entri yang pernah diterbitkan di blog peribadi beliau. Kiranya buku ini adalah koleksi entri beliau tak terhebatlah. Macam album kompilasi yang artis buat bila album mereka makin lama makin tak laku dan cara menarik peminat membeli kembali album mereka adalah dengan membuat album kompilasi lagu-lagu mereka yang terhebat namun akhirnya anak muda hanya mendownload album tersebut melalaui internet.

Celaka panjang apa jadah yang aku bebelkan ni?

Namun begitu, kompilasi entri ini bukan bermakna yang blog beliau sudah kekurangan pembaca. Tidak sama sekali. Malahan, pembaca blog beliau adalah 4-5 kali ganda lagi banyak dari blog aku ini.


Apa ada dengan Pompang Pompang?

Pompang Pompang adalah himpunan entri terbaik dari blog peribadi Jarr Nadjmuddean. Terdapat pelbagai jenis aneka dan genre cerita dalam blook Pompang Pompang ini.

Ada kisah benar penulis seperti kisah beliau menipu ketika puasa, main mercun buatan sendiri dan kisah kehidupan penulis di kampung bersama atok beliau.

Ada juga kisah fiksyen. Kisah cinta antara seorang pembantu makmal dan seorang cikgu sains. Kisah seram iaitu kisah kain dalam Mak Temah, kisah delima seorang penjual nasi lemak iaitu kak Sabariah Nasi Lemak RM 2.80 dan kisah Basiron.

Pendek kata, buku ini agak variety genrenya. Membaca blook Pompang Pompang yang bervariasi genre ini bagaikan menonton filem Ragam P. Ramlee, ada segmen muzikal, ada segmen drama komedi (Mintak Nombor) dan ada segmen drama serius (Damaq).


Bahasa/Penulisan

Jarr Nadjmuddean menggunakan campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (ada sikit-sikit) dalam blook ini. Bahasa Malaysia yang digunakan bukanlah Bahasa Malaysia Skema, tapi bahasa pasar seperti percakapan harian kita untuk menjadikan ia lebih realistik, dicampur dengan bahasa carutan yang menjadikan ia lebih menarik. Ada bahasa carutan, barulah feel nak baca kan?

Tidak ketinggalan, penulis juga menulis menggunakan bahasa loghat Terengganu, terutamanya entri kisah kehidupan beliau ketika masih kecil, belum mumuaiz dan tidak mengetahui apa erti inzal. Eh?

Loghat Terengganu yang digunakan adalah loghat yang ringkas dan mudah difahami oleh bukan orang Terengganu. Jadi jangan jadikan ini alasan untuk anda tidak membeli dan membaca buku ini (Chewah! Kemain lagi bodeknya).


Penerbitan

Buku ini merupakan terbitan Lejen Press. Lejen Press merupakan syarikat penerbitan buku indie yang semakin melonjak naik dalam arena dan bidang penerbitan di Malaysia ini.

Aku pernah mengkritik cara penerbitan Lejen Press sebelum ini, dan nampaknya kritikan aku telah membuatkan Lejen Press berjaya memperbaiki kesilapan ketara mereka dan berjaya menerbitkan buku ini dengan lebih kemas (Macamlah ada wakil dari Lejen Press yang baca entri aku yang sebelum ini tu).

Susunan buku ini agak kemas berbanding novel Awek Chuck Taylor, menampakkan kesungguhan pihak Lejen Press untuk lebih serius dalam bidang pencetakan.


Adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

Jika anda merupakan peminat hardcore blog milik Jarr Najdmuddean atau memang sudah lama stalk mamat ni tapi tak dapat masuk jarum kerana penulis sudah pun berumah tangga dan sudah pun dikurniakan dengan seorang cahaya mata, maka anda wajib memiliki buku ini.

Kalau anda benci dengan jarr Nadjmuddean, ada pun patut beli buku ini dan kemudian buat upacara bakar buku ini beramai-ramai bersama haters yang lain. Hahahaha!!! Tapi seriuslah, ada ke orang benci dengan brader Jarr Nadjuddean yang cool ni kan? (membodek supaya dapat free kalau beliau terbitkan buku ke-2 beliau nanti).

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah merujuk kepada website Lejen Press ataupun fan page Lejen Press dan fan page Pompang Pompang.

Oh ya. Aku dengar cerita kisah Cinta Penunu Bunsen (kisah percintaan antara pembantu makmal dan guru sains) bakal dibukukan. Kita tunggu tak lama lagi...

Monday, January 16, 2012

Lelaki dan Poligami

Baru-baru ini, ada seorang rakan sekerja aku, seorang perempuan, menceritakan hal peribadinya. Tentang hal perkahwinan dan rumah tangganya.

Sebenarnya dia bukan meluahkan pada aku. Dia meluahkan perasaan kepada orang lain, tetapi kerana ruang pejabat aku yang kecil dan terbuka menyebabkan aku dan yang lain-lain turut mendengar kisah rakan sekerja aku ini.

Kisahnya, suami rakan sekerja aku ini mula mengabaikannya semenjak 3-4 bulan kebelakangan ini. Dan bertegur sapa, tak bertanya khabar dan langsung tak menyentuh kawan aku ini. Setelah sekian lama, barulah tembelang si suami pecah. Rupanya, suaminya punya kekasih lain dan akan memperisterikan perempuan tersebut dalam masa terdekat.

Dengan kata lain, rakan sekerja aku ini bakal dimadukan. Suaminya bakal berpoligami.

Ini bukan kali pertama aku mendengar hal ini. Sudah banyak kali. Tapi tak melibatkan rakan sebaya akulah. Kebanyakan berlaku kepada mak ayah merekalah.

Berbalik kepada kes rakan sekerja aku, aku rasa tindakan si suami adalah salah sama sekali. Kalau kau nak bermadu, kau layanlah isteri kau dengan elok. Lepas tu, cakap dengan isteri kau elok-elok yang kau nak bermadu.

Ini belum bermadu lagi, kau dah tinggalkan isteri kau. Kau dah layan buruk isteri kau. Belum bermadu lagi, kau sudah timbulkan perasaan benci isteri kau pada kau dan madu kau. Belum bermadu lagi, kau sudah timbulkan perasaan benci anak-anak kau pada kau dan madu kau. 

Cukup bercerita tentang kawan sekerja aku itu. Sekarang kita fokuskan kisah poligami secara umum.

Kenapa Nabi Muhammad S.A.W. berpoligami? Sebab utama Nabi Muhammad S.A.W. berpoligami adalah kerana ingin membantu wanita-wanita yang kehilangan suaminya dalam peperangan.

Kenapa lelaki sekarang berpoligami? Kerana kebanyakannya gatal pelir.

Kebanyakan yang berpoligami sekarang sebab masing-masing pantang nampak perempuan muda lawa sikit. Sebenarnya tak salah pun kalau kau nak berpoligami dan kau kahwin dengan perempuan muda, tak salah pun dari segi hukum agama. Cuma yang salahnya bila kau mula mengabaikan tanggungjawab kau kepada keluarga isteri pertama kau.

Kebanyakan lelaki yang kahwin lebih cenderung untuk memilih perempuan yang muda. Bukan. Lebih muda. Bukan. Jauh lebih muda. Kadang-kadang, umur perempuan pilihan tersebut dah sebaya atau lebih muda dari umur anak mereka sendiri.

Perempuan ni pulak, bila sudah dapat suami yang sebaya dengan bapak mereka, dia punya mengada-ngada memang macam anak dengan ayahlah. Mintak itu, mintak ini. Hasut suami abaikan isteri yang pertama. Yang suami pulak, senang saja ikut kata bini kedua.

Bila perkara-perkara macam ini terjadi, yang menderita bukan setakat isteri pertama, tapi anak-anak juga menjadi mangsa. Duit belanja anak memang tak dibagi lagi, anak-anak menderita. Pergi sekolah dengan poket kosong. Tengok kawan-kawan makan, tapi nak makan tak mampu.

Inilah delima yang melanda isteri pertama dan anak-anak. Mereka akan terbiar oleh suami mereka.

Memang tak semua macam tu. Ada juga yang menjaga semua isteri dengan anak-anak dengan baik. Tapi jenis laki yang bila dah dapat bini muda, bini tua ditinggal-tinggalkan ini yang merosakan institusi perkahwinan dan poligami.

kebanyakan kawan-kawan aku yang ayahnya berpoligami mengalami masalah yang aku tulis di atas. Kadang-kadang ada sesetengah lelaki yang tak sedar diri. Isteri pertama pun tak tertanggung, boleh pulak gatal pelir kahwin satu lagi.

Kesimpulannya, kalau kau betul-betul kaya, mampu tanggung semua isteri dan anak-anak kau dan mampu berlaku adil, barulah kau boleh pasang angan-angan nak berpoligami. Kalau duit makan pun cukup makan untuk makan nasi sama kicap, lupakan sajalah.

Berlaku adil... Itulah masalah lelaki yang berpoligami ini. Mungkin kau ada duit berlambak-lambak untuk tujuh keturunan kau yang mampu tanggung semua isteri dan anak-anak kau. Tapi nak berlaku adil inilah yang biasanya sukar dilakukan oleh para suami yang berpoligami.

OK. Cukuplah disini. Nak cerita banyak-banyak pun, aku belum kahwin. Cuma ada beberapa benda yang aku nak nasihatkan pada suami yang kemaruk sangat nak berpoligami ini:

(1) Pastikan kamu berkemampuan dari segi kewangan untuk menanggung semua isteri dan anak-anak kau. Kalau setakat duit ngam-ngam, tak payah bermimpi.

(2) Dan pastikan juga kamu berkemampuan dari segi 'nafkah batin'. Malam isnin kena layan isteri pertama. Malam Selasa kena layan isteri kedua. Malam Rabu kena layan isteri ketiga. Malam Khamis kena layan isteri keempat. Lutut tu cukup kuat ke nak melayan semua?

(3) Kalau nak berpoligami, pastikan kamu bagitahu isteri pertama. Jangan kahwin sorok-sorok. Mungkin kau boleh sorok selamanya. Tapi bila kau meninggal dulu, ini akan melibatkan isteri dan anak-anak akan berebut harta pusaka. Lagi-lagi bila kau rahsiakan kewujudan isteri kedua. Mesti isteri pertama kau tak akan percaya cakap-cakap isteri kedua kau. Tak pasal-pasal isteri kedua dan anak-anak melopong tak dapat satu sen pun.

OK. Cukup sampai di sini. Bab-bab nasihat dari segi agama, aku tak berani nak bagi. Aku bukan ahli agamawan. Kalau salah cakap, habis aku kena serang dengan orang. Kalau nak nasihat dari segi agama tentang poligami, sila rujuk kepada yang boleh dipercayai.

Friday, January 13, 2012

Semoga Kamu Berkekalan

Sekitar Mei 2010

Rintihan dan luahan hati seorang kawan. 

"Aku pelik la dengan Jue (awek kawan aku) ni. Masa aku bela rambut panjang, dia kata aku selekeh la. Macam kutu la. Macam penagih la. Tapi bila dia tengok lelaki lain rambut panjang, dia cakap cute la. Smart la. Unik la."

"Bila aku hisap rokok, dia marah habis-habisan. Dia kata dia benci smoker. Tapi bila nampak lelaki lain hisap rokok, dia kata macho la. Nampak ciri-ciri kelakian la. Kenapa eh awek aku ni?"

Aku jawab dengan tenang. Bagaikan seorang pakar cinta. Doctor Love-lah kononnya.

"Ada 2 sebab. First, perempuan memang complicated. Kita orang lelaki memang susah sikit nak pasal pompuan ni. Kadang-kadang apa yang orang pompuan cakap tak sama dengan apa yang dimaksudkan sebenarnya. Tu yang payah sikit. Atau pun......"

"Atau pun apa?"

"Aku rasa si Jue tu sebenarnya dah tak suka kau. Tu kira cara halus nak bagitau kau yang 'saya dah benci tengok muka awak. Sila berambus dari hidup saya.' Faham?"

Dahi kawan gua terus berkerut. Muka macam confuse.


Sekitar Januari 2011

"Betullah kata kau. Jue dah tak suka aku kot. Dulu kalau aku call, kemain lagi dia borak dengan aku. Sampai 2-3 jam. Telinga aku pun dah naik merah. Tapi sekarang ni bila aku call, asyik nak mengelak je. Masuk setengah jam borak, mulalah dia bagi alasan. Penatlah. Mengantuklah..."

"Sabar aje lah. Ramai lagi perempuan kat luar tu. Cari lain aje lah...." Aku bagi ayat penyedapkan hati untuk dia.


Sekitar Ogos 2011

"Raya nanti aku nak pergi Pahang," Kata kawan aku.

"Pahang? Buat apa kau pergi sana?"

"Beraya rumah awek baru aku la.... Hehehe...," Jawab kawan aku dengan senyuman meleret.

"Wah! Kira kau dengan Jue, dah habis la?"

"Habis dah. Lupakan dia. Aku dah ada awek lain. Aku nak bukak buku baru. Lagipun, aku rasa Jue tu ada laki lain lah.."

"Tak pe la.. Kira ok la kau dah ada pengganti."

"Yup. Lagi hot dari Jue. Lu pun mesti cair la tengok awek baru aku."

"Kasi tengok gambar dia sikit."

Kawan aku menunjukkan gambar awek barunya.

"Pegh! Memang hot la!!"

"Hahah.. Kan aku dah kata, lagi hot dari Jue. Memang aku boleh ucap selamat jalan pada Jue la...."


Sekitar Januari 2012

Facebook chat aku tiba-tiba menyala.

"Mirul, aku nak tunang bulan depan," Kawan aku memulakan bicara chat.

"Pegh! Tahniah bro! Dengan siapa?"

"Dengan Jue la. Sape lagi."

"........."

=============

Semoga hubungan kamu berkekelan selepas kahwin nanti. Amin!

Wednesday, January 11, 2012

WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011

Sepatutnya entri ini aku publish pada minggu terakhir bulan Disember 2011. Tapi kerana ada sedikit gangguan teknikal, aku tidak dapat publish entri ini.

Sebenarnya rasa macam dah terlambat dan agak kurang sesuai memandangkan kita sudah pun hampir 2 minggu memasuki tahun 2012. Tapi aku peduli apa. Penat dah aku taip panjang-panjang. Jadi aku akan publish juga.

Sesiapa yang menonton WWE sepanjang tahun 2011, pasti rasa teruja kerana banyak perkara yang terjadi dalam tahun ini. Bermula dengan kepulangan The Rock, The Rock vs Cena diatur untuk Wrestlemania 28, persaraan mengejut Edge, Christian akhirnya menjadi World Heavyweight Champion selepas 17 tahun menunggu, promo shoot dari CM Punk, kembalinya Triple H, kembalinya Kevin Nash, kembalinya Mick Foley, The Rock turun ke gelanggang buat pertama kali selepas 7 tahun di Survivor Series 2011 dan kontrak John Morisson yang tamat tidak disambung.

Sepanjang 2011, aku ada membuat penilaian kepada semua penggusti WWE. Penilaian bukan sahaja dibuat melalui tali pinggang kejuaraan yang dimenangi oleh penggusti, tetapi juga melalui populariti mereka.

Mari kita lihat WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011 hasil dari pandangan aku.

(The Rock, Triple H, Kevin Nash dan Undertaker tidak termasuk dalam penilaian ini kerana mereka bukannya full time wrestler).


WOTS TOP TEN LIST: 10 WWE Superstar Terbaik Sepanjang 2011


10. R-Truth


Bermula sebagai seorang wrestler picisan, WWE memberikan peluang untuk beliau menonjolkan diri dengan mengubah personaliti beliau dari face ke heel.

Malahan, WWE juga memberikan beliau peluang untuk terlibat dalam perlawanan menentang John Cena untuk WWE Championship.

Dari seorang penggusti yang tidak dipedulikan oleh penonton, sehingga menjadi penggusti yang dibenci oleh penonton.

WWE kemudiannya menggabungkan R-Truth dengan the Mizz untuk membentuk pasukan yang mampu menggegarkan WWE. Malangnya, R-Tryth menuang pasir ke dalam periuk nasinya apabila dia terlibat dengan kes menghisap dadah sentetik dan digantung selama sebulan.

Jika dia tidak terlibat dengan kes dadah sintetik ini, adakah dia dan The Mizz bakal mendapat push dan terlibat dalam story line yang lebih menarik?


9. The Miz


Memulakan tahun 2011 selaku penyandang WWE Championship, saham the Miz agak tinggi ketika itu. Malah, The Miz juga terlibat secara tak langsung dalam pertelingkahan antara the Rock dan John Cena.

Selepas tewas kepada John Cena dan kehilangan WWE Championship, The Miz seakan menjadi hilang arah. Gabungan dengan R-Truth tidak bertahan lama setelah R-Truth digantung kerana menggunakan dadah sinteteik.

Walaupun dikatakan bakal terlibat dalam story line bersamam CM Punk, tetapi kepulangan Chris Jericho ke WWE bakal membuatkan The Miz terkeluar dalam perebutan WWE Championship.


8. Sheamus


Tahun 2009/2010 menyaksikan Sheamus memenangi WWE Championship sebanyak 2 kali dan memenangi pertandingan King of The Ring.

Pada tahun 2011, Sheamus hanya mampu memenangi WWE United States Championship. Macam turun pangkat pula.

Tapi bagaimana pun, WWE memberikan kepercayaan kepada Sheamus dan memberikan beliau peluang dengan menukar beliau dari seorang heel kepada seorang face.

Malah, Sheamus telah di berikan push yang menggalakkan oleh WWE sehingga menjadi salah seorang dari The Big 4 (John Cena, CM Punk, Randy Orton dan Sheamus).

Mungkin tahun 2012, kita bakal melihat kebangkitan Sheamus dan merajai WWE.


7. Zack Ryder 


Memulakan tahun 2011 sebagai seorang jobber. Zack Ryder bukanlah penggusti yang dipandang oleh WWE. Membawakan watak yang tidak serius, WWE tidak mengendahkan beliau dan tidak mempunyai niat untuk memberikan push kepada beliau.

Sehinggalah Zack Ryder akhirnya membuat sebuah web-show yang bernama Z! True Long Island Story! Zack Ryder menanyangkan semua episod melalui channel Youtube nya.

Web-show Zack Ryder telah mendapat perhatian peminat dan peminat telah mendesak supaya WWE memberikan peluang kepada Zack Ryder.

Zack Ryder akhirnya diberikan kepercayaan untuk menyandang WWE United States Championship. Kini, beliau berada dalam satu story line yang melibatkan John Cena dan Kane, yang mana akan terus menaikkan populariti beliau.



6. Cody Rhodes


Anak kepada legenda, Dusty Rhodes, dan adik tiri kepada Goldust ini telah diberikan peluang untuk menyerlahkan wataknya dalam tahun 2011.

Bermula dengan pesona 'Dashing' Cody Rhodes, seorang lelaki yang mengutamakan kesempurnaan dan memuja kekacakan dirinya, kemudian menjadi 'Undashing' Cody Rhodes, lelaki yang memakai topeng dan menganggap semua manusia adalah lebih hodoh dari dirinya dan patut menyorokkan muka disebalik beg kertas.

Cody memenangi WWE Intercontinental Championship dan berjanji akan mengembalikan prestij tali pinggang kejuaraan tersebut.

Terlibat dalam pertelingkahan dengan Rey Mysterio dan Randy Orton dan berjaya menonjolkan dirinya. Cody Rhodes mempunyai skill mikrophon yang hebat tetapi dia perlu mempertajamkan skill gustinya jika dia mahu menjadi seorang penggusti handalan.


5. Alberto Del Rio


Aku tak pasti kenapa WWE memberikan perhatian lebih dan memberikan push melampau kepada Alberto Del Rio kerana bagi aku, dia hanyalah seorang average wrestler yang tidak kemana.

Namun begitu, pencapaian beliau sepanjang 2011 tidak boleh dipandang rendah. Beliau telah memenangi Royal Rumble 2011, memenangi Raw Money In the Bank dan 2 kali memenangi WWE Championship.

Jika diikutkan kejayaan beliau memenangi kejuaraan dalam tahun 2011, dia sepatutnya boleh berada ditangga pertama. Tetapi kegagalan beliau mendapatkan perhatian penonton telah menyebabkan beliau hanya mampu berada di tangga ke-5.


4. Mark Henry


Mark Henry membuat debut nya di WWE pada tahun 1996. Sepanjang kariernya, mark Henry hanyalah watak picisan yang tidak dipandang sangat oleh penulis kreatif WWE dan juga para peminat. Sepanjang kariernya, Mark Henry cuma pernah memenangi WWE European Championship dan ECW Championship.

Tetapi segalanya berubah apabila beliau telah di draf ke Smackdown dan menukar pesonanya menjadi heel monster.

Mark Henry diberikan story line yang lebih mempunyai arah tuju dan diberikan peluang untuk memenangi World Heavyweight Championship dengan mengalahkan Randy Orton (secara bersih) dan berjaya mempertahankannya dengan mengalahkan Orton sekali lagi (juga dengan kemenangan bersih).

Mark Henry juga diberikan peluang untuk lebih banyak melakukan promo dan menunjukkan skill mikrofon beliau. Beliau berjaya menonjolkan diri dan berjaya membangkitkan perasaan benci dari penonton.

Sebenarnya, WWE mencadangkan supaya beliau terus memegang gelaran World Heavyweight Championship sehingga ke Wrestlemania 28 kerana persembahan cemerlang oleh beliau. Malangnya, kecederaan menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tali pinggang kejuaraan tersebut.


3. John Cena


Superstar paling kontroversi dalam WWE sekarang. Beliau digelar 'The face of WWE', tetapi kebanyakan peminat WWE membenci beliau dan Cena sering di 'Boooo' oleh penonton. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan terus menghiburkan para penonton di arena. Rise above hate!

Sepanjang 2011, John Cena memenangi 3 kali WWE Championship (walaupun memegang dalam jangka masa yang pendek semasa kemenangan ke-2 dan ke-3) dan sekali WWE Tag Team Championship bersama The Miz.

Banyak kejuaraan yang dimenangi oleh John Cena, tetapi kenapa dia hanya berada di tangga ke-3?

Sebab utama kenapa beliau berada di tangga ke-3 ialah kerana kejatuhan populariti beliau dalam tahun 2011. Semenjak The Rock muncul dan perlawanan antara The Rock dan John Cena telah dipersetujui, semakin banyak peminat yang membenci beliau dan 'Bbbooooo' dari peminat semakin kuat.

Populariti John Cena semakin menjunam setelah CM Punk muncul dengan pesona baru. Kemenangan John Cena yang berjaya menewaskan Alberto Del Rio untuk WWE Championship juga tidak membantu.

Malahan, gimmick superman John Cena semakin lapuk dan ketinggalan zaman. Mungkin gimmick superman ini sesuai digunakan sewaktu tahun 1980'an, sewaktu zaman Hulkamania, tetapi bukan sekarang.

Mungkin John Cena boleh mendaki ke tangga pertama kembali pada tahun 2012 jika dia diberikan dengan gimmick yang baru. Mungkin sudah sampai masanya untuk WWE menukarkan John Cena menjadi seorang heel.


2. Randy Orton


Selepas persaraan Edge, Randy Orton telah didraf ke Smack Down untuk menjadi bintang utama di rancangan tersebut. Randy Orton yang baru selesai bertelagah dengan CM Punk pada awal tahun (termasuk perlawanan di Wrestlemanis 27) memenangi World Heavyweight Championship pada malam pertama beliau berada dirancangan tersebut dengan mengalahkan Christian.

Sepanjang tahun 2011, Randy Orton telah memenangi 2 kali World Heavyweight Championship. Tetapi itu bukanlah sebab utama mengapa beliau berada ditangga kedua.

Sebab utama Randy Orton berada ditangga kedua adalah kerana perubahan watak dalam diri Randy Orton. Orton terkenal dengan sifat besar kepala dalam hal-hal yang berlaku disebalik tabir. Randy Orton menjadi punca pemecatan Mr. Kennedy dari WWE dan juga beberapa kes yang menyebabkan Kofi Kingston tidak mendapat push dari WWE.

Tapi Orton dengan baik hatinya kini telah memberikan ruang untuk 'put over' wrestler lain (memberikan peluang kepada wrestler lain menonjolkan diri dengan membiarkan diri mereka ditewaskan).

Orton telah terlibat dalam satu storyline panjang bersama Christian untuk memastikan Christian menjadi salah seorang main event wrestler. Orton juga memberikan peluang apabila tewas kepada Mark Henry secara bersih sebanyak 2 kali, dan memberikan peluang kepada Henry memenangi World Heavyweight Championship buat pertama kali.

Orton juga terlibat dalam storyline untuk menaikan Cody Rhodes dan Wade Barret. Perubahan attitude Orton ini memberikan beliau tempat kedua dalam senarai ini.


1. CM Punk


Tidak dapat dinafikan 2011 adalah tahun buat CM Punk. Bermula dengan hambar setelah menjadi ketua kepada Nexus (dikatakan juga punca berkuburnya kumpulan ini), tetapi segalanya berubah setelah CM Punk diberikan peluang untuk menonjolkan skill mikrofonnya.

CM Punk mula mendapat perhatian apabila beliau membuat shoot promo di Raw edisi 27 Jun 2011. Dia juga telah berjanji yang dia akan melarikan WWE Championship belt selepas memenanginya.


Selepas memenangi WWE Championship, populariti beliau melonjak secara tiba-tiba dan dia menjadi buah hati WWE Universe. Dalam sekelip mata, T-Shirt dan barangan CM Punk telah berjaya menjadi produk terlaris di WWE Shop, mengatasi produk John Cena yang selama ini menjadi produk terlaris semenjak tahun 2007 (tetapi jualan produk CM Punk dipintas oleh t-shirt "Boots To Asses", The Rock).

CM Punk menjadi tumpuan. Setiap kali dia memegang mikrofon, dia akan menjadi tumpuan penonton. Dalam sekelip mata, populariti beliau melonjak.

CM Punk memenangi WWE Championship sebanyak 2 kali dalam tahun 2011, dan masih memegang gelaran tersebut sehingga entri ini ditulis, melayakkan beliau mendapat tempat pertama dalam senarai ini.

Monday, January 9, 2012

Meme: The Rock Driving #2

Untuk penjelasan apa itu meme, sila klik link dibawah:

Untuk maksud Meme, sila klik sini

Untuk maksud Internet Meme sila klik sini

====================


P/S: Klik gambar untuk tumbesaran

Friday, January 6, 2012

Bercuti Ke Cameron Highland Bersama Arwah Emak

Seperti biasa, sessi kerja aku akan dimulakan dengan sessi sarapan bersama maintenance.

Satu sebab kenapa aku suka lepak dengan kumpulan maintenance adalah mereka semua memang jenis ‘kepala masuk air’ dan tak pernah bercerita hal-hal pekerjaan semasa waktu makan. Aku tak berapa gemar dengan beberapa orang office aku yang masa waktu makan pun, nak bercerita hal-hal kerja. Come on lah! Give it a rest.

Biasanya, ada 2-3 orang maintenance yang akan turut serta dalam sessi sarapan.

Minggu lepas, aku agak lambat sampai ke lokasi sarapan. Masa aku sampai, ada seorang lelaki yang aku tidak kenali duduk makan bersama para maintenance tersebut. Aku tak pernah nampak lelaki tersebut.

Aku salam semua orang yang berada di meja, termasuk lelaki yang aku tidak kenali itu. Kita namakan lelaki tersebut Bob untuk memudahkan penceritaan.

Sebaik sahaja duduk, aku terus memesan teh tarik pada mamak dan membuka bungkusan Nasi Lemak Tawaf yang aku beli. Semasa aku menyuap nasi lemak, Bob pun memulakan perbualan.

“Kau tau tak, cuti sekolah dekat Nepal lain dengan cuti sekolah dekat Malaysia. Malaysia tengah cuti sekarang, tapi Nepal tak. Diorang cuti sekolah start bulan Januari.”

Aku dah mula rasa pelik. Kenapa pula dia nak bercerita pasal cuti sekolah dekat Nepal? Lagipun, memanglah cuti sekolah di setiap negara dalam dunia berlainan.

Maintenance yang lain hanya sekadar mengangguk.

Wan, salah seorang maintenance, tiba-tiba bersuara dan menceritakan rancangan dia yang nak ke Cameron Highland minggu depan. Dan Bob pun terus menyampuk.

“Cuti-cuti sekolah ni, ramai orang pergi Cameron Highland tu. Minggu lepas aku pergi dengan arwah mak aku. Penuh tempat tu.”

Nak tersembur nasi dalam mulut aku. Pergi dengan arwah mak? What the hell? Bob ni pandai seru roh orang mati ke? Dia ada sixth sense ke?

5 minit kemudian, telefon Bob berbunyi. Bob menjawab dan terus bergegas. “Boss aku call. Kantol pulak aku tak bukak kedai lagi.”

Bob meletakkan duit dan terus bergegas pergi. Aku memandang ke arah maintenance lain dan bertanya:

“Kau perasan tak apa si Bob tu cakap tadi? Dia kata dia pergi Cameron Highland dengan arwah mak dia? Biar betul? Dia ni keturunan bomoh ke? Boleh main seru-seru roh orang mati?”

“Dia tu memang wayar short sikit. Sebab tu suka cakap benda merapu.” Jawab Zul, salah seorang maintenance yang ada di meja makan itu.

Lega sikit aku mendengar penjelasan Zul. Takut juga aku kalau dia betul-betul keturunan bomoh, tak pasal-pasal kena bomoh kalau terbuat silap dengan dia.

“Tapi seronok juga tengok muka hang gabra bila dia kata pasal arwah mak dia. Takut juga kau ya?” Sambung Zul dan terus disusuli oleh gelak Wan.

Celaka! Terkena aku.

“Tu kau belum dengar kisah dia beraduh. Dia sorang, boleh kalahkan 20 orang siap bawak parang.” Sambung Wan pula.

Memang dashyat certa si Bob ni. Mulai sekarang, aku akan menggelarkan dia sebagai penglipulara. Bosan-bosan, boleh panggil dia. Boleh juga dengar cerita mengarut dia untuk menghibur hati.

Wednesday, January 4, 2012

Movie Marathon: The Darkest Hour & Sherlock Holmes: A Game of Shadows

Sessi movie marathon terakhir buat tahun 2011 aku buat minggu lepas (walaupun pada entri movie marathon yang terdahulu, aku ada kata itulah sessi terakhir movie marathon untuk tahun 2011), menonton antara filem-filem Hollywood terakhir yang ditayangkan pada tahun 2011.


The Darkest Hour


Filem The Darkest Hour mengisahkan tentang penjajahan makhluk asing ke bumi. Filem ini adalah filem Amerika tetapi lokasi penggambaran untuk filem ini dilakukan sepenuhnya di Moscow Russia.

Mission Impossible: Ghost Protocol juga menjalankan penggambaran di Moscow, Russia juga. Adakah Moscow bakal menjadi Hollywood baru?

Filem ini dibarisi oleh pelakon yang selalu berlakon tetapi tidak terkenal sangat. Antara pelakon utama yang membintangi filem ini ialah Emile Hirsch (yang mana aku rasa paling terkenal antara semua pelakon dalam filem ini) yang pernah membintangi filem The Girl Next Door (bersama Elisha Cuthbert), Lords of Dogtown dan Alpha Dog, Olivia Thirlby yang pernah membintangi filem Juno, Max Minghella (The Social Network) dan Rachael Taylor (membintangi Transformers sebagai Maggie Madsen).

Selain itu, salah seorang pelakon dari Russia, Gosha Kutsenko, adalah salah seorang pelakon yang aku rasa familiar dan selalu muncul dalam filem. Kamu boleh Google nama beliau. Selain itu, Veronika Ozerova, pelakon Russia yang berusia 16 tahun adalah antara muka baru yang muncul dalam filem ini.

Filem ini mengisahkan mahkluk asing yang datang dan menawan bumi dengan tujuan menyedut sumber tenaga di bumi sebagai makanan mereka. Makhluk asing tersebut akan membunuh semua manusia dengan kejam, sehingga menjadikan manusia menjadi debu.

Makhluk asing ini juga mempunyai pelindung sehinggakan ia tidak dapat dikesan oleh mata kasar manusia. Jadi, menjadi satu cabaran buat watak utama dalam filem ini untuk membunuh makhluk asing yang tidak dapat dilihat.



Apa yang aku suka tentang filem ini:

1. Filem sains fiksyen memang kegemaran aku, lagi-lagi bila ia melibatkan alien. Yeah!

2. Filem ini mempunyai story line seperti Final Destination, yang mana filem bermula dengan beberapa watak utama dan akhirnya seorang demi seorang mati sehinggalah tinggal beberapa orang sahaja yang hidup. Watak mana yang hidup, itu aku malas nak ceritalah. Amat epik apabila melihat seorang demi seorang watak utama mati dan watak lain yang tinggal merasa emosi dan trauma selepas kehilangan kawan baik mereka di depan mata mereka.

3. Penamat filem ini bukanlah totally happy-ending. Hint: Penamat filem ini sama seperti Battle of Los Angeles.


Apa yang aku tak suka tentang filem ini:

1. Kegagalan watak utama membawakan lakonan dengan lebih emosi. Kadangkala pelakon utama seakan kaku dalam lakonan mereka. Mungkin pengarah patut mengambil beberapa nama popular dalam rangkaian pelakon utama tersebut.

2. Ada beberapa scene yang seakan terlompat-lompat semasa scene makhluk asing menyerang mereka di disko. Sukar aku nak terangkan tetapi kalau kamu tengok, kamu pasti perasan scene yang terlompat-lompat ini. Ini mungkin kesilapan penyunting.

Filem ini bukanlah filem yang bagus tetapi juga bukanlah filem yang teruk sangat. Kira boleh-boleh sahaja lah. Rasanya banyak lagi filem mengenai serangan makhluk asing yang lebih baik dari filem ini (contoh: Battle of Los Angeles). 


Sherlock Holmes: A Game of Shadows


Filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows adalah kesinambungan dari filem pertamanya, Sherlock Holmes, yang ditayangkan pada 2009. Guy Ritchie, duda kepada penyanyi Madonna, kekal di bangku pengarah, begitu juga Robert Downey Jr yang kekal memegang watak Sherlock Holmes dan Jude Law sebagai Dr. John Watson.

Filem ini dibuat berdasarkan watak-watak dalam siri novel hasil penulisan Arthur Conan Doyle. Secara jujurnya, aku tidak pernah pun membaca novel Sherlock Holmes (walaupun mengenali watak-watak dalam filem ini) dan aku juga tidak pasti adakah benar perwatakan Shelock Holmes sama seperti apa yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. ataupun diubahsuai supaya kena dengan perwatakan Robert Downey Jr. yang selalu berseloroh dalam lakonannya.

Cerita ini mengisahkan seorang penyiasat bernama Sherlock Holmes dan side-kick nya, Dr. Watson, menyelesaikan misteri penyiasatan tentang kes pengeboman yang bakal menyebabkan peperangan antara negara di Eropah.

Cerita ini (masih mengekalkan tahun 1891 sebagai latar belakang cerita) adalah sambungan dari siri pertama filem ini, apabila diakhir filem yang pertama, Sherlock Holmes mengetahui yang Professor James Moriarty meruapakan dalang dalam kes Lord Blackwood dan juga dalang dalam kes pengeboman yang berlaku di sekitar Eropah.


Apa yang aku suka dengan filem ini:

1. Lakonan Robert Downey Jr. yang bersahaja memang menjadi. Walaupun ada yang kurang menggemari cara beliau berlakon, tapi aku suka dengan cara beliau. Cara lakonan beliau bagaikan sudah menjadi trademark.

2. Chemistry antara Sherlock Holmes (Robert Downey) dan Dr. Watson (Jude Law) memang menjadi. Sherlock Holmes sebagai seorang yang lebih bersahaja dan lepas laku, berganding dengan Dr. Watson yang lebih teratur dan 'ikut buku' menjadi inti pati utama dalam filem ini. Walaupun selalu bertelagah dan tidak bersetuju dengan idea antara satu sama lain, tapi mereka tetap berganding dan menjadi pasukan yang terbaik.

3. Babak-babak lucu yang terjadi semasa keadaan cemas, terutamanya semasa scene pergaduhan di dalam keretapi.

4. Scene tembak-menembak di dalam hutan juga adalah satu lagi babak kegemaran aku. Teknik CGI yang digunakan dalam gerakan slow motion dan babak di mana poko-pokok yang hancur ditembak oleh peluru memang sangat baik. Siapa kata kalau buat filem yang berlatar belakang zaman dahulu kala tak boleh gunakan CGI?


Apa yang aku kurang suka tentang filem ini:

1. Watak Irene Adler, lakokan Rachel McAdams, dibunuh dalam 15 minit pertama filem ini. Selepas menunjukkan lakonan mantap sebagai Irene, aku tidak pasti kenapa Guy Ritchie tidak menggunakan khidmat Rachel McAdams lagi, ataupun Rachel sendiri yang menolak untuk melakonkan watak tersebut. Tapi janganlah bunuh watak ini. Manalah tahu, watak ini masih boleh digunakan untuk sequel yang akan datang.

2. Watak Madame Simza Heron, lakonan Noomi Rapace, kurang menyerlah. Lakonan pelakon kelahiran Sweden ini gagal memberikan impak yang sama seperti lakonan Rachel McAdams yang memegang watak Irene Adler.

3. Scene pergaduhan pada penutup filem ini antara Sherlock Holmes dan Dr. Moriarty agak anti klimaks berbanding scene pergaduhan Sherlock Holmes dengan Lord Blackwood dalam filem pertama Sherlock Holmes.

Walaupun filem ini mendapat kritikan dari Rotten Tomatoes, tapi aku rasa filem ini seronok ditonton dan lebih baik dari filem pertamanya. Dan pada penghujung filem ini, sudah diberikan hint yang ada sequel ketiga untuk filem ini. Ada perkhabarab mengatakan sequel filem ini akan ditayangkan pada akhir 2013 dengan Guy Ritchie kekal sebagai pengarah filem tersebut.

Agak-agaknya filem apa yang bakal menjadi sessi movie marathon pertama aku untuk tahun 2012 nanti?

Monday, January 2, 2012

Sistem Yang Bangang

Kepada sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT, mesti kamu perasan yang sekarang LRT sudah menggunakan sistem token biru untuk menggantikan tiket.

Aku tak pasti kenapa syarikat yang mengendalikan LRT kini menggantikan sisitem tiket kepada token. Tapi menurut kutu yang terkenal bernama Pipiyapong, syarikat LRT ini ingin mendapatkan keuntungan lebih dengan penggunaan token biru ini dalam entri beliau yang bertajuk Menendang Sistem.

Sepanjang aku naik LRT selepas sistem token ini diperkenalkan, sudah ada 2 kali aku nampak orang terkial-kial mencari token mereka yang sudah hilang entah kemana. Kiranya, boleh guna pakai juga teori Pipiyanpong ini.

Pada bulan November, pengguna LRT boleh membelikan token biru ini dikaunter, macam beli tiket sebelum ini. Tapi masuk bulan Disember, pengguna sudah kena beli token ini dekat mesin. Yang ini selalu menimbulkan masalah dan panas baran di hati pengguna sekalian.

Mesin untuk beli token ni memang banyak ragamnya. Salah satu hal yang selalu mesin ni buat ialah kegagalan mesin ini menerima duit yang dimasukkan.

Tambang LRT yang perlu aku bayar ialah RM 1.90. Oleh karana aku ada banyak duit syiling, maka aku pun keluarkan duit syiling sebanyak nilai tersebut. Bila aku masukkan duit syiling ke dalam mesin itu, ada sesetengah syiling tersebut yang keluar kembali di tempat duit baki.

Aku terpaksa mengambil duit syiling tersebut dan memasukkan kembali namun duit itu jatuh kembali. Aku terpaksa mengulang perbuatan meamsukan syiling tersebut beberapa kali sehingga memakan masa lebih dari 5 minit, barulah mesin tersebut akhirnya mengeluarkan token biru.

Oleh kerana sudah fed-up bergaduh dengan mesin yang tak mahu menerima duit syiling aku, maka aku pun rasa ada eloknya aku guna duit kertas sahaja. Maka aku gunakan duit kertas pula pada mesin tersebut.

Aku masukkan sekeping, tiada masalah. Bila aku masukkan sekeping lagi, duit tersebut di reject oleh mesin tersebut. Aku tak puas hati. Aku cuba masukkan berulang kali, tapi masih gagal.

"Mesin ni bengong sikit, bang. Dia boleh ambik sekeping duit kertas je." Tegur seorang brader yang beratur di belakang aku dan mungkin sudah fed-up menunggu aku terkial-kial memasukkan duit syiling.

Mahu tak mahu, terpaksalah aku keluarkan duit syiling aku. Aku masukkan sekeping, OK. Masuk lagi sekeping, OK juga. Sampailah nilai sudah mencecah RM1.80 (termasuk duit kertas RM1 yang aku masukkan mula-mula tadi).

Tinggal lagi RM0.10 saja, dan disinilah bermulanya insiden bergaduh dengan mesin kembali. Entah setan apa yang rasuk mesin tiket tu, mesin tu tak menerima duit syiling RM0.10 yang aku masukkan. Berapa belas keping syiling RM0.10 aku masukkan, tapi semuanya di reject oleh mesin tersebut.

Setelah lebih 3 minit mencuba, tiba-tiba mesin tersebut mengeluarkan balik semua duit yang aku sudah masukkan sebelum ini dan aku terpaksalah memulakan balik sessi memasukkan duit syiling dari mula. Brader dekat belakang aku sudah geleng-geleng kepala sambil memaki-hamun mesin tersebut.

Kebanyakan mesin yang aku jumpa, semuanya buat perangai macam ini. Ada sesetengah mesin sahaja yang boleh pakai dan boleh menerima duit syiling dan duit kertas tanpa banyak soal. Yang lain, memang kita kena banyak bersabar jawabnya.

Paling epik sekali, aku pernah jumpa pak cik yang sudah hilang sabar sampai dia menendang mesin beli toket tersebut, sampaikan pekerja LRT itu datang menenangkan pak cik tersebut.

"Kenapa ni, encik?" Tegur pekerja LRT tersebut.

"Ni ha! Bodoh punya mesin. Dah dekat setengah jam aku asyik masukkan duit syiling, semuanya dikeluarkan balik!" Balas pak cik tersebut dengan nada marah.

"Sebenarnya, kami sedang mencuba sistem token ini, encik. Sistem ini akan melancarkan proses pengguna yang ingin menggunakan LRT." Jawab pekerja LRT tersebut dengan penuh protokol dan skema.

"Nak melancarkan apa jadahnya. Ini makin lambat ada la. Ni sistem bangang ni! Sistem bangang!" Marah pak cik tersebut.

Semoga ia menjadi azam 2012 buat syarikat LRT sekalian untuk memperbaiki mesin mereka yang lebih degil dari Mario Ballotelli ini. Hari ini, seorang pak cik panggil benda ini sitem bangang. Jangan sampai lebih ramai yang panggil sistem ini bangang juga di hari-hari mendatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...