Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 26, 2015

Pesta Buku Selangor


Pesta Buku Selangor akan berlangsung dari 29 Januari sehingga 8 Februari 2015 di SACC, Shah Alam, Selangor.

Terfaktab akan mengadakan promosi istimewa, 3 buku dengan harga RM50. Jangan lupa dapatkan novel aku, Kota Teroris: Zodiak nanti. Aku akan ada di sana pada 7 Februari 2015, Sabtu, selepas waktu tengahari. Kalau ada soalan nak ditanya, atau minta autograph atau beramah mesra, boleh jumpa di sana.



Friday, January 2, 2015

2014

Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar buat aku dan keluarga.

Aku mulakan 2014 dengan sebuah keluarga yang lengkap. Ada abah, mama abang dan aku. Tapi mengakhiri 2014 tanpa insan yang paling aku cintai. Mama pergi pada tanggal 14 Julai 2014. Takdir telah menentukan segalanya. Allah S.W.T. lebih sayangkan mama dari kami semua.

Aku mulakan 2014 sebagai seorang anak rantau yang mencari rezeki di ibu kota. Tinggal di Shah Alam dan bekerja di Sri Petaling dan Kota Damansara. Hari-hari menempuh kesesakan lalu lintas yang bagaikan tidak akan surut malahan semakin bertambah buruk.

Aku mengakhiri 2014 sebagai seorang yang kembali ke tempat asalnya di kampung. Tiada tol. Tiada kesesakan lalu lintas.

Tidak pernah terlintas di dalam hati aku pada 1 Januari 2014 semua ini bakal terjadi. Tidak pernah aku jangka yang kanser datang menyerang mama semula. tidak pernah aku jangka yang mama pergi meninggalkan kami semua. Tidak pernah terjangka yang aku akan pulang kembali ke Batu Pahat untuk menemankan abah ku di sini.

Takdir telah membawa aku pulang ke kampung halaman. Aku percaya pasti Allah dah sediakan perancangan yang baik di Batu Pahat.

Dalam kesedihan ini, masih ada sedikit kegembiraan. Akhirnya novel aku, Kota Teroris: Zodiak, diterbitkan. Sayangnya arwah mama tidak dapat melihat buku ini, walhal aku menaip novel ini dihadapannya sambil menemankan mama berbual sepanjang bulan Mac 2014.

2014 meninggalkan banyak peristiwa sedih dan dugaan kepada aku dan keluarga. Aku harap 2015 bakal memberikan harapan baru untuk kami sekeluarga, InshaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...